(41)
"MAMA!"
Panggil Ibrahim tengahari itu yang baru pulang dari Genius Aulad.
"Ada apa?" Soal Puan Maimon yang sedang
menggaul serunding di dalam kuali. Si Ara call tadi minta dibuatkan kuih cucur badak.
Banyak-banyak kuih boleh dia terfikirkan cucur badak... pelik, kan?
"Tolong call Abang Azam suruh datang sini. Ayim nak ajak main
guli."
Puan Maimon geleng kepala. "Abang Azam tu bukan
abang Yem. Tak boleh call suka-suka hati jer. Dia orang besar... banyak
kerja."
"Esok kan tak kerja?"
"Mana Ayim tau?"
"Esok Ayim tak sekolahlah ma... kan cuti dua
hari?"
"Kalau macam tu... esok ajelah kita call."
"Janji?" Ibrahim hulur jari kelengkeng.
Puan Maimon angguk. Dia cangkuk dengan jari
kelengkengnya.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!" Puan Maimon sama menjerit.
"Haa... pergi tengok siapa yang datang."
Berlari si kecik tu ke depan. "Yeay yeay! Abang Azam
datang! Mama!! Nek Jah datang!" Nyaring suara Ibrahim memanggil mamanya di
dapur.
Puan Maimon mematikan api dapur... dia ke depan menyambut
tetamu. "Ya puan, sila masuk," ajaknya sambil membukakan mangga di
pintu pagar.
Azam mengekor dari belakang dengan plastik berisi
buah-buahan.
"Ada apa ni puan?"
"Mak cik datang ni nak renew relationship."
Ucap Nek Jah.
"Nek," tegur Azam yang terpandang wajah kerut
Puan Maimon.
"Eh, ingat lesen, roadtax aje kena renew?"
Jawab Nek Jah lancar. "Dulu tu kita sama kita jer... itu sebab tak
diberkati. Nak sorok-sorok buat apa? Dah tentu mereka suka sama suka,
kan?"
Puan Maimon senyum. Segan dengan Puan Halijah Halim,
Pengarah Urusan Syarikat Bumi Raya Enterprise ini. Tak kisah langsung datang ke
rumah orang kebanyakan macam dia.
"Macam ni Mon..." Nek Jah buka mukadimah elok
dia melabuhkan duduk. Si Azam di luar terpaksa melayan Ibrahim bermain guli.
"Hari Ahad ni... kita buat majlis pertunangan
official, untuk Azam dan Ara..."
"Puan..."
Nek Jah kembangkan tapak tangan kanan. "Semua mak cik
tanggung," ucapnya. "Ara boleh pilih baju dari butik Mama Suriati.
Khemah dan makan-makan, mak cik dah tempah dengan Indah Catering. Mon dan Mail
cuma jemput jiran-jiran jer."
Puan Maimon ternganga. Terkejut kot dia tak perlu keluar
belanja. "Itu aje?"
Nek Jah angguk. "Kali ni baru budak-budak berdua tu
tak boleh buat perangai. Pening kepala mak cik ni Mon."
Puan Maimon angguk faham.
"Kita berjamu dengan nasi putih dan lauk-lauk
kampung jer. Air... sirap bandung soda. Pergh! Ngam choi tu musim-musim panas
macam ni."
Puan Maimon angguk senang hati sambil teguk liur
sendiri
(42)
"LAAA...
buat apa mama pandai-pandai setuju?"
Aik? "Apasal tak boleh pulak?" Puan Maimon
pelik.
"Azam tu kuat cemburu la ma. Ara keluar dengan Shamsul bakal
suami Rina pun dia dah sibuk datang sampai ke Singapura tu mintak
penjelasan."
"Eh, memanglah. Kalau papa pun." Sampuk Encik
Ismail. "Kamu bertunang dengan dia... yang kamu keluar dengan Shamsul buat
apa?"
"Baik mama call Nek Jah, cancel jer majlis tu."
"Takde..." Puan Maimon sama tunjuk keras
kepala. "...kalau kamu yang tak suka... kamu beritahu sendiri. Malu mama
ni nak letak mana?"
Ara bangun. Dia mencapai kunci kereta dan memulas tombol
pintu. "Ara settlekan hal ni kejap."
