"LAWA payung orang sebelah tu," kata
Johan seraya menutup pintu rumah.
"Payung
yang kau puji?" Ejek Norman. "Pujilah awek ke... boleh kita ayat esok
pagi-pagi masa keluar pergi kerja."
"Payung dia corak bendera Malaysia la,"
jawab Johan pula. "...patriotik tau? Lagipun... mana kau tahu yang tinggal
di sebelah tu awek bukan apek?"
"Tak
kan apek layan lagu hindustan kot?"
"Entah-entah
makcik ke... siapa tahu? Kita yang baru kat sini."
"Aku
gerenti aweklah. Kalau dah ulang 37 kali lagu 'Jannam-janam Shah Rukh Khan
dengan Kajol' tu... tak kan makcik pulak?"
"Baru
putus cinta kot?"
"Tu
sebab kita kena pandai masuk jarum."
"Kau
berani ke?" Soal Johan. "Dia hempuk dengan payung kang... naya
aje."
"Esok
pagi aku try. Kau tengok cara aku ayat awek. Bukan macam kau... dah tentu awek
nak belanja makan... kau tolak. Apa hal?"
"Tak
macho la awek yang nak belanja."
"Tak
macho konon. Pirah! Nak tunggu kau yang belanja... semedang tak berduit."
"Adik
aku baru masuk U... banyak nak pakai duit sebelum PTPTN dia lulus."
"Kira
kau ni abang mithali la?"
"Cakap
la apapun. Sejak ayah meninggal... Jihan tu jadi tanggungjawab aku."
"Ye
lah... aku faham. Saja usik kau."
"Suri!"
Johan dan
Norman berpandangan. Terdengar pintu rumah sebelah dibuka.
"...nak
pinjam payung?"
"Jangan
bagi hilang tau? Suri baru beli di Mydin semalam."
"Awek..."
Johan dan Norman serentak menyebut tanpa suara.
"SURIII!!" Cepat Norman memanggil siap berlagu
7 harakat apabila terdengar pintu rumah sebelah dibuka.
Sejak jam 7 pagi dia sudah terpacak menunggu di depan
pintu rumahnya untuk mengayat Suri... awek rumah sebelah.
Tak malu betul!
"Kak Suri dah pergi kerja. Kenapa cari dia?" Soal
awek yang menjawab.
Wajah masing-masing masih belum dapat dilihat kerana
dipisahkan oleh dinding yang membahagikan rumah mereka.
Norman sentap. Aiseymen... salah orang daaa...
Johan yang sedang menyarung stokin menahan perut geli
hati. Amekau!! Mujur adik... kalau abang atau bapak tadi... macam mana?
"Oh! Abang nak pinjam payung, boleh?"
"Bukan ke abang-abang dua orang ni pergi kerja naik
motor? Kenapa nak pakai payung?"
"Semalam nampak payung Kak Suri lawa... patriotik
sangat. Tu yang nak tanya beli di mana?"
"Oo... yang corak bendera Malaysia tu ke? Kak Suri
beli di Mydin. Dia dah bawak pergi kerja pun!"
"Kak Suri pergi kerja jalan kaki ke?"
Eh, menyibuk pulak dia. "Dulu tunang dia jemput...
sekarang ni naik bas jer..."
Oops!!
"ABANG!" Jerit seorang pemandu kereta menggamit
tangan ke arah Johan.
Langkah Johan terhenti. Dia mendekati pemandu itu dengan
sebelah tangan memegang topi keledar. Tadi Norman turunkan dia di situ untuk
membeli nasi goreng sebelum naik ke rumah sewa mereka di tingkat 6.
"Abang tinggal di apartment ni, kan?"
Johan angguk.
"Tolong bayar 6 hengget untuk pompuan ni bang.
Kesian beg duit dia cicir agaknya. Nanti abang mintaklah ganti dari dia. Saya
nak cepat." Kata pemandu Uber itu.
Johan pandang wanita yang pucat wajahnya. Dia kemudian
mengeluarkan wallet dan menarik not sepuluh ringgit.
"Terima kasih bang," ucap pemandu Uber setelah
mengembalikan wang baki 4 ringgit.
"Encik tunggu sini. Saya naik atas ambil duit,"
kata wanita itu.
"Takpelah Cik... saya ikhlas. Enam ringgit aje pun!"
Wanita itu menggeleng. "Tak boleh. Tadi tu memang
silap saya. Lagipun saya tak nak termakan budi... nanti tergadai body."
