August 13, 2011

Since he been gone...

Salam Ramadhan al-Mubarak to all.......

First & foremost...kita sedekahkan Fatihah buat arwah MOHD YOUSOF OTHMAN yang telah meninggalkan kami keluarganya sejak 13 Ogos 2006 hingga hari ini 13 Ogos 2011. Semoga allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman - Amin!

Lima tahun sejak pemergian beliau...banyak perkara yang telah ku lalui bersendirian dalam meneruskan hidup membesarkan empat orang anaknya.

Tinggal kenangan...

Rumah yg ditinggalkan...

Tuan tanah yg akan meronda kebunnya setiap kali pulang bercuti..
Alhamdulillah...anak-anak membesar sepertimana kehendaknya walaupun beliau tidak dapat bersama dalam meraikan kejayaan mereka. Kenangan masam manis pahit getir bersamanya akan disimpan sebagai kenangan selagi hayat dikandung badan.

Sebagai hambaNYA...kami redha akan ketentuan Ilahi. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Junie Octovian: It's true that we don't know what we have until we lose it....it's also true that we don't know
                        what we are missing until it arrives. Missing U!

                        Al-Fatihah....

1 comment:

  1. alFatehah!
    alFatehah juga kp arwah bapa saya yg telah lama dijemput Illahi!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...