Sejak dua tiga hari ini Setia Alam disimbahi hujan, jadi aku tidak berpeluang untuk beriadah seperti biasa di waktu pagi. Kalau tak sempat pagi, sesekali diganti dengan waktu petang, Tetapi nampak gayanya, hujan berterusan dari pagi sampai ke petang pula yang kekadang lebat dan kekadang tu renyai-renyai sahaja.
Tak apalah....dah puas berpanas sejak awal tahun dulu, kan? Hujan rahmat tu untuk menyambut Ramadhan al-Mubarak yang akan berkunjung Sabtu ini di tahun 1433Hijrah dan 2012 Masihi. Amin!
Aku menekur di depan PC melihat revolvermap yang berputar laju mengikut arah pusingan jam. Terbayang di mata Lela dan keluarganya di Kluang yang bakal menyambut Ramadhan tanpa Emak kali ini. Terasa juga akan kehilangan Emak kerana sudah terbiasa akan kehadirannya yang memeriahkan suasana walau dengan leteran.
Apa khabar Uda di Taman Daya, JB tu agaknya. Bagaimana Jude dengan empat orang anaknya yang bersekolah pagi dan petang? Apa khabar abang dan Long yang sekarang ini mengurus cucu pula? Apa khabar Ngah di Nilai yang mengadu 'ghout' di kakinya masih belum mau surut lagi. Terpaksa dia bertongkat ke hulu dan ke hilir. Mudah-mudahan sahaja mereka semua sihat-sihat sehingga dapat bertemu lagi pada Syawal nanti untuk menziarah pusara ayah dan bonda.
Ngah yg melambai pulang.... |
Yalah...persediaan awal tu kan bagus? Nanti boleh fokus ke sembahyang Terawih pulak.
Wah! Kemain dia mencuba baju raya.... |
Aku? Entahlah. Baju-baju masih banyak bergantungan yang tak sempat buruk. Dulu memang seronok bila hendak menyambut Ramadhan. Masa itulah sibuk membawa anak-anak ke kedai baju. Anak-anak ku pula berbadan besar. Kalau beli memang tak ada saiz untuk mereka...tapi alhamdulillah sekarang ini sudah tersedia baju bersaiz besar.
"Apa yang tak ada dekat sini? Emak bapak aje yang orang tak jual," kata Ayah semasa hayatnya. Dulu Jude suka nak bershopping di Singapura semasa mata wang Malaysia dan Singapura masih sama harganya. Ayah tak adalah marah...cuma dia menegur dalam nada lawaknya.
Ayah, Emak dan Ngah sama sahaja selera mereka waktu berbuka, mesti nak ada Pengat Pisang. Mengulang semangkuk demi semangkuk. Waktu sahur, mesti nak ada telur asin...entah mengapa.
"Uda balik ke raya ni nanti?" aku tanya Uda menerusi panggilan telefonnya.
"Entahlah Andak...anak-anak semua kena giliran rumah mertua tahun ni," jawab Uda. Sedih aje bunyinya.
"Tak apalah...nak buat macam mana. Ada rezeki nanti kita jumpalah," jawabku pula sama sedih. Maklumlah semenjak masing-masing sudah berumahtangga ni, memang payah hendak berjumpa, berbual sambil memasak bersama.
Ada ketika aku baru bertolak dari rumah, Uda pula sudah mahu bergerak balik. Terpaksa mengikut kepala rombongan. Itu pun nasib baik masih mahu berziarah. Kalau dibuatnya 'donno' aje?
Tahun ini giliran anak-anakku pulang beraya bersama-sama denganku. Walau tidak lama, walau sekejap kerana masing-masing ada rumah mertua yang akan diziarah sama, aku bersyukur. Semoga masa-masa yang ada itu akan digunakan untuk menjalin perasaan kekeluargaan, kasih dan sayang antara anak-anak dan menantu. Semoga ikatan silaturahim diantara kami berpanjangan, insya-Allah.
Junie Octovian: Sabda Nabi SAW, "Sekiranya unmatku tahu akan kelebihan Ramadhan, tentu umatku mahu
sepanjang tahun itu Ramadhan."
No comments:
Post a Comment