Tambah wanita itu lagi sambil menapak terus ke pintu lif.
Johan terpandang di sebelah tangannya memegang payung
yang menjadi isu hangat antara dia dan Norman sejak semalam.
Suri. Hatinya meneka.
Habislah kau Norman... aku yang jumpa dulu Johan
senyum sampai telinga.
JOHAN menapak ke pintu lif dengan plastik berisi 2
bungkus nasi goreng kampung di sebelah tangan dan topi keledar di sebelah
tangan lagi. Tak kuasa dia hendak menunggu Cik Suri hanya kerana duit 6 ringgit
itu. Karang disangka apa pula.
"Encik!" Suri menegur elok pintu lif terbuka.
"Ini 6 ringgit duit encik yang saya pinjam tadi."
Johan terus sahaja masuk ke dalam lif yang sudah terbuka
lebar pintunya itu. "Tingkat 6, please?" Dia mengarah Suri menekan
butang untuknya.
"Encik tinggal di tingkat 6?" Tanya Suri.
Johan angguk.
"Duit ni?"
Johan sedikit membongkok minta dimasukkan ke dalam poket
baju kemeja.
Suri melipat kepingan not seringgit dan lima ringgit. Dia
segan-segan memasukkan ke dalam poket kemeja lelaki itu.
"Terima kasih sebab tolong saya tadi."
"Beg duit cicir?"
"Entah la. Saya kelam kabut balik kerja tadi... tak
ingat letak di mana. Nasib baik saya call Uber... kalau naik bas... tentu dia
tinggalkan saya di tepi jalan." Adu Suri.
Ting! Lif berhenti di tingkat 6. Mereka sama-sama keluar
bila pintunya terbuka.
"Eh, Cik tinggal di tingkat 6 juga?" Soal Johan
acah-acah tidak tahu.
"Haah... saya rumah paling hujung. Encik pintu yang
mana?"
"Second from hujung." Johan senyum.
"Eh, jiran rupanya." Suri muka terkejut.
"Baru ke? Tak tahu pulak dah ada orang tinggal di situ."
"Baru Sabtu lepas masuk. Orang bujang... biasalah
bukan ada barang pun."
Erk?
Johan beliak mata bila terpandang Norman yang sudah
bercekak pinggang di pintu grill memerhati dia yang elok jalan beriringan
dengan seorang perempuan.
Standby nak ayat Suri la tu!
“PEREMPUAN tu siapa?" Tanya Norman sambil menutup
pintu.
"Habis tu... elok jer jalan berdua-dua?"
"Dah dia pun tinggal di tingkat yang sama. Tak kan
nak marah kot?"
"Tapi pompuan tu bukan Suri la kan?" Ucap
Norman untuk menyedapkan hatinya. Dia menarik sila di depan lap-top yang telah
di ON awal tadi.
"Kak Suri!!"
Norman berpaling memandang Johan yang sedang membuka
butang baju. Mereka memasang telinga.
Terdengar pintu rumah dibuka. "Nak apa cari Kak
Suri?"
"Abang Anaz nak jumpa kat restoran bawah."
"Cakap kat Abang Anaz... no thank you. Dah putus
tunang, kan? Nak apa lagi?"
"Eh, kau yang sibuk, kenapa? Aku nak jumpa Kak Suri
la."
"Kak Suri belum balik lagi. Dia naik bas sekarang
ni, kan? Malam karang la baru sampai."
"Okey." Sahut suara itu.
Serta merta Norman melebarkan senyumnya. Sah! Yang jalan
berduaan dengan Johan tadi adik dia... bukan Suri.
"ASSALAMUALAIKUM!" Tegur Norman di pintu grill
kediamannya apabila terpandang seorang perempuan sedang terbongkok-bongkok
mengikat tali kasut. "Suri dah nak pergi kerja?"
Perempuan itu berdiri dan menghadap wajah Norman. "Abang
ni dari hari tu dok Suri-Suri!" Jerkahnya. "Saya ni Sari... adik
Suri."
Oops! "Habis tu... Suri mana?"
"Abang kenal Kak Suri ke?"
Norman geleng. "Selalu dengar nama jer. Nak jugak
kenal dengan orangnya."
"Kak Suri dah pergi kerja..."
"Awalnya?"
"Yalah... dia kan naik bas... kenalah awal-awal.
Kalau dulu Abang Anaz ada... boleh tolong hantar."
