(11)
SURIATI yang ditinggalkan sendirian
di ruang tamu itu meraung kesedihan bila teringatkan kata kawan-kawan yang di
dampingi kebelakangan ini.
"Kalau Azam
dah kahwin nanti, you tinggal serumah dengan menantu ke?"
"Apa
salahnya?" Begitu pada mulanya dia menjawab.
"Hati-hati jer
la. Takut dia merancang ambil alih jadi mem besar... dia pakat-pakat dengan
Azam hantar you ke rumah orang-orang tua, kan?" jawab Datin Laili minta
bantuan kawan-kawan yang lain.
"Betul betul
betul!" Sahut Puan Noriah yang bertudung tapi jambulnya terkeluar.
"Kihkihkih!" Yang lain-lain
ketawa geli hati.
"Sekarang ni
anak lelaki dengar cakap bini... anak perempuan dengar cakap laki. Kita ni
ditolak tepi aje. Tambah-tambah macam you yang dah takde suami." Kata Puan
Nazilah pula.
Perasaan Suriati
sudah berapi-api. Wajah Ara yang sering dilihat sangat rapat dengan mentuanya
itu menari-nari di layar mata. Terasa seakan mereka berdua itu sedang
berkomplot mahu menyingkir dirinya.
"Anak siapa
bakal menantu you tu?" Bertanya Datin Arini.
Melilit aksesori di
badan... rantai gelang cincin... semuanya besar-besar belaka. Tapi barang kemas
dari Zhulian. Dia yang mengaku sendiri. Nak elak dari dirompak, konon. Tapi
perompak tahu ke?
Gasak engkaulah!
Jangan terjebak dalam kes ragut sudah.
Suriati tambah
geram bila ditanya begitu. "Anak orang biasa-biasa aje... dah Azam suka,
nak buat macam mana?" Namun dia menjawab juga.
"Anak
sorang... carilah anak-anak Dato' ke... berbaloi sikit." Datin Arini
tambah minyak pada api yang sedang membara. "You are his mother... you
have the right untuk pilih bakal menantu."
Suriati sudah mula
terasa panas punggungnya. Tapi dia malu untuk terus meninggalkan kawan-kawan
begitu sahaja.
"Kalau
tiba-tiba anak you tak panjang umur macam mana?" Kata Datin Laili pula.
"Semua harta tu dapat ke perempuan tu, tau? Masa tu nanti baru you tau
langit tinggi ke rendah."
"Betullah Su.
You tukar rumah tu atas nama Azam awal-awal buat apa?" Puan Nazilah sama
menyokong sambil membetulkan letak cermin mata hitamnya.
Didihnya rasa di
hati... dah tahap lahar gunung berapi. Kecik besar kecik besar wajah seorang
demi seorang diperhati. Gelak tawa mereka sudah cair dilarutkan dek suhu badan
yang tinggi.
"Baik you
ambil alih tempat Pengarah Urusan tu. Biar Azam pegang Pengurus Besar aje.
Sekurang-kurangnya... apa-apa urusan dia kena dapatkan persetujuan dari
you." Puan Noriah pula mengajar.
Sebab itulah dia
terus balik, tidak mahu menyertai teman-teman yang membuat cadangan hendak ke
Restoran Rebung milik Chef Ismail untuk menjamu selera. Elok sampai di rumah,
dia terpandang Istikharah sedang seronok bergurau senda dengan Nek Jah.
Apalagi... mengadu dombalah syaitan-syaitan di telinganya.
Wajah comel loteh
Ara bertanduk pula pada penglihatannya. Mahu sahaja dihalau keluar tapi
munculnya Azam telah menyelamatkan keadaan. Suriati terasa ada benarnya semua
kata-kata kawan-kawannya itu. Dia sudah tidak sabar mahu mengambil tindakan.
Lebih baik diteruskan sebelum Azam dan Ara diijab kabulkan.
(12)
ARA siap untuk mengikut Azam pulang
makan tengahari di rumahnya... seperti nasihat Nek Jah... Ara harus pandai
mengambil hati Mama Suriati.
