(31)
"KAMU
ni dah kenapa?" Tanya Nek Jah. "Mundar mandir... aku nak nonton pun
tak senang. Macam ayam hilang anak."
Suriati dilihat ke hulu ke hilir dengan henset di tangan.
Macam sedang menunggu panggilan penting. Dari siapa?
Rancangan dia semua tak menjadi. Si lelaki upahan tidak menjawab
panggilan. Ditinggalkan mesej, tidak dibalas. Dah kena tangkap agaknya. Suriati
mulai lemas dan cemas.
"Mak, Azam mana?"
"Keluar kot?" Jawab Nek Jah. "Tadi nampak
dia dah turun... pakai smart. Kenapa?"
"Sue ada benda nak cerita dengan mak." Bisik
Suriati sambil toleh kiri kanan mencari line clear.
Azam yang
baru mahu menapak mendaki tangga terhenti. Dia pasang telinga.
"Apa dia?" Sergah Nek Jah. Menantu dia ni bukan
boleh percaya sangat. Ada jer idea yang bukan-bukan.
Suriati letak telunjuk di bibir. "Tadi siang... Sue
nampak Ara datang butik dengan seorang lelaki. Kata Zila dia orang datang
tempah baju nikah..."
"Haaa... nikah?" Jerit Nek Jah, terkejut.
"Mak..." tegur Suriati dengan jari telunjuk di
mulut. "...25 November ni di masjid Putrajaya."
"Anak siapa?"
Suriati hulur kad nama yang diberi Zila siang tadi.
"Anak Dato' Kamaruddin?"
"Mak!! Macam mana dengan anak Sue?" Rengek
Suriati.
"Dia dah tak sayang Azam ke?"
"Mak! Tolonglah anak Sue, mak... pleaseee!!"
Nek Jah sempat menjeling melihat wajah Suriati yang rupa
orang meneran sembelit. "Esok mak tanya dengan Dato' Kamaruddin tu
sendiri." Ucap Nek Jah. "Hisy! Ini tak boleh jadi... mana aci main
caras-caras awek orang," marah Nek Jah.
Azam terdengar perbualan antara Mama Suriati dengan Nek
Jah. Sentap gila kot? Rasa macam hati dah terlambak ke lantai. Pecah berderai.
Hancur luluh rasanya. Dia mengundur dan terus ke pintu mencari udara. Mintak
nyawa.... mintak nyawa!
(32)
PUAN
Halijah angkat wajah. Cermin mata dilurutkan ke batang hidung. "Yes, Encik
Azam... what can I do for you?"
"Siapa nama lelaki anak Dato' Kamaruddin tu?"
"Why? Does it matter to you?"
Azam terus membongkok... meletakan dua tapak tangan ke atas
permukaan meja. Wajah Puan Halijah direnung. Tajam sekali seolah mahu membaca
isi hati.
"Nek please?" Ucapnya lembut. Gaya macam nak
makan orang. Hehehe... "I need to settle this once and for all." Aura
Puan Halijah, nenek yang sangat menyayanginya itu tidak mampu dikasari.
"Apa yang Azam nak buat?"
"You don't have to know, nek.."
"Janji tak buat yang bukan-bukan baru nenek
beritahu." Puan Halijah pun pandai ugut2-ugut juga. Wajah cucu itu
dipandang minta dibuat perjanjian.
"Azam janji," katanya dengan tangan kanan
diangkat gaya dalam kandang pesalah di mahkamah.
"Betul ni?"
"Nenek... kalau dia dah boleh bahagia tanpa Azam...
I need to move on with my life. Please? Azam nak dengar dia confess yang dia
memang dah tak sayang Azam. Itu aje."
"Shamsul Kamal."
"Thanks nek." Dia cium pipi Puan Halijah kiri
dan kanan. "Azam mintak cuti hari ni to sort things out. Wish me
luck!" Ujarnya sambil menapak ke pintu. "Babai nek."
Puan Halijah tidak sempat bertanya lanjut. Entah dari
mana dia dapat cerita tentang anak Dato' Kamaruddin... musykil pula rasanya.
Puan Halijah tekan butang interkom. "Dayana... masuk
kejap."
Sepuluh saat kemudian, "Ya Puan?"
"Buatkan appointment saya dengan Kamaruddin &
Co., waktu lunch di Seri Pacific. Kalau dapat... terus suruh Pak Akob get ready."
"Baik Puan."
"Oh! Make sure temujanji tu dengan Dato' sendiri.