"Abang Anaz pergi mana?"
"Go to hell!" Jawab Sari dalam nada marah
sambil menjeling Norman. "Abang jangan cuba-cuba kacau Kak Suri tau? Sari
ada black-belt... nanti Sari lipat abang."
"Kalau ada jodoh?" Ucap Norman berani.
Sari jeling. "Tak pernah jumpa ada hati suka dengan
Kak Suri," bebel Sari. "Abang tau tak Kak Suri tu jongang..."
Sari keluarkan gigi depannya. "...mata dia juling?" Matanya
dijulingkan.
Eee... hodohnya. "Tak kanlah."
"Tu la... tak caya. Nanti jadi Abang Anaz... bila
dah tunang tinggalkan macam tu aje."
Terkebil-kebil mata Norman mendengar cerita.
"Dahlah... Sari nak ke kelas ni... kang lambat
pulak."
"EH, tak mandi lagi?" Tegur Johan yang sedang membancuh
kopi.
"Awal lagi," jawab
Norman.
"Tak
nak tunggu Suri? Karang dia dah keluar... melepas pulak nak masuk
jarum."
Norman
geleng. "Tak minatlah. Adik dia cakap pagi semalam... Suri tu jongang...
matanya juling. Itu sebab tunang dia tinggalkan."
Johan rasa
nak tersembur kopi yang diteguk. "Biar betul?"
Norman
angguk laju. "Betul! Adik dia sendiri yang cakap."
Habis...
yang jalan beriringan dengan dia petang kelmarin tu siapa? Kemain molek jer
orangnya? Adik dia ke?
"Kalau
kau minat ambillah."
"Serious?"
Norman
renung wajah Johan dengan pernyataannya itu. "Jongang dengan juling tau?
Pekej tu! Kau jangan termuntah pulak kang."
"Kau
dah tengok sendiri ke?"
Norman
geleng. "Tak nak arr. Hilang selera aku."
"Lahai!
Siannya sahabat aku ni."
"Tak
payah nak kesian sangatlah... aku reda. Mujur Sari beritahu... kalau aku dapat
tahu kemudian... tak ke naya?"
"Okey
la... aku gerak dulu. Jumpa petang karang." Johan menghulur salam lantas
menapak keluar.
Pintu
ditutup rapat. Johan menolak pintu grill.
"Eh,
Encik..." tegur Suri yang serentak keluar. "Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam,"
jawab Johan. "Baru nak pergi?"
"Ha’ah.
Biasa memang waktu gini... nak kejar bas."
"Jomlah!"
"ABANG!"
Norman yang sedang berlenggang kangkong mahu ke restoran
di tingkat bawah bangunan apartment itu menoleh.
"Tolong beri surat ni pada Suri bang?"
"Aku ni abang engkau ke? Kenapa tak pergi beri
sendiri?"
"Abang kan yang sewa sebelah rumah dia? Saya mana
ada access card nak naik ke atas?"
"Kau ni siapa?"
"Saya bekas tunang dia bang. Dah beberapa hari ni
nak ajak jumpa susah betul."
"Yang kau sibuk-sibuk nak jumpa bila dah putus tu,
kenapa?"
Amekau!! Gaya polis dari Bukit Aman dia kena soal siasat.
"Memang salah saya bang... saya yang putuskan ikatan
pertunangan tu sebab..." Anaz terkeseng-keseng nak beritahu. Malu la tu!
"Sebab apa?" Jerkah Norman.
Anaz pandang wajah Norman. Terkebil-kebil matanya. Takut
pun ada juga. "Sebab saya jumpa awek lama..."
"Bukan pasal dia jongang
dan juling? Cakap jer la... buat apa nak takut?" Jerkah Norman lagi.
Anaz kerut kening. Perempuan
mana yang dimaksudkan oleh lelaki ini? Pelik!
"Haa... nak apa lagi
datang sini ni?" Soal Sari yang baru pulang dari kelas.
Dua kepala berpaling.
"Oo... sekarang ni Abang
Anaz nak pass Kak Suri pada abang ni pulak?"
Norman dan Anaz sama tidak
memahami jalan cerita.
"Lari dari mulut rimau
masuk pulak ke mulut buaya," marah Sari. "Nanti Sari panggil Pak
Guard tu halau Abang Anaz nak?"
"Tak payahlah... abang
boleh pergi sendiri," ucap Anaz sambil mengundur pergi dengan hasrat yang
tidak kesampaian.