Dia ketuk pintu
bilik Azam. Azam kelihatan sugul. "Tak nak balik makan?" Tegur Ara.
Azam geleng. "Takde selera." Ucapnya perlahan. Memang dia
hilang selera bila disergah oleh mama petang itu. Tak sangka mama menuduh Ara,
bakal isterinya begitu.
Pagi tadi... semasa
bersarapan, Puan Suriati telah membuat keputusan...
"Mama nak buat
rombakan..." ujarnya tiba-tiba. "...mama nak ambil alih Pengarah
Urusan..."
Azam hampir tercekik mendengarnya.
"Kenapa tiba-tiba sahaja?"
Puan Suriati
angguk. "Mama dah bersedia... mama rasa bosan tinggal di rumah dan takde
manafaat keluar berjimba-jimba tu. Lebih baik mama tumpukan perhatian dan
tenaga kepada syarikat kita." Dia renung reaksi Azam.
Azam tidak menjawab
sepatah kata. Dia beri peluang kepada mamanya untuk meluahkan apa yang dipendam
selama 5 tahun ini... sehingga semalam... sampai kepada kemuncaknya.
"Habis tu... kamu
nak letak Azam ke mana?" Marah Nek Jah.
"Azam turun
kepada Pengurus Besarlah," jawabnya kasar.
"Encik
Sulaiman?"
"Encik
Sulaiman tu hantar ke bahagian Logistik..."
"Itu demoted
namanya ma..."
"Suruh dia
pilih... nak VSS ke demoted?"
Azam kerling mamanya.
"Sama juga
dengan Istikharah..."
"Habis tu...
siapa nak handle Legal Department?"
"Kita upah
Lawyer jer."
"Nak letak dia
di mana?"
“Pindahkan dia ke
kilang." Toya jer muka Puan Suriati beri arahan. "Mulai minggu depan
mama masuk opis... mama tak nak tengok muka dia ada dalam opis tu."
"Amboi!"
"Mak jangan
masuk campur... ini urusan syarikat." Katanya siap dengan mengembangkan
tangan kanan.
Tak sempat orang
tua tu nak menyampuk. Habis dicaras.
"Azam letak
jawatan..."
"Baguslah!
Memang mama dah agak Azam akan cakap macam tu." Ucap Puan Suriati.
"Hanya kerana perempuan tu... Azam nak biarkan mama handle syarikat
sorang-sorang."
"Apa alasan
Azam nak beri pada Encik Sulaiman dan Istikharah, ma?"
"Itu pun
susah? Cakap aje syarikat menanggung kerugian. Kita dah mula nak buang
pekerja."
"Just for that
two specific persons?"
"Why
not?" Puan Suriati jeling tajam anaknya. "If you plan to leave the
company... you better leave the house as well." Tega hatinya berkata
begitu.
"Suriati!!"
Jerit Nek Jah menepuk permukaan meja.
Azam terkejut
teringatkan kisah pagi tadi di meja sarapan.
"Are you
alright?" Soal Ara.
"We need to
talk." Ucapnya. "This is serious." Azam renung wajah Ara.
"Very serious."
(13)
"DUE to economic slow down, mama
akan ambil alih jawatan Pengarah Urusan..." kata Adam cuba menjelaskan
sebaik mungkin. Tidak mahu Ara tahu tindakan itu memang disengajakan... dan
untuk menjaga nama baik mama.
Ara angguk faham.
Wajah sugul Azam tadi menjelaskan dia sedang memikirkan masalah syarikat.
"So... you macam mana?"
Azam senyum tawar. "I'll step down..." jawabnya. "Saya
tak sanggup ambil jawatan si gendut tu..." dia buat lawak agar
perbincangan itu tidak menjadi tegang. "....and..." dia pandang wajah
Ara. Lama.
Ara angkat kening.
"And...?"
"We are
closing down the Legal Department..." Ucapnya dalam nada sedih yang tidak
mampu hendak disorokkan. "...immediately."
