December 5, 2011

Pohon cili yg dianak tiri.....

Hi peeps!

Cuaca yang sejuk dan nyaman ini membuatkan aku seronok pulak berperam dalam rumah. Pokok-
pokok tak perlu disiram...kain baju yang disidai nanti lepas 2/3 hari baru diangkat. Maka aku dapat
lebih masa menghadap kerja-kerja menulis yang masih takkkkkkkkkk siap-siap untuk mencari
penamat yang menarik.

Nescafe satu mug bodoh yang ku sediakan itu sudah kehabisan....biskut sebalang buat kudapan dah
pun surut....maka mataku pun dah naik berbinar memandang skrin computer. Tulisan yang ku taip dah
berlapis tujuh jadinya. Aduyai!

Kucing-kucingku yang selalunya sibuk memanjat meja dan lalu lalang waktu aku membuat kerja kali
ini entah ke mana pulak perginya. Ku toleh kiri si Kaka dah bergulung tidur...ke kanan pula si Ogy
terselit celah sofa dan yang lelain tu di bawah agaknya. Nak keluar bermain memang tak dapat sebab
hujan masih ketak ketik turun kedengaran dari bumbung dapur jiran China di belakang.

Aku tinggalkan kerjaku sebentar untuk merehatkan tulang belakang. Aku turun ke bawah melarikan diri
dari nampak bantal yang seakan memanggilku untuk melengkar. Teringat Angah minta diupload gambar
pokok cili yang ditanamnya sebelum berangkat ke Brisbane.

"Sihat pulak pokok tu semenjak musim hujan ni." Memang selalu terlupa nak disiram air sebab dia
ditanam di luar pagar rumah.

"Ada lagi? Ingat dah mati kena libas dengan pemotong rumput pekerja SP Setia tu?" tanya Angah.

"Ha ah...sebatang itu ajelah yang tinggal. Yang kat dalam ni semuanya dah ditanam semula."

Teringat aku perbualan dengan Angah menerusi telefon satu hari.

"Mama upload gambar nak tengok juga..." pinta Angah yang memang gemar dengan kerja-kerja
bercucuk tanam.

"InsyaAllah...tunggu hari tak hujan nanti...sekarang ni di Setia Alam asyik huuuuujan aje."

Kesian Angah...rindu la tu.....
Tapi kami dah janji nak hantar aktiviti yang kami lakukan. Angah akan hantar gambar atau video dia
dari sana dan aku akan menghantar gambar dan video kami dari sini.

Untuk hari ini...aku kirimkan dulu gambar pokok cili sebatang yang ditanamnya di luar pagar rumah
yang kini hidup subur pula.

Tak sangka pula pokok tu masih hidup...

...dengan buahnya yang masih hijau. Kalau buat cili jeruk sedap ni...

...dan anak pokok sebagai pelapis.

Junie Octovian: Do something kind and unexpected....see what unfolds!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...