Seperti yang sering ku katakan kebelakangan ini, aku seperti ditelan waktu. Aku tidak peka kepada hari...
tiba-tiba ada yang mengingatkan aku kepada temujanji atau sebagainya, baharu aku mencari kalendar di dinding. Sedar-sedar sekarang ini sudah pertengahan Julai yang bermakna umat Islam akan menyambut Ramadhan tidak lama lagi.
Kenapa? Mengapa? Entahlah tidak ku ketahui pula, cuma yang ku ingat diriku telah kehilangan sesuatu, yang tidak bakal ku temui lagi sampai akhir hayatku.
Semalam Angah menelefon dari nun jauh di Brisbane, Australia. Kami berbual panjang dan dia minta pendapat bagaimana dia hendak melakukan solat ketika di dalam penerbangannya ke Los Angeles pada 20 haribulan Julai ini nanti?
Angah diterima untuk ke Persidangan untuk membentangkan kertaskerjanya di San Diego yang bermula pada 22 haribulan Julai nanti.
Tiket penerbangan pergi balik.... |
Perhatikan perjalanan perginya yang bertolak dari Brisbane jam 9.30 pagi dan mengambil masa selama 20 jam 27 minit untuk sampai ke San Diego itu, tetapi sampai di sana pada pukul 12. 57 tengahari pada hari yang sama. Ajaibkan?
Manakala perjalanan balik dari San Diego pada jam 6.10 petang pada hari Khamis 26 Julai yang mengambil masa selama 22 jam 20 minit itu pula sampai ke Brisbane pada hari Sabtu 28 Julai jam 9.30 pagi.
Ke manakah hari Jumaatnya?
Bermakna Angah telah melangkaui hari semasa berada di dalam pesawat selama 22 jam 20 minit itu. Pelik kan?
Aku pula terbayang Angah terbeku di awangan ibarat Jay Chow di dalam filemnya yang bertajuk 'Kung Fu Dunk'.
"Tanyalah pada mereka yang arif, tapi bukan mereka yang benama Arif," jawab ku memberitahu. "Mama belum khatam bab tu lagi."
Ya lah....mana pernah aku terfikir akan dapat berjalan mengelilingi dunia? Tapi aku pernah memberitahu Angah masa dia kecil dulu lagi kerana mempunyai tahi lalat di tapak kakinya.
"Ini esok jalan jauh..." kataku padanya. Rasanya Angah mesti ingat lagi akan kata-kataku itu.
Walau dia terpaksa menolak tawaran ke University Wollonggong, di Sydney satu ketika dulu, akhirnya dia dapat pula ke Queensland University di Brisbane. Kini dia sekejap ke Sydney dan sekejap pula ke Melbourne. Akhirnya, Angah mengaku penat juga.
Angah di Brisbane... |
Angah di Melbourne.... |
....dan kami looking forward nak melihat gambar-gambar Angah semasa sampai di Los Angeles dan di persidangan yang berlangsung di San Diego nanti.
Semoga Angah selamat pergi dan selamat kembali. Semoga Angah berjaya mengejar cita-cita hingga ke puncak jaya menjunjung niat asal ke sana. Amin!
Junie Octovian: Bon Voyage!
No comments:
Post a Comment