Ara sedikit
tersentak. "Serious?"
Azam angguk.
"I am sorry Ara... saya tak pandai manage the company. Perkara ini terjadi
waktu saya yang ambil alih syarikat tu..."
"Shhh!! Don't
blame yourself," pujuk Ara. Di dalam minda mencari di mana kesalahan yang
berlaku kerana selama dia mengurus bahagian hutang-hutang syarikat... tidak
pula ada masalah diantara pembekal dan pemborong.
"Takpelah...
kita terima sebagai takdir Allah. Hidup ni memang ada pasang ada surut.
Patutlah nampak mama macam susah hati aje... saya ingatkan dia tak suka
saya."
Azam sentap. Ara
tau rupanya... sebab itu dia mengelak bila diajak datang ke rumah. Kesiannya.
"Today is our last day, okay? Awak tak payah ke opis esok. Kita sama-sama
cari kerja tempat lain. Saya akan uruskan duit pampasannya."
Ara angguk. Dia
juga sambut dengan senyum tawar. Siapa tak terkejut jika dibuang kerja serta
merta?
"Jom
balik," ajak Azam. "Malam ni saya datang rumah awak. Kita sama-sama
bincang untuk cari kerja lain."
"Bos,"
tegur Sulaiman yang kebetulan nampak Azam dan Ara ada di cafe bangunan itu.
"Betul ke circular yang baru keluar tu?"
"Yang
mana?" Azam pura-pura bertanya.
"Yang cakap
Puan Suriati akan ambil alih menjadi Pengarah Urusan tu?"
Azam angguk. Tak
kan nak cakap dia tak tahu pulak?
"Habis... saya
macam mana? Tentu ada rombakan, kan?"
"No worries
la... awak kekal... saya yang akan letak jawatan."
"Oo... ye ke?
Alhamdulillah,"ucapnya gembira sambil mengusap dada. "Terima kasih
bos!"
"You are most
welcome."
Encik Sulaiman
berlalu dari situ dengan senang hati.
Di sudut cafe...
Puan Suriati memerhati pasangan dua sejoli itu. Entah apa lagi komplot yang
akan dilakukan mereka terhadapnya, hati jahatnya menghasut.
(14)
"HAAA!
Nak ke mana tu?" Tegur Puan Suriati di tengah tangga yang ternampak Azam
sedang membuka almari kasut di belakang pintu utama.
"Azam nak keluar ma."
"Pergi cari perempuan tu... nak mengadu?"
"Ma... Azam nak jumpa contact... nak cari
kerja."
"Kenapa tak nak ambil jawatan Sulaiman tu aje? Takut
sangat nak buang dia?"
Azam angguk. "Memang Azam takut. Dia takde buat
apa-apa kesalahan. Azam tak nak nanti Allah hukum Azam lebih pedih... lebih
dahsyat."
"Alah!" Puan Suriati jengkit bibir atas.
"Dah tentu itu syarikat kita... buatlah apa kita punya suka." Jawab
Puan Suriati menapak perlahan ke sofa.
"Mama tak takut dengan doa orang yang
teraniaya?"
"Siapa yang teraniaya? Kita ada bagi pilihan,
kan?" Ucap Puan Suriati tanpa rasa bersalah. Dia tak nak kena demoted...
kita boleh bagi pampasan untuk dia letak jawatan."
"Ya ampun!" Nek Romlah garu kepala yang tidak
gatal. "Dah kenapalah kamu ni Sue? Siapa yang dah hasut kamu ni?"
Soal Nek Jah tidak percaya dengan perubahan yang berlaku ke atas menantunya.
Dulu dia tak sibuk pun hendak ambil tahu tentang urusan
syarikat walau namanya ada disenaraikan di dalam share Bumi Raya Enterprise.
Dia datang untuk mesyuarat ahli lembaga dan pulang selepas itu. Tentu ada
unsur-unsur hasutan yang membuatkan Suriati bertindak demikian.