Ini urusan peribadi. Tell him... urgent matters."
(33)
"PUAN
Istikharah!"
Ara angkat wajah dari menyemak dokumen bila namanya
dipanggil. Puan? Peliknya. Tak pernah pulak Suzy Kwan tu panggil dia puan.
"Your husband is waiting outside... Encik Khairul Azam wanted to
see his wife." Ayat ni dia tekan lebih sikit. "This is the problem
with long distance relationship." Dia bebel macam mak nenek.
Empat pasang mata di dalam Legal Department itu ambil
perhatian. "Oh! She is married." Seolah mereka berpakat menjawab
serentak.
Husband eh? Bila pulak dia dah pernah goncang tangan tok
kadi menikah dengan aku? Ara juga bebel dalam hati. Bengang bila Suzy Kwan
perli dia tadi sambil jeling2.
Sebaik turun ke aras bawah, dia sudah nampak figura Azam
beberapa meter dari pintu ofisnya. Smart, dengan rambut yang bersisir rapi
mengikut piawaian. Dua tangan disorokkan ke belakang. Adalah tu... nak buat
surprise konon. Tapi memang surprise pun... dup dap dup dap jantung dibuatnya.
Azam lempar senyum segaris elok terpandang Ara.
Ara tidak mampu mahu menyembunyikan keterujaannya melihat
Azam sanggup datang ke Singapura pada hari bekerja, tanpa panggilan dan pesanan
terlebih dahulu. "Hai sayang!" Tegurnya tanpa sedar.
Azam telan liur mendengarnya. Biar betul? Memang masih
sayang ke? Dia baru jer datang nak pujuk-pujuk.
"What brought you here?"
"Here's for you!" Azam hulur sejambak bunga
yang disorokkan di belakangnya tadi.
Ara tenung wajah lelaki itu. "Thanks."
"Can I have a hug?"
"Excuse me?"
"Just kidding." Azam tunjuk muka comel.
"Kenapa awak beritahu Suzy, awak suami saya?"
"Strategi. Agar awak senang dapat keluar."
"Last week, tiap-tiap hari Mama Suriati beri bunga,
tulis 'I am sorry.' Hari ni dia suruh anak dia hantar bunga tu sendiri
ke?"
"Mana ada? This is my effort tau? Sebab yesterday
awak balik, tak inform saya."
"Oops! Sorry." Ara buat muncung. "Awak
nampak saya ke?"
"Siapa Shamsul Kamal tu?"
"Anak Dato'Kamaruddin."
"Saya tau. Tapi apa hubungan dia dengan awak? Siap
dah tempah baju nikah bagai?"
O... oh!
(34)
"KUS
semangat!" Puan Halijah urut dada. "Nasib baik Cik Jah takde sakit
jantung." Dia buat pengakuan. "Cucu sorang tu aje dah macam ni punya
haru. Bayangkan... orang yang cucu dah berbelas-belas tu?"
"Terkejut saya tadi bila PA Cik Jah cakap ada urgent
matters. Ingatkan kenapalah..." kata Dato' Kamaruddin.
"Bimbang dia buat kerja yang bukan-bukan Din... budak mudalah
katakan."
"Tak dengar cerita pun Azam dah bertunang dengan
Istikharah tu?"
"Among family members jer. Ara tak bagi heboh...
takut kena bahan dengan kawan-kawan. Shamsul tu anak kamu yang nombor
berapa?"
"Yang sulong Cik Jah. Ada lagi dua orang lelaki
masih belajar."
"Rosni sihat? Tak pernah nampak dia sekarang ni...
ada buat bisnes?"
"Dia sibuk menulis... nak jadi novelis macam Fauziah
Ashaari yang ada Ombak Rindu... macam Siti Rosmizah yang ada Lafazkan Kalimah
Cintamu." Bersemangat Dato' Kamaruddin bercerita tentang isterinya Datin
Rosni yang semenjak dua menjak ini sudah berubah hobi.
Puan Halijah angguk-angguk macam burung belatuk. Dia kan
pengikut setia drama-drama melayu adaptasi? Jangan kelentonglah...
"Nanti nak keluarkan filem sendiri katanya, macam
Ramlee Awang Mursyid yang akan tayangkan Tumbiruo di pawagam 12 Oktober
ni."
"Baguslah... jangan dok melepak dengan kawan-kawan
ke sana ke sini. Takde manafaat langsung." Ujar Puan Halijah.
