Tetiba aku teringat akan garage sale yang ku kunjungi semasa berada di Australia bulan lepas. Bagus idea
mereka itu kerana dapat mengurangkan isi perut rumah. Kebetulan juga aku telah mendapat sedikit idea
semasa mengikut Angah ke OFFICEWORKS kedai yang menjual barangan keperluan pejabat.
Maka setelah kembali ke tanahair, aku sibuk mengubahsuai ruang kecil sebelah atas yang menempatkan PC
itu untuk dijadikan seakan ruang pejabat. Tarik sana...tarik sini...terkeluar pula harta karun yang ku simpan
dan hampir terlupa akan kehadirannya.
Di sini...ku pamerkan barangan yang tersimpan itu. Mula-mula tu ada juga cadangan nak buat garage sale.
Tapi memandangkan dah masuk Ramadhan ni...aku terfikir pula...tak payah bersusah payah nak mencari
kasut dan beg segala bagai sebab yang tersimpan itu masih dalam keadaan yang baik.
Aku memang lupa betul punya kasut ini...entah bila masa ku beli... memang masih belum dipakai lagi... |
Lupa aku ni minat merah agaknya...tapi ni dah dipakai beberapa kali... |
Kasut ini juga baru ku perasan akan kehadirannya...tu la masalahnya kalau dah beli masih disimpan di dalam kotak. |
Yang ini aku minat sikit sebab tapaknya yang stabil dan kurang penat kalau dipakai agak lama. |
Set yg ni...dipakai sekali je...itu pun sebab mengikut tema majlis.. |
Seperti yg di atas tadi...ini juga utk sebuah majlis.. |
Ini hadiah harijadi...sebelah kiri tu dari Uteh... dan kanan dari seorang teman.. |
Kasut raya entah tahun bila...tapi beg tu hadiah dari DIL dari Hong Kong.. |
Beg kulit gajah dari Thailand...hadiah dari orang tersayang... |
Kasut yg di kiri...hadiah Angah dari Korea |
No comments:
Post a Comment