"Jangan nak tuduh-tuduh kawan Sue pulak. Sue boleh
fikir sendiri apa yang Sue perlu dan patut buat untuk Bumi Raya."
"Kalau macam tu... mak pun nak pegang jawatan sebab
mak pun masih ada share juga di situ."
Suriati berpaling merenung mentuanya. "Mak nak
pegang jawatan apa? Dah tua tu buatlah cara dah tua. Jangan nak menyampuk boleh
tak?"
"Kamu lupa... syarikat itu dulu milik siapa?"
Dia angkat kening bertanya. "Aku masih ada 51 peratus share di situ."
Betullah... di dalam surat wasiat arwah suaminya, 51
peratus untuk Halijah Halim dan 49 peratus untuk Abd Malek Md Amin.Tapi Nek Jah
serah penuh kepercayaan kepada anaknya itu untuk menguruskan syarikat. Malek
pula mewasiatkan 39 peratus untuk Azam dan 10 peratus sahaja untuk Suriati dari
bahagiannya yang 49 peratus itu.
Selama ini Nek Jah tidak mahu masuk campur urusan
syarikat. Tetapi hari ini... bila Suriati yang cuma ada hubungan sebagai
menantu itu naik tocang, Nek Jah terpaksa bersuara meminta haknya.
Suriati terasa lemah lututnya bila dapat tahu Nek Jah
yang sudah tua itu memiliki sebahagian besar saham syarikat. Adoi!! Mahu
diapakan orang tua ini agar sahamnya dapat dimiliki? Suriati perah otak cari
idea. Atau... minta cadangan dari kawan-kawannya...
(15)
BANYAK duit rupanya
orang tua tu ye? Di dalam hati Suriati masih memikir tentang 51 peratus share
milik Nek Jah.
Ini kalau dia baik dengan Ara... harus pula perempuan miang tu dapat
bahagian. Suriati makin berapi-api. Jika dia bertindak kasar... tentu dia rugi.
Bagaimana kalau dia berbuat baik aje
dengan mentuanya sebelum perempuan tua itu berjumpa dengan peguamnya?
Keesokan paginya...
"Mak! Jom sarapan," ajak Suriati dengan nada lembut yang
dibuat2.
Macam Nek Jah tu tak dapat menghidu kelainan yang berlaku. Ni... mesti
ada sesuatu. Tapi Nek Jah tak cepat melatah. Diikutkan sahaja rentak permainan
menantu yang sekarang ini sudah cerdik aje gayanya.
"Yani!" Panggilnya. Bimbang karang yang sudah siap terhidang
itu... siap juga dikangkang... supaya Nek Jah mengikut telunjuknya... agar
menyerahkan segala kuasa.
"Ya buk!" Sahut Yani yang datang dari dapur.
"Buatkan saya oat... campurkan dengan kacang badam dan kurma. Macam
yang saya pernah tunjukkan dulu."
"Bisa buk." Jawab Yani seraya berlalu.
Suriati bulat mata memandang. Penat-penat dia bangun memasak nasi
lemak... mentuanya minta dibuat oat pula. "Hai mak! Payah-payah Sue buat
nasi lemak pagi ni... mak mintak oat aje?" Hatinya sudah mula marah.
"Nak bagi sihat... lepas ni kan aku dah mula nak ke pejabat? Nasi
lemak tu kang buat aku mengantuk aje," helahnya. "Azam mana ni?"
"Nak buat apa dengan Azam?"
"Nak pergi jumpa peguam... nak sahkan share dia dalam syarikat
tu."
"Habis Sue..."
"Kamu punya 10 persen jer... duduk diam-diam dulu. Aku bincang
dengan peguam nak bagi jawatan apa."
Turun naik turun naik nafas Suriati, kencang. Tangan yang memegang
sebiji telur rebus itu jadi pegun.
Nek Jah yang perasan itu kerling dengan ekor mata. "Atau kamu nak
cash? Boleh bukak butik ke?" Nek Jah beri cadangan. "Lagipun... kamu
bukan ada kelayakan dan pengalaman dalam mengurus perniagaan." Tambah Nek
Jah lagi yang tahu benar perangai Suriati.