"Suriati pun Cik Jah suruh bukak butik. Biar dia rasa payah cari duit
sendiri."
"Kenapa tetiba Cik Jah ambil alih syarikat?"
"Family matters. Panjang ceritanya Din. Biar jer la
Cik Jah pegang jawatan tu. Cik Jah dah buat wasiat nak dihibahkan pada
siapa."
"Bijak Cik Jah. Jangan sampai kita dah tak ada...
yang tinggal ni bergaduh berebut harta."
"Itulah... dia orang ni mana pernah tau yang
susah-susah tu? Zaman mula-mula Pakcik Amin bersampan ke hulu ke hilir sungai
mencari kayu bakau untuk dijual pada peraih. Ikut kerja di kilang buat arang
tu. Duduk dalam relau yang macam sauna tu. Sampai dia berjaya bukak syarikatnya
sendiri."
Dato' Kamaruddin angguk. Dia ingat sangat kisah tu...
sebab dia berkawan dengan Malek anak Puan Halijah. Bila cuti sekolah dia kerja
sambilan di kilang kayu arang tu untuk cari duit poket.
"Cik Jah jangan susah hati. Bakal isteri Shamsul tu
kawan baik Ara. Ara yang recommend Sue's Boutique tu... butik bakal mentua,
katanya."
"Suriati tu yang kelam kabut sangat."
"Yelah kan? Tambah-tambah pergi tempah baju nikah
dengan Shamsul pulak?"
Berderai ketawa mereka mengingatkan salahfaham yang
berlaku.
(35)
NEK Jah
tadi di biliknya menunggu sehingga sampai masuk waktu Isyak... sempat wirid2
dan mengaji sikit. Tapi di luar terasa sepi sekali. Tiada kedengaran suara
sesiapa maupun bunyi suara dari peti TV.
"Yani!" Nek Jah tegur Bibik Yani yang sedang
menyediakan mi soto untuk makan malam. "Azam dah balik?"
"Baru sebentar bu. Dia langsung ke atas."
"Nampak dia gembira ke bersedih?"
"Mukanya serius sekali bu."
Hisy! Itu yang Nek Jah terus naik ke atas, mencari
cucunya di bilik. Nak tau juga apa cerita yang dibawa balik.
"Lailahailallah! Apa lagi yang tak kena ni?"
Tegur Nek Jah yang melihat Azam termenung di berandah bilik.
Azam menoleh dengan muka yang ketat sambil mengelap
rambut basahnya.
"Ara tu nek, dia mengaku Shamsul tu bakal suami
kawan baik dia... tapi pergi ikut orang tu buat baju nikah kenapa?"
Kihkihkih! Ara tadi gelak guling-guling tengok muka cuak
Azam. Tapi Azam tak boleh terima. Gaduhlah... apa lagi? Azam yang merajuk terus
buat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Maka... kes diantara mereka berdua
masih belum dapat diselesaikan.
"Alaaa... dia bawak pergi tunjuk butik mama kamu
jer."
"Mana nenek tau?"
"Nenek jumpa sendiri dengan Dato' Kamaruddin tu...
dia dah terangkan satu persatu."
"Betul?"
"Betul. Takde apa-apalah. Nenek dah terdengar-dengar
bunyi kompang dipalu. Tapi kamu ni saja nak suruh nenek mati kempunan
menunggu." Bebel Nak Jah. "Nenek tengok Kamaruddin tu bersandar
senang hati. Bakal menantu di oversea lagi tengah buat PhD. Kamu aje yang
gelabah tak tentu pasal.
Hidup ni jangan cemburu tak bertempat. Beri dia peluang
dan ruang... dia pun nak bernafas jugak. Kamu nak kurung dia macam burung dalam
sangkar tu? Silap-silap bila terlepas, dia tak rasa nak balik dah."
Azam diam. Ini bukan kes dia kongkong. Ini kes memang dia
jinak-jinak merpati... bila didekat, nak tangkap lari.
"Dia tau mama hari-hari hantar bunga ucap kata maaf.
Tapi dia buat donno aje nek."
"Tentulah... kamu berdua kan dah putus tunang?"
"Habis tu?"
"Jom kita hantar rombongan meminang. Kali ni kita
bagi gempak punya. Bawak pasukan kompang terus. Tak perlu sorok-sorok."
"Ada ke rombongan meminang bawak pasukan kompang
nek?"
"Siapa nak marah? Majlis kita, kan?"
"Nek," panggil Azam. "You know what?"
Nek Jah angkat kening bertanya.