Surat di tangan diramas
kejap. Rasa nak menangis melolong di situ juga. Suri!! Maafkan aku....
"SAYA Johan."
"Johan?"
Johan angguk.
"Johan acara apa?"
"Eh?"
"Takde la... saja usik. Saya Suri Arianna. Tinggal
dengan adik perempuan yang masih belajar lagi... Sari Kartika. Abang bawak emak
ke Mekah ganti arwah ayah."
"Encik ni... Johan aje?"
"Oh! Saya Johan Arif. Samalah dah jadi anak yatim.
Tinggal emak dan adik perempuan sorang aje."
Suri angguk. "Encik Johan naik bas jugak ke? Habis
helmet di tangan tu?" Soal Suri bila Johan sama memgekornya ke tempat
menunggu bas.
Johan senyum. "Saya belum mampu beli motor. Helmet
ni kalau jumpa2 geng boleh bonceng."
Suri angguk faham. "Encik Johan kerja di mana?"
"KL Sentral."
"Haluan kita sama." Suri senyum.
Seronok pula bila berteman. Hilang rasa bosan dan
keterpaksaan. Biarlah hanya menaiki bas sahaja... asalkan jiwa tenang dan
lapang.
Di seberang jalan ada mata yang memandang pasangan itu
menaiki bas berdua-duaan. Kunci kereta dilambung-lambung... geram! Pantang
solo... ada jer yang nak cucuk jarum.
"RAYA Haji nanti macam mana?"
"Macam mana apa?"
"Kata tadi emak di Tanah Suci... beraya
sendiri?"
"Terpaksalah... cuti sehari aje, kan?"
"Mana ada? Tiga harilah... Jumaat, Sabtu dan
Ahad." Johan tahulah... dia dah simpan jadual lebih awal. "Ikut
beraya di kampung saya nak? Saya kena balik sebab emak dan adik tentu menanti2
kepulangan saya."
"Eh, takpe la. Buat malu jer."
"Apa nak dimalukan? Raya ni pintu rumah sentiasa
terbuka."
"Naik bas?"
Johan angguk. "Nak?"
"...dengan Sari sekali?"
Johan angguk lagi. "Saya ada adik perempuan jugak.
Mungkin sebaya Sari."
"Nanti saya pakat-pakat dulu dengan Sari,
boleh?"
"No hal. Take your time. Lagipun kita ada beberapa
minggu lagi." Jawab Johan sambil menyuap makan tengaharinya.
Tadi dah janji nak makan tengahari sama-sama. Maka Suri
pilih untuk makan Ayam Cyber di Foodcourt Plaza Sentral. Johan tak banyak
songeh... dia ikut aje. Suri kerling wajah Johan di sebelah. Santai sahaja lelaki
yang baru dikenalinya ini. Tertarik sungguh dia dengan tingkah Johan yang
sangat budiman itu.
"Bos!" Tegur Hadi, pemandu peribadinya.
"Makan kat sini ke?" Dia hulur salam.
Johan kenyit mata sebelah. "Kau ni..." Johan
pura-pura tegur. "...humble betul. Semua orang kau panggil bos."
"Oo... dengan awek eh?"
"Tau takpe. Dah! Pergi main jauh-jauh." Dia
menghalau Hadi jauh dari situ. Tidak mahu Suri tahu siapa dirinya sebenar.
"KAK Suri kenal tak dengan abang-abang yang tinggal
di sebelah ni?"
Suri geleng. "Kenapa?"
"Yang sorang tu... uh!!" Sari buat muka tension
sambil genggam penumbok. "Busybody... pastu mulut... sesedap oren kalau
bercakap."
"Petang tadi Abang Anaz cari Kak Suri?"
"Yang mana satu?"
"Yang selalu tunggu depan pintu tu?" Jawab
Sari. "Kak Suri kena hati-hati. Sari dah cakap dengan dia macam akak suruh
tu. Gigi jongang... mata juling."
Suri angguk. Sampai sekarang pun dia tak tahu siapa nama
kawan serumah Johan itu.
"Tapi yang sorang lagi yang selalu bawak helmet ke
hulu ke hilir tu Sari ada nampak driver bukakan pintu untuk dia depan hotel
Four Seasons."
"Naik
Uber kot?"
"Kak! Naik Uber orang tak bukakan pintulah."
