Di bulan Ramadhan ini tidaklah bermakna kita tidak boleh keluar beriadah. Jika tidak dapat dilakukan di waktu awal pagi, kita buat di sebelah petang semasa kerja-kerja memasak telah siap sementara menunggu waktu untuk berbuka puasa.
Ya la tu!
Tetapi, semenjak dua menjak ini...aku seperti sangat menghargai keindahan alam. Suka hendak melihat matahari yang memancar di waktu pagi, melihat rintik hujan yang turun di atas bumbung yang boleh dilihat dari tingkap bilikku itu dan melihat pokok-pokok yang segar selepas disimbahi hujan.
Kekadang aku gelak sendiri melihat kucingku yang tinggal dua ekor itu berlari menyorokkan diri apabila petir menyambar sabung menyabung. Kesian Atan & Uteh. Uncle Kaka dah mati entah akibat apa...uncle Toby juga sudah lama pergi kerana sakit tuanya. Baru-baru ini si Mok juga mati entah termakan racun barangkali dan Seonu aka Kassim Selamat juga telah selamat pergi kerana di gonggong oleh anjing-anjing liar yang berkeliaran pada waktu malam.
Aku yang terdengar salakan anjing di depan pintu pagar pada jam 2.00 pagi itu tidak berjaya menyelamatkannya, walaupun aku keluar menghambat anjing-anjing liar itu, namun mereka lebih pantas. Makanya si Seonu aka Kasim Selamat itu merupakan seekor kucing yang buta matanya. Masih jelas terbayang bagaimana Seonu longlai dibawa pergi oleh salah seekor anjing yang kelihatan lebih besar dari yang lelainnya. Hisy!
Atan & Uteh.... |
The late Seonu aka Kassim Selamat.... |
Ku bawa diri ke Western Park...tasik di depan rumah hari itu untuk melawan kesedihan. Ku lihat keindahan alam yang tidak lagi dapat dilihat oleh mereka-mereka yang telah pergi. Teringat Emak yang lama tinggal denganku di sini dulu tetapi dia lebih suka duduk di dalam rumah sahaja kerana sudah tidak lagi kuat berjalan katanya.
Western Park.... |
Tetapi Emak sangat suka jika dibawa ke Tesco...entah kenapa. Mungkin di zaman mudanya dulu, tidak ada pasaraya sebegitu. Adik bongsuku Lela juga berkata begitu...Emak akan khayal kalau dibawa ke pasaraya, sehingga terlupa diri jika berbelanja. Semua yang ada di situ perlu baginya...seolah dia hendak membuka kedai runcit di rumah pula. Emak! Emak!
Di Tesco Setia Alam... |
< First time in my life, sahur tanpa Emak >
Lela hantar mesej waktu aku bangun sahur pada Ramadhan pertama. Berjurai airmataku tanpa sedar. Walaupun aku tidak tinggal sebumbung dengan Emak, namun sesekali waktu sahur itu akan ku buat panggilan sengaja mengejut dia bangun, konon.
"Emak dah sahur dah!" sahut Emak dari sebelah sana talian.
Hehehe...aku gelak. "Saja....manalah tahu tersedap tidurnya?" usikku.
Emak gembira dengan anak cucunya yang ramai itu...penuh semeja. "Ala...bebudak ni payah betul kalau dikejut bangun sahur, esok siang macam kain buruk," leter Emak.
Sekarang ini leterannya itu menjadi lagu di telinga kami....terngiang-ngiang sepanjang masa...yang tidak mungkin dapat dilupakan...setiap masa di mana juga kami berada.
Junie Octovian: Bersahurlah kamu sekelian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat
barakah." ( HR Bukhari & Muslim )
No comments:
Post a Comment