August 6, 2011

Hana as a kid model...

Salam Ramadhan to all........

Mohon maaf kepada para pengunjung blog kerana lama tak bersiaran. Al-maklum di bulan yang mulia
ini cepat aje nak cari bantal antara sebabnya nak kena bangun untuk masak sahur.

Kami dah biasa bersahur...walaupun dengan membuat puasa bayar atau puasa sunat. Entah kenapa
ada rasa bahagia bila dapat bersahur. Kalau seorang ada sebut nak berpuasa...maka kami satu rumah
pakat-pakat puasa sama. Tidak la orang yang seorang tadi terkulat-kulat melihat yang lelainnya makan...
atau yang lelain yang tidak berpuasa itu pula tidak la terasa bersalah makan di hadapan orang yang
berpuasa tadi...kan?

Baru beberapa hari melalui Ramadhan...anak-anak dah sibuk dengan persiapan menyambut raya.
Aku dah tak berapa nak kisah sebab tahun ini aku beraya bertiga beranak sahaja. Kakak dan Adik
hanya mengikutku ke mana hala tujuku semasa hariraya nanti...sejak dulu.

Kami tak begitu teruja nak balik kampung sebab kami boleh sahaja mewujudkan suasana kampung itu
di rumah ini. Cuma mungkin...kami tidak dapat membuat kunjungan dari rumah ke rumah adik beradik
dan saudara mara terdekat sahaja jika kami tidak balik ke Johor kerana kebanyakan mereka masih
menetap di sekitar Johor.

Cucuku Hana Sofya menyambut harirayanya yang kedua tahun ini. Oleh kerana dia merupakan cucu
sulong dari kedua belah pihak...maka dialah orang yang paling diingati ketika keluar membeli belah.
Apatah lagi bila dia kini sudah pandai berjalan dan pandai pula bergaya di hadapan kamera. Berikut...
gambar-gambar Hana dengan baju yang digayakannya.

The next 'Ana Rafali'?

Pantang pakai baju baru...dia dah cari pintu..

Annyeong Haseyo....

'Mommy! I'm going to celebrate Raya in Brisbane this year with
Pak Ngah & Mak Ngah. How do I look?'

Comel kan?
Memang pantang nampak kamera...cepat dia ber'posing'. Tapi tahun ini Hana akan menyambut raya
di Miri....sebab itu kami dah photo shoot dia dengan sebahagian baju rayanya.

Junie Octovian: Teringin nak main meriam buluh la...

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...