"Nanti bolehlah kawan-kawan kamu tu menebeng di butik kamu tu
hari-hari. Baik tak baik... baju pun mintak free."
"Mak!" Marahnya sambil melempar telur rebus yang sedang dikupas.
(16)
"LAAA...
kenapa dah lama tak datang rumah?" Puan Suriati menegur Ara yang singgah
di Supermarket usai keluar pejabat.
Padahal memang dia telah memerhati dan sengaja mengekori Ara sejak jam
4.45 petang tadi... mengikut Plan B bila Plan A tidak menjadi. Semalam... bila
Nek Jah tarik balik penutupan Legal Department di syarikat, Ara dipanggil balik
bekerja tanpa mengetahui apa yang telah terjadi sebenarnya.
"Aunty," sahut Ara. "Nak shopping barang dapur jugak
ke?" Tanya Ara cuba mengambil hati.
"Macam itulah nampak gayanya bila nenek tak beri keizinan aunty
bekerja. Emosi belum stabil, katanya. Hehehe..." dia putar cerita sambil
ketawa-ketawa.
"Ara ni pun ikut aje arahan aunty. Hari tu Azam cakap, aunty nak
ambil alih jadi Pengarah Urusan dan menutup bahagian legal kerana ekonomi
merudum. Tiba-tiba Azam call suruh datang kerja balik."
"Nenek tu degil. Orang dah cakap... dah nasihat... tapi dia nak
juga teruskan macam biasa. Dia sanggup tanggung risiko." Cerita Puan
Suriati.
"Tak apalah... insyaAllah... Ara akan bekerja keras membantu dan
memantau hutang-hutang dalam syarikat tu."
"How very sweet of you," jawab Puan Suriati sambil kertap
gigi, geram!
Trit trit!
Telefon pintar Ara berbunyi. Sepintas dia melihat nama pemanggil dan
cepat meleser permukaan telefon untuk menjawab panggilan.
"Helo... assalamualaikum. Saya dengan aunty di supermarket
ni." Ara menjawab pertanyaan orang sebelah sana talian. "Azam."
Katanya tanpa suara memberitahu Puan Suriati.
"Buat apa?"
"Aunty cakap dia nak beli barang dapur. Kenapa?"
"Azam nak apa?" Tanya Puan Suriati yang cuak memandang wajah
Ara elok dia mematikan hensetnya.
"Dia cakap tunggu aje sini... kejap lagi dia dan nenek
sampai."
Adoi! Sibuk juga nak ke mari kenapa?
Puan Suriati tak senang hati. Dia dah rancang Plan B baik punya.
"Nenek ni pun... aunty ada boleh beli barang dapur... dia nak jugak
datang, buat apalah." Puan Suriati pura-pura merungut. "Kalau macam
tu takpelah... biar aunty ke salon aje... nak cuci rambut." Ujarnya sambil
menghulur salam.
"Tak jadi ke aunty?" Tanya Ara yang lurus bendul.
"Biarlah nenek dengan Azam aje yang beli." Jawab Puan Suriati
sambil memacu langkah keluar dari supermarket.
Plan Bnya begini...
Dia akan mengajak Ara minum-minum dan memasukkan sebiji pil kuda ke
dalam minuman gadis itu. Jika dia memandu pulang dalam keadaan khayal... ada
kemungkinan akan berlaku kemalangan.
Atau....
Semasa Ara sibuk memasukan barang ke dalam boot kereta, dia akan
menyuntik ubat penahan sakit ke tengkuk Ara dari belakang. Ubat penahan sakit,
bila diambil dalam dos yang tinggi, menurut Physician di kedai-kedai ubat,
boleh menyebabkan serangan jantung.
Tadi... Puan Suriati sudah ketawa suka hati. Tetapi nampaknya, Plan B
juga tidak berjalan seperti yang dirancang. Ini memang menaikkan kemarahannya.