Puan Maimon dan Encik Ismail berpandangan. "Lantak
dialah!" Marah Encik Ismail. "Nak ikut kepala dia aje."
Azam sudah menunggu di depan gate ketika Ara sampai. Ara
mematikan enjin kereta dan melangkah keluar dengan beraninya. Dia mendekati
Azam.
"Saya tak nak kahwin dengan awak."
Azam yang tersenyum-senyum tadi terus tegak membatu.
Matanya buntang. "Kenapa?"
"Awak tak teguh pendirian."
"Nenek saya dah urus semuanya Ara. Lusa tengahari
majlisnya."
"Sekarang ni siapa yang nak kahwin? Awak ke nenek
awak?"
Azam garu kepala. "Excuse me?"
"What?"
"You are talking about my nenek yang I sayang
sepenuh hati. Dia yang bersusah payah ke sana sini untuk menjayakan majlis
kita. She does not deserve this humiliation. I don't mind cancel the event if
that's what you want."
Tidak disangka Mama Suriati yang sedang mengintai
terdengar setiap biji butir perbualan. Dia juga garu kepala tak gatal.
Ini semua asal dari dia punya angkara. Sekarang ini...
masing-masing sudah tidak sehaluan. Baru tadi ketawa-ketawa waktu makan malam
membincangkan tentang majlis yang sudah diatur. Kini... sudah terdengar pula
khabar dukacita.
Suriati terasa amat bersalah. Dia duduk termenung di
biliknya mencari idea. Tadi ibu mentuanya memanggil balik untuk makan malam
sama-sama. Ada khabar gembira, katanya. Tidak disangka pula Ara tidak mahu
menerima anaknya.
'Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini. Berilah petunjukMu.
Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.' Suriati memanjat doa.
(43)
SURIATI
tidak lena tidurnya malam itu. Pelik dia memikirkan apa yang terjadi. Sekejap
baik sekejap lagi gaduh. Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Tadi dia sempat berpesan pada Azam untuk tidak
memberitahu neneknya tentang keputusan Ara. NOT YET!
"Kesian nenek ma... susah-susah dia atur majlis ni untuk kami...
tiba-tiba aje Ara buat keputusan macam tu."
"Shhh!" Suriati letak jari telunjuk ke bibir. "Jangan
beritahu nenek dulu. Biar mama jumpa dia esok dan tanya dia kenapa."
"Ye ye aje mama ni. Dia tengok muka mama aje dah
takut... ada hati nak jumpa face to face?"
"Try me."
"As you wish ma... good luck!" Azam rasa macam
tidak yakin dengan rancangan mamanya. Namun dia sudah pasrah.
Keesokan harinya... sehari sebelum majlis...
Suriati keluar awal dari hari-hari Sabtu selalunya. Dia
ke La Cucur di KLCC. Biasanya Datin Laili ada di situ bersarapan dengan
teman-teman setianya yang bertiga itu.
"Hahaha!" Terdengar gelaknya. Disambut oleh
yang bertiga.
Suriati terhenti di situ tanpa ada sesiapa yang sedar
akan kehadirannya dek teruja dengan gosip terbaru.
"Lepas tu... lepas tu," Datin Arini tidak sabar
ingin tahu.
"I cakap dengan Ara... kalau kau teruskan dengan
perkahwinan ini... I will make sure your father, ditukarkan ke
Kalimantan."
"You ada contact ke? Mana you dapat info?"
Tanya Datin Arini.
"Lepas dia malukan I hari
tu... I koreklah. Nak kerjakan orang tua Cik Jah tu, tak sampai hati pulak.
Buat macam ni... biar satu family dia pulak malu. Hahaha..." dia ketawa
tak hengat
"Tapi kesian kot kat budak perempuan tu... mesti
teruk dia kena sumpah dengan Puan Halijah."
"That's not my problem... tapi I takde la sampai
plan nak bunuh orang macam 'dia' tu, kan?"
Suriati yang hanya duduk dipisahkan oleh dinding tepi
restoran itu mendengar punca segalanya. Memang yang berlaku itu semua
bermotifkan dendam... yang berasal dari dirinya sendiri. Betul kata
mentuanya.... dia silap memilih kawan. Perbualan kawan-kawannya itu sempat
dirakam. Dia kemudian terus ke rumah Ara untuk memujuknya meneruskan rancangan.