Suri cebik bibir... dia tak ambil kisah langsung. Johan
yang dia kenal... boleh santai-santai naik bas... enjoy makan di foodcourt.
Masakan kalau dia berpangkat besar mahu berbuat begitu?
JOHAN dah pakat baik punya dengan Hadi, mami, adik dan
yang bersangkutan di dalam hidupnya. Kalau boleh sebelum dia dan Suri ada
ikatan apa-apa... dia tidak mahu Suri tahu dia sebenarnya satu-satunya waris
yang mengambil alih Syarikat Angin Kencang Sdn Bhd setelah daddynya meninggal
akibat sakit jantung.
Maka... bermulalah perjalanan mereka menaiki bas dari TBS
ke Johor. Hadi diarah menunggu di simpang masuk ke Kg Chokro, di Simpang
Renggam, tempat tinggal neneknya. Mereka akan berhariraya di situ... di kawasan
perkampungan yang jauh masuk ke dalam.
Ting! Loceng bas ditekan. Johan, Suri dan Sari turun dari
bas Air Hitam yang menuju ke Kulai.
Dari TBS tadi... mereka menaiki bas ekspress ke Johor.
Bas tersebut tidak melalui pekan Simpang Renggam. Maka Johan minta diturunkan
di Air Hitam untuk menaiki bas lain ke Simpang Renggam.
Nak naik bas sangat, kan? Rasalah!
"Haa..." kata Johan sambil meletakkan beg ke
bawah. "Dah sampai!" Ucapnya sambil mendepangkan tangan.
"Kita di mana ni bang?" Tanya Sari.
"Ini Simpang Renggam. Tapi belum sampai lagi...
rumah mak masuk dalam sikit." Kata Johan melilau mata mencari Hadi.
Hisy! Mana Hadi ni? Dah rasa nak patah pinggang duduk
dalam bas lama-lama tadi.
"Kena jalan kaki?"
Johan angguk. "Takde perkhidmatan bas masuk... jalan
kampung, kan?" Matanya melirik wajah Suri dan Sari. Mahu melihat feedback
dari mereka.
"Hei bos!"
Jerit Hadi yang baru sampai.
Johan beliak mata.
Geram tau? Main-main pulak dia.
"Balik raya kampung eh? Nak tumpang tak? Saya boleh
hantarkan."
"Bolehlah. Rasa nak patah dah pinggang aku ni duduk
lama-lama dalam bas tadi," ucap Johan. "Jom Suri, Sari. Nak jalan
jauh juga ni. Mahu berhenti 15 kali." Usik Johan.
"Kak Suri la... teringin sangat beraya di kampung.
Amekau!" Perli Sari.
"MAMI... Johan bawak kawan yang Johan cerita
tu..."
Suri berpaling memandang Johan. Apa lagi yang diceritakan
kepada emaknya ye?
"Dia jiran sebelah rumah sewa. Dia tinggal berdua
jer... abang dia bawak emak buat Haji tahun ni."
Puan Siti Hajar angguk. "Buat macam rumah
sendiri," kata Puan Siti Hajar yang menyambut kepulangan anak kesayangannya
di muka pintu. "Jangan malu-malu. Hari ni mami dan nenek puasa Arafah.
Johan layan tamu. Makan dan bilik tidur Cik Nab dah sediakan."
"Terima kasih aunty," ucap Suri.
"Mak cik jer. Kat kampung ni tak payah ber
aunty-aunty," kata Puan Siti Hajar.
Sari masih di laman, terpegun dengan keluasan laman dan
rumah kampung yang besar. Di belakangnya ada batasbatas sayur dan pokok
buah-buahan. Ada beberapa buah rumah macam chalet di situ.
"Rumah siapa di belakang tu bang?" Sari tanya
Hadi.
"Orang yang jaga kebun ni la."
Sari angguk. "Kaya nenek dia ni ye?"
"Orang dulu-dulu... ada tanah dan kebun yang luas.
Bela ayam dan itik. Sayur-sayur semua tanam sendiri. Di belakang tu ada kolam
ikan."
"Ikan keli?"
"Ikan talapia." Sahut Hadi. "Selalunya
petang-petang nanti ada peraih datang beli. Tapi sebab esok raya... mereka
mungkin cari ayam atau itik pula."
Nampak Cik Nab sedang berjalan menuju ke rumah besar itu
dengan daun kelapa di tangan.
"Nak buat ketupat ke Cik Nab?" Tanya Hadi.