Nampak sangat Azam dan Nek Jah cuba melindungi Ara. Hisy! Nak buat macam mana
lagi ni?
Sambil melangkah keluar dari supermarket, dia mencari jalan bagaimana
mahu menghapuskan dua orang makhluk yang sangat dibencinya sekarang ini.
Dua puluh minit kemudian...
"Mana mama?"
"Dia dah ke salon... nak cuci rambut, katanya. Dia suruh nenek aje
yang beli barang." Ara ulang cakap Puan Suriati.
"Alhamdulillah!" Nek Jah urut dada senang hati. Mujur dia
datang ke sini niat nak beli barang. Mungkin juga bila ternampak Ara, dia cari
alasan untuk mengelak. Begitu Nek Jah membuat kesimpulan. Nek Jah memandang
wajah polos Ara. Kasihan gadis yang tidak tahu sebenarnya wanita bakal ibu
mentuanya itu langsung tidak menyukai dia. Sebab itu dia berpesan pada Azam
untuk memantau diri Ara. Bimbang nanti kemarahan boleh memburukan keadaan.
"Kenapa nek?"
"Takde apa-aplah..." jawab Azam. "Dah! Jom."
"Nenek ingat tadi nak shopping beramai-ramai... tentu seronok,
kan?"
Walau perasaan Nek Jah mengesyaki sesuatu terhadap menantunya... dia
tidak sanggup mahu mengaibkan Suriati di hadapan Ara. Sebelah mata dikenyit
memandang Azam.
Azam senyum paksa.
(17)
SURIATI yang keluar
dari Supermarket tadi terus menjejak lokasi teman-temannya untuk mendapatkan
khidmat nasihat.
"Uolls kat mana?"
"Iolls di La Cucur... tengah
minum petang ni... jomlah join. Lama tak dengar berita you. Sekejap ada sekejap
takde... dah macam biskut Chipsmore pulak."
Suriati pun apa lagi... berdesup memandu ke lokasi yang disebut.
"Hai, tak manis pun muka?" Tegur Datin Laili yang memandang
wajah cemberut Suriati. "Ingatkan dah jadi Pengarah Urusan ni dah tak nak
jumpa dengan kita orang."
"Sue kena belanja kita orang makan besar hari ni," pinta Datin
Arini pula.
"Agree!" Sahut Puan Nazilah dan Puan Noriah serentak. Wah!
Great minds think alike sungguh.
"Excuse me!" Ujar Suriati mengembangkan tangan kanan.
"Your idea tak jalan pun, okey?"
Lapan biji mata membulat. "Seriously?" Datin Laili bertanya.
Suriati angguk. "I rasa nak hapuskan bakal menantu dengan mak
mentua I la. Uolls ada idea?"
Mereka berempat berpandangan antara satu dengan yang lain.
"What do you mean?" Tanya Puan Nazilah.
"Let them vanished," jawab Suriati santai tanpa perasaan
takut. Seolah mereka sedang berlakun sahaja lagaknya.
"Uuu... this is serious," tambah Puan Noriah dengan muncung
itiknya. "You hate them that much, huh?"
Suriati angguk lagi. "Ada ke patut mak mentua I cakap, my share is
not enough to run the company. Dia still nak Azam jadi Pengarah Urusan."
Adu Suriati, geram. "Dia perli-perli I suruh bukak butik jer sebab I takde
kelayakan dan pengalaman nak urus perniagaan."
Kawan-kawan yang berempat tadi pecah ketawa. Terhinggut-hinggut sampai
tak hengat.
"OMG!! How
dare... dia cakap macam tu?" Soal Puan Nazilah yang lebih rapat dengan
Suriati daripada yang tiga orang lagi.
"What's so funny?" Sergah Suriati.
"Her idea is awesome, Sue," jawab Datin Laili, memujuk.
"Kalau you bukak butik, hari-hari kita orang boleh berkumpul di sana. As
your best friends... of course la kena beri kami diskaun."
