Sepatutnya ada N3 sambungan untuk Salam Lebaran 1433 Hijrah...tapi aku masukkan N3 lain. Semalam ku tonton Ke manakah Hilangnya Juwita, kebetulan nama dan ejaan itu serupa benar dengan nama Uda dan sementara kisah itu masih berlegar di ruang minda, ku catatkan terus dan dijadikan N3. Kalau Uda senang nanti, bacalah.......
Ku sambung terus kisah raya setelah pulang ke kediaman masing-masing.
"Ek...eh...kita tak ada gambar keluargalah..."
Baru perasan dah cukup korum ni, tak bergambar pulak.
Nah amekaw!
Nah amekaw!
Cepat si Angah menyiapkan kaki tripod di seberang jalan. Nak bergambar dalam rumah tak cukup cahaya, nanti ada yang tak jelas rupa.
"Tutup gate, tutup gate," jerit si Angah dari seberang jalan.
Ingatkan hendak ke mana atau mungkin hendak bergambar di studio kedai gambar tu, rupa-rupanya dia dah siap set baik punyer!
"Ada lima saat selepas lampu merah tu, buatlah gaya apa pun...." beritahu Angah. Sempat dia bergaya macam-macam dah rupa "Oppa Gangnam Style". Kalau suruh menari di situ dan dirakam tentu dia mahu. Bukan reti malu dia sorang tu. [gambar-gambar tersebut tidak ku selitkan di N3 ini]
Bersama si kecil Maryam... |
Gambar ini dirakam pada hari Sabtu, 25 Ogos dan Angah terbang pulang ke Brisbane pada hari Ahad 26 Ogos. Entah tahun bila baru dapat berjumpa lagi...harapkan skype je la....
Bersama penghuni tetap Impian 4.... |
Keluarga asal.... |
Keluarga yang sudah berkembang maju....hehehe |
& Tuan tanah.... |
Jika panjang umur, dapat kita bertemu lagi di Ramadhan dan Syawal tahun hadapan. Maaf jika ada membuat kesilapan, tutur kata yang kurang menyenangkan.
Tidak lupa aku ingin mengucapkan Salam Selamat Hariraya kepada pengunjung blog ini, kepada yang sudi membaca kisah perjalanan hidupku di dalam membesarkan anak-anak, mengharung kehidupan sehingga saat ini entah berapa negeri telah ku jelajahi. Ternyata, orang yang dikenali, jiran tetangga semuanya baik-baik belaka.
Junie Octovian: Allah says: Just remember me, I'll give you everything.
No comments:
Post a Comment