"Girlfriend," jawab Johan.
"Tau dah..." jawab Cik Nab gembira.
Eh?? Sari di sebelah beliak mata. Kenapa dia tak tahu
pula?
SUDAH dua tiga hari ini... Suri tidak nampak kelibat Johan. Johan pun tidak pernah pula meminta nombor telefonnya. Pelik kan? Dia main percaya aje kalau sudah berjanji. Ol' skool sangat!
Lelaki ni, biasanya dia yang sibuk minta nombor telefon
untuk mudah berhubung.
Dari
kejauhan... Suri yang baru turun dari bas di seberang jalan terpandang Hadi
yang sedang membuka pintu Vellfire untuk beberapa orang mak cik di hadapan
pintu pangsapuri.
Kenderaan itu kemudian terus bergerak pergi tanpa sempat
Suri menegur Hadi, Mak cik Siti dan Nek Misah. Dia yakin benar itu mami dan
nenek Johan.
Tidak sabar-sabar dia hendak balik... untuk berjumpa Johan.
Di lorong menuju ke pintu rumahnya, dia berpapasan dengan Norman.
"Encik Norman!"
Norman menoleh. "Sara?"
Suri angguk. Kan dia pernah memperkenalkan diri sebagai
Sara dulu?
"Encik Johan ke mana ye? Lama tak nampak dia."
"Oo... dia dah sewa rumah lain sebab dah nak kahwin,
katanya."
Suri sentap. Dia sedikit kecewa kerana sudah meletak
harapan. Patutlah tiba-tiba sahaja Johan menghilangkan diri.
"Jangan bimbanglah... nanti dia jemputlah tu!"
Pujuk Norman.
Suri senyum tawar sambil menggeleng.
"Takdelah." Elak Suri. "Encik Norman sewa sorang aje sekarang
ni?"
"Anaz bekas tunang Suri?"
Norman angguk. "Dia dah cerita dengan saya. Takde
maknanya Suri tu jongang dan juling. Siap tunjuk gambar lagi. Sari tu saja nak
menakutkan saya, kan?"
"Apa motif dia menyewa dengan awak ni?"
"Kura-kura dalam perahu pulak. Tak kan Cik Suri tak
tahu?"
"Kirim salam dan beritahu pada dia. "Saya tak
suka dengan orang yang tiada pendirian. Assalamualaikum."
Eh?
"ASSALAMUALAIKUM!" Suri beri salam sambil
menolak daun pintu.
Enam biji mata memandangnya dengan senyuman yang melebar
ke telinga. Mata Suri tertancap kepada dulang beralas kain warna ungu lembut
dengan juraian manik-manik di hujungnya.
Di atasnya berisi tepak sirih dan sebuah lagi dulang berisi
sebuah musical box. Suri pandang abangnya, Safuan Adli. "Congrats
abang!" Ucapnya terus memberikan pelukan yang erat.
Lama. Berkaca-kaca matanya menahan sayu kegembiraan.
Akhirnya Abang Long ketemu jodoh jua usai pulang menunaikan Haji.
"Hoi!" Si abang menolak pelukan adik.
"Apahal congrats kat abang pulak?"
"Habis tu... Sari?" Suri berpaling memandang
adiknya.
Sari geleng laju. "Sari masih belajar lagilah
kak?"
Erk? Suri muka blur. Tak kan dia...
"Keluarga Johan datang melamar tadi. Mujur Sari dah
cerita dulu pada emak dan Abang Long. Kami pun terima jer la... dah orang tu
datang cara baik."
"Johan?"
"Yalah!" Jawab Safuan Adli pula. "Tak kan
Khairun Anaz lagi kot?"
Suri cepat melibas abangnya dengan beg di tangan.
"Haa... tak takut dosa... ni abang tau?"
"Sorry... sorry bang," ucap Suri sambil
mengosok lengan abangnya.
"Sorry naik lorilah! Abang nak ikut Johan ronda KL
malam ni... naik Mercedes sport."
Jawab si abang terus bangun melarikan diri ke bilik.
Jawab si abang terus bangun melarikan diri ke bilik.
"Betul ke mak?"
"Apasal nak tipu-tipu pulak? Tu!" Hajah Sapiah
menunjukkan dulang berisi musical box. "...try cincin tu... muat
tak?"
Suri terus memeluk emaknya. "Doakan untuk Suri ye
mak?"
TAMAT
No comments:
Post a Comment