Suriati terus teringat kata-kata mentuanya. Sebiji pulak tu... cuma tak
mintak free aje.
"Betul betul betul!" Sampuk Datin Arini. "Buat apa sampai
nak bunuh-bunuh orang? Last-last nanti bila tertangkap... tinggal dalam rumah
yang tak berdapur tu, you nak?"
"Betul tu Sue..." tambah Datin Laili pula. "Jahat-jahat
I... takde la sampai ada niat nak membunuh. I masih takut dengan Allah
tau?"
Suriati rasa tercabar... macam dia seoranglah yang jahat sangat.
"Tak sangka uolls are so chicken. Pap pap pap!" Dia buat aksi ayam
sedang berkepak. "Suruh tolong bagi idea aje pun." Dia bangun sambil
menarik tas tangan dan meninggalkan kawan-kawannya di situ.
(18)
"SUE!"
Jerit Datin Laili dari sebelah sana talian.
"Hoi cik kak, dah tak reti beri salam ke?" Tegur Suriati di
meja makan sedang bersarapan.
Datin Laili di sebelah sana cebik
bibir. Apahal gaya muslimah pulak Suriati pagi ini? Selalunya... dia pun main
terjah aje.
Nek Jah dan Azam sama memandang Suriati yang nampak macam sibuk
kebelakangan ini. Entah apa rancangan yang sedang diatur, mereka jadi musykil
pula.
Datin Laili yang sudah berpakat dengan tiga orang lagi rakannya
menelefon ingin berjumpa dengan Suriati hari itu.
"What's up," tanya Suriati.
"Jom jumpa tengahari ni," ajak Datin Laili.
"Boleh... no hal." Suriati senyum. Tentu kawan-kawannya rasa
bersalah kerana mentertawakannya kelmarin. .. dan hari ini mahu belanja makan.
"Kat mana?"
"Nanti I whatsapp lokasi."
"Okie dokie."
Telefon dimatikan. Dia memandang Azam yang sedang menyuap mihun goreng.
"Macam mana dengan kedudukan Sue sekarang ni, mak?" Dia renung
wajah Nek Jah yang semenjak dua menjak ini asyik bersarapan oat aje pulak.
Nek Jah yang sedang enak menyudu, angkat wajah merenung menantunya.
"Macam nilah..." Suriati buka cadangan. "Sue rasa bagus
juga idea mak suruh Sue bukak butik..." dia teguk teh hijaunya perlahan.
"...nanti mak uruskan tau? Sue nak keluar tengahari ni cari lokasi yang
stategik."
"Mama nak bukak butik apa?" Tanya Azam, gembira dengan
perubahan mamanya.
"Baju, handbag, kasut dan assesori wanita. Tentu menarik, kan? All
in one."
Azam pandang neneknya. "Okey tak nek?"
"Okey sangat..." jawab Nek Jah tunjuk cap jempol. "Nanti
tolong mama kamu buat proposal. Kemudian... beri nenek tengok."
"Ala mak ni... dengan menantu sendiri pun nak proposal bagai."
"Mesti! Kita ikut terms and conditions bila bercakap pasal duit.
Bukan sikit-sikit tau?" Ujar Nek Jah. "Ekonomi tak stabil... harga
minyak pun asyik naik aje. Kena belajar berjimat cermat."
Walau rasa nak marah, di dalam hati sudah berbunga-bunga... membayangkan
bagaimana bila dia sudah punyai butik sendiri. Tentu Datin Laili dan Datin
Arini iri hati. Jumpa sekejap lagi... Suriati juga mahu mengusulkan tentang
terms and conditions sebagaimana yang diucap oleh mentuanya tadi. Kawan-kawan
tidak boleh sesuka hati keluar masuk macam rumah sendiri.
(19)
"MAMA tau
siapa yang punya kerja ni?" Tanya Azam yang dipanggil datang ke hospital.
