August 28, 2011

TGCR....

Salam Ramadhan al-Mubarak to all..........


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi menjelang lebaran....aku masih belum masuk mode nak mengemas....
biskut raya pun macam malas aje nak buat memandangkan aku hanya tinggal bertiga kali ini. Perkara 
begini memang telah dijangkakan....namun perasaan malas itu dengan sendirinya datang bertamu.


Abang Long yang akan beraya ke Miri tahun ini merasa ralat barangkali nak meninggalkan ku dan 
adik-adiknya beraya sendirian....maka dia dan isterinya telah membuat tempahan untuk membawa 
ku dan adik-adiknya untuk berbuka bersama sebelum dia berangkat ke Miri.


Seawal jam 5.30 petang dia sudah sampai ke rumah untuk menjemput kami ke sana..............


TGCR...Tropicana Golf & Country Resort


Kena booking...buffet Ramadhan ni tak kira bangsa......

Dari Golfer's Terrace tu kita boleh nampak driving range....
Pelik juga mula tu tengok ada arah nak ke Taiping...
rupanya ada Kuey Teow yg pemes mcm di Taiping...
lain kali cakap biar terang...........
Dah macam kat  I-City pulak...
gambar ni dirakam semasa kami sudah mahu pulang....


Alhamdulillah........rezeki di bulan ramadhan. Perut yang dah hampir sebulan belajar bertahan lapar dari 
pagi sampai jejak ke Maghrib itu tidaklah begitu teruja nak diisi dengan segala juadah yang penuh 
mengelilingi Kelab itu. Cuma teruja untuk makan bersama dan sekali gus bersyukur ke hadrat Ilahi 
di atas pemberianNYA dengan makanan sini yang begitu mewah di tanah Malaysia ini. Amin.


Merakamkan rasa ribuan terima kasih kepada Firdaous Yousof dan Natrah Hamim untuk buffet 
Ramadhan 1432H di TGCR, Kota Damansara.






Junie Octovian: Life in abundance comes only through great love.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...