August 26, 2011

Relax. Unwind. Enjoy...

Salam Ramadhan al-Mubarak to all...........

Idea tajuk di atas tu ku perolehi semasa berada di Coolangatta Airport, Goldcoast Julai lepas.
Sikit punya relax brader mat saleh tu...terbongkang kat atas lantai sambil tunggu flight entah nak
ke mana. Dia tu pun mesti datang dari ceruk belah mana Australia tu sampai terpaksa buat derk je membongkang kat tengah-tengah alam. Aku yang datang dari Malaysia ni pun boleh bertolak dari
rumah anak aje masa nak mengejar flight balik pagi tu.

Oh ya...ni nak cerita pasal ruang sekangkang kera belah tingkat atas dulu yang aku sediakan untuk
tempat relax & unwind tu tak berapa nak laku sebab penghuni rumah yang tak berapa kerat ni yang
kekadang ada rumah dan banyak kadang yang tak lekat kat rumah. Konon tadi sapa yang nak menonton
movie tu bolehlah duduk belah atas...tak yah nak sibuk-sibuk kat bawah yang TV tu dah dipasang
dengan Astro kan?

Akibat bahagian yang telah terabai itu, maka aku ubah jadi opis kecilku...tempat aku berFb, berblog
dan tempat aku memerah otak menulis...muahaha (payah juga publisher tu nak keluarkan novel ku
setiap tahun walau manuscript dah dihantar kepada mereka...patut la Siti Rosmizah tu publish novelnya
sendiri.)

Well...di sini, walaupun setiap hari aku sendirian (dengan bertemankan Toby), aku ditemankan
dengan gambar keluarga yang ku gantung memenuhi dinding (dah rupa galeri seni) seolah mereka
sentiasa di sisi menemani ku.

Saksikan the new transformation.........

Inilah ruang sekangkang kera tu....
Rak buku yg mcm nak semput mengubah tempatnya dan sekali gus
menyusun semula buku2 tersebut....


Diletakkan sofa...kot seronok sgt membaca tu...boleh
melengkar sekali....
Meja kerja....serabut ar....semua nak diletak berdekatan...
'within easy reach' la konon....
Galeri seni...wakakaka
sebahagian yg dapat dipaparkan...
selebihnya gambar lama2 tika muda remaja.....


Gambar sedikit 'blur' ar...tak tau ni...cameranya yang mengantuk atau mak cik tuan rumah tu yg tak
pandai nak menggunakannya...
Tapi ok la...puashati juga mengubah ruang yang terabai ini untuk dijadikan ruang ala-ala pejabat
kecil. Sebelum ini PC tu ditempatkan di bilik tingkat bawah....yang menjadi masalah apabila ada
tamu...tak kan kita nak keluar masuk kalau ada orang dalam bilik tu kan?
Jadi...ruang ini tidak menganggu sesiapa...korang nak berFB sampai pagi pun...tak siapa yang marah.


Junie Octovian: Live every act fully...as if it were your last.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...