Suriati yang masih mamai dengan penglihatan yang masih kabur itu terkebil-kebil mengingat apa yang telah berlaku. Tadi, dia
ke lokasi yang dikongsi oleh Datin Laili di whatsapp grup mereka. Elok dia
melangkah keluar dari kereta yang sudah diparkir, kepalanya dipukul dari
belakang. Dia langsung tidak ingat lagi selepas itu.
Ara pula diarah oleh mamanya untuk menjemput Ibrahim dari Genius Aulad.
Kenderaan yang disediakan telah mengalami kerosakan.
Encik Ismail pula minggu ini kena kerja luar daerah. Ara yang kebetulan
pulang melewati jalan itu telah terpandang Mama Suriati yang tersandar di
keretanya dengan kepala yang berdarah.
Ya... siapa yang tak kenal dengan Mercedes Sport merah Puan Suriati...
dan apa yang dibuatnya parkir di kawasan taman tasik itu? Buru-buru juga Ara
mencari tempat parkir untuk membantu.
"Kenapa kita datang sini kak?" Tanya Ibrahim, tadi.
"Akak nak tolong Mama Suriati kat situ." Jawabnya.
Elok dia sampai, wanita itu sudah pengsan. Ara cepat menelefon ambulans
dan sekaligus menelefon Azam untuk memberitahu kejadian. Kini... dia dan
Ibrahim ada sama di hospital menunggu keputusan pemeriksaan doktor dan memberi
laporan kejadian kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.
"Pompuan tu punya kerja..." tegak telunjuk Suriati menuding
Ara. "Dialah kot yang nak bunuh mama sebab mama tak suka dia kahwin dengan
Azam."
Wah! Akhirnya Suriati buka pekong di dada. Azam terkejut apatah lagi
Ara.
"Akak tolong jer la!" Menjawab si kecik yang sama mendengar
tuduhan yang dilemparkan.
"Hesy!" Ara tarik adiknya. "Ayim tak payah cakap... biar
polis yang siasat."
"Kalau Ayim jadi Boboiboy Galaxy... memang kenalah siapa yang buat
tu." Tambah Ibrahim yang gemarkan siri kartun adiwira itu.
"Ara, awak bawaklah Ayim balik. Biar saya urus yang lainnya."
Ara angguk. Dia memimpin tangan adiknya dan menapak pergi.
"Oo... by the way... thanks for the help!" Jerit Azam.
Ara tidak berpaling lagi. Dia hanya angkat tangan sebelah. Terasa kecil
di hati. Betullah tekaannya... selama ini dia tidak disukai oleh Mama Suriati.
(20)
"NENEK rasa
siapa yang ada berdendam dengan mama?" Tanya Azam.
"Kes rompak kot?" Teka Nek Jah.
Azam geleng. "Bukan nek... mama
cakap dia tak hilang apa-apa pun."
"Siapa pulak yang nak berdendam dengan dia?" Nek Jah sibuk
juga mengerah minda. "Tapi tak taulah nenek... kalau disebabkan mulut
badan binasa."
"Maksud nenek?"
"Hai? Tak kan tak kenal dengan mama kamu? Mulutnya laser... sekali
keluar cakap... berbisa." Ucap Nek Jah. "Tapi... biasanya dengan
orang yang dia tak sukalah..."
Ara? Tadi mama tuduh Ara. "Tak kan Ara, kan nek?"
Nek Jah berpaling lipat maut. "Macam mana kamu boleh terfikir Ara
punya angkara?"
"Mama yang cakap tadi."
"Itu satu tuduhan." Jawab Nek Jah. "Ara tidak pernah tahu
Mama Suriati tidak sukakannya. Macam mana dia boleh berdendam dengan
mama?"
Azam ketuk dagu dengan jari telunjuk.
"Dia ke tasik tu cari apa?" Tanya Nek Jah teruja bila
teringatkan pagi sebelum kejadian, Suriati ada menerima panggilan. Kemudian dia
cakap mahu keluar mencari lokasi yang strategik untuk butik yang baru
dirancang. "Cuba check henset dia."
-----------------------------------------------------------------------bersambung---------------------------
No comments:
Post a Comment