N3 ni saja nak bagi idea kat kalian kalau boring-boring asyik kerja nak masak aje. Sesekali tu
boleh je tukar selera kan? Tapi di bulan puasa ni memang bermasalah nak cari tempat untuk berbuka
kerana selalunya kedai-kedai makan akan sentiasa penuh. Siap nak kena booking dari awal...kalau
tidak kalian kenalah berbuka ala kadar semasa masuk waktu tu dan barulah cari tempat yang dah
dikosongkan. Tapi tu memang dah lewat sangat la...
Sebenarnya di bulan Ramadhan ni eloknya berbuka kat rumah je la...senang...lepas tu dah boleh
bersiap-siap nak ke surau ke...masjid ke untuk bertarawikh. Kalau rasa-rasa nak juga ngeteh ke
yum cha ke dengan family dan kengkawan...boleh dilakukan selepas itu...kira terus bersahur aje la.
Aku dengan anak-anak pun dulu buat macam tu aje...
Di The Curve, Damansara.... |
SS2, Damansara... |
Di Seoul Garden, IOI Mall, Puchong... |
Di KFC pun boleh... |
Di Putra Place, KL |
Di KLIA...semasa menunggu penerbangan pun boleh... |
Dalam kapal persiaran pun boleh juga.... |
Sukahati kalian la... kat mana aje pun boleh...asal bahagia. Dunia sekarang ni dah banyak kemudahan.
Kalau rasa tak nak susah...duduk diam-diam dekat rumah. Apa ada hal?
Junie Octovian: When one door of happiness closes...another opens.
No comments:
Post a Comment