(44)
SEPANJANG
perjalanan, gelak jahat Datin Laili tadi terdengar-dengar di telinganya. Kau
nak main kotor ya? Kau belum betul-betul kenal aku siapa. Bisik hati Suriati.
Siaplah kau!
Dia berpatah balik. Akalnya mengajak dia menjalankan satu
agenda. Dia harus mencari dimana wanita jahat itu memarkir keretanya. Eleh! Dia
bukan baru kenal dengan wanita yang tidak boleh berpanas dan berhujan itu.
Macam dia tu puteri dari kayangan.
Selama ini dia layan sahaja rentak Datin Laili. Tapi bila
keluarganya dijadikan bahan permainan... memang dia sengaja tempah maut. Maka
sekonyong-konyong datanglah akal jahatnya.
"Sue!" Panggil mentuanya elok dia menutup rapat
pintu rumah malam itu.
"Ya mak!"
"Ada Ara datang butik test baju untuk majlis
esok?"
"Dah mak... Sue dah settlekan semuanya."
"Good girl," puji Puan Halijah. "Dah...
pergilah naik tidur. Esok kamu VIP untuk majlis tu."
"Terima kasih mak... assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Azam yang sengaja menunggu mamanya pulang malam itu duduk
menonton TV bisu. "Ma!" Panggilnya perlahan bila kelibat wanita itu
melintas ruang menonton. "How was it?"
Suriati senyum sambil menunjukan ibu jari dan jari telunjuk
yang dicantumkan.
"Serious?"
"Trust me... I'm your mother."
"Azam!" Jerit Puan Halijah dari bawah. Dia
memang tidur di bilik bawah. Tak kuasa nak turun naik tangga, katanya.
"Ya nek!"
"Awak pun kena tidur jugak. Esok tengah majlis kang
mengantuk pulak."
"Ai ai nek!" Dia off TV dan berlalu ke biliknya
dengan 1001 persoalan yang bermain di minda.
Suriati berdiri di hadapan cermin dalam biliknya. Dia
senyum sendirian. "Good girl." Dia ajuk cakap mentuanya sambil buat
cap jempol.
(Finale)
AZAM hanya
memerhati perlakuan mamanya sepanjang pagi itu. Lepas solat subuh, mama terus
on TV dan duduk menghadap TV1... kejap TV2... kejap TV3 dan ditekan2 terus
remote itu entah mencari channel apa.
Azam yang lalu lalang ke biliknya hanya perhatikan aje.
Dia tahu ada sesuatu yang mama lakukan semalam sehingga mama berjaya meneruskan
misi hari ini.
"Sue!" Panggil Puan Halijah.
"Ya mak!" Jawabnya dari tingkat atas.
"Kita gerak lepas zohor... dalam pukul 2 tau?"
"Baik mak!"
Sejuk hati Puan Halijah bila menantu seorangnya itu sudah
berubah rentak. Lembut dan sopan sekali. Alhamdulillah... dia mengucapkan
syukur ke hadrat Ilahi.
Tepat jam 1 tengahari di TV3...
"Mula-mula dibacakan tajuk-tajuk berita. Seorang
wanita berstatus Datin telah ditangkap atas tuduhan memiliki 200 gram ganja
yang disorokkan di dalam enjin keretanya, tengahari semalam 23 September 2017
di kawasan parkir bangunan Menara Kembar Petronas, (KLCC) Kuala Lumpur.
Wanita itu mengaku tidak bersalah dan akan dihadapkan ke
mahkamah di bawah seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan
hukuman mati mandatori."
Tut! Peti TV terus dimatikan.
Amekau!! Suriati rasa puas hati. Sekarang ini koreklah
lagi, bebelnya dalam hati. SAC Zulkifli Ali, Ketua Bahagian Jenayah Narkotik
dari Bukit Aman pun tak mampu nak tolong. Hahaha....
"Azam! Dah siap?" Jerit Suriati memanggil anak
kesayangannya.
TAMAT
No comments:
Post a Comment