"You are the greatest. I
love you nek, many-many... to the moon and back!" Dia peluk Nek Jah erat.
(36)
"MAMA
mintak maaf sangat-sangat dengan Azam. Mama terlalu mengikut kata hati... kata
kawan-kawan..." Suriati pegang tangan anaknya di sofa pagi itu.
Azam sangat kecewa bila Ara yang ditunggu tidak muncul di
balai ketibaan seperti yang dikatakan. Telefon pula dimatikan. Tiada langsung
harapan Azam untuk menemui Ara seperti yang diimpikan.
"Sudahlah ma..." kata Azam. "Azam dah reda kalau dia
bukan jodoh Azam."
"Tapi kamu tak ceria macam dulu. Jasad kamu aje yang
berada di sini... fikiran kamu pula entah melayang ke mana."
"Tak mudah nak melupakan orang yang kita sayang
ma..." jawab Azam. "...kalau berpisah mati, Azam boleh ziarah
kuburnya."
"Mama tau mama berdosa terhadap kamu berdua. Mama
janji... mama akan pujuk Ara agar terima Azam kembali."
Azam renung wajah Mama Suriati yang berlinangan
airmatanya. "Mama tak payah buat apa-apa... Azam tak rasa Ara boleh
percaya dengan kata-kata mama lagi. Entah-entah semalam tu dia nampak mama ada
sama... itu sebab dia tak munculkan diri."
"Teruk sangat ke mama ni?"
"Mama rasa?"
Suriati menangis sayu sehingga terhinggut-hinggut
bahunya. Sedih sungguh bila orang hilang kepercayaan pada kita. Apa yang harus
dia lakukan sekarang, dia sendiri sudah tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Nenek call pun dia tak angkat dah Zam," ujar
Nek Jah kecewa. "Nenek rasa tak puas hatilah. Nenek nak pergi rumah dia...
jumpa family dia... nak tanya khabar dia."
"Sue nak i..."
"Tak payah!" Ucap Nek Jah sambil mengembangkan
tangan kanan. "Kamu tu akan mengeruhkan lagi keadaan. Biar aku beritahu
segalanya." Tambah Nek Jah lagi. "Azam pun tak perlu... biar nenek
jumpa dan terangkan padanya dulu."
Azam angguk.
"Tapi kamu kena bawak nenek ke sana. Hari ni minggu,
si Yaakob cuti." Nek Jah baru teringat pemandu peribadinya bercuti hari
itu.
"Sekarang nek?" Tanya Azam bila dia tengok
neneknya sudah bersiap.
"Yalah... pagi-pagi ni orang belum sibuk nak
kemana2. Kang tengahari entah-entah dia dah nak balik ke Singapura."
"Baik nek."
(37)
“ABANG
Azam!!" Jerit Ibrahim yang sedang bermain guli di depan rumah.
Azam tidak dapat mengelak bila dia memberhentikan
kenderaan untuk menghantar nenek menemui Ara... si kecik sudah tercongok berada
di luar.
"Dah lama abang tak datang... Ayim takde kawan nak
ajak main guli," rungutnya sambil terkeseng-keseng menunggu depan gate.
"Turun jer la. Kesian nenek tengok si kecik tu. Dia
bukan tau apa-apa." Bisik Nek Jah.
Azam angguk sambil lempar senyum pada si kecik.
"Mama!!" Jerit Ibrahim. "Abang Azam
datang!" Beritahunya sambil berlari masuk.
Ara berpaling dari kuali gorengan cekodok manis yang
sedang viral di Facebook. "Siapa datang?" Dia tanya mamanya.
Puan Maimon yang sedang membancuh kopi kerut kening.
"Abang Azam?"
Ara sangkut di dapur... tidak sempat hendak berlari naik
menyorokkan diri.
"Assalamualaikum!" Nek Jah beri salam sambil
membuka kasut.
"Waalaikumussalam," jawab Puan Maimon menapak
ke depan sambil membetulkan lengan baju yang disingsing sampai ke siku tadi.
"Jemput masuk puan... silakan."
Di depan, Azam sudah melayan si kecik bermain guli. Ceria
betul Ibrahim dapat jumpa Abang Azamnya.
"Maafkan makcik Mon pagi-pagi dah datang terjah. Nak
tanya khabar Ara. Katanya semalam balik.... tapi bila makcik tunggu di airport
tak muncul pulak. Telefon pulak dimatikan. Makcik dan Azam bimbang betul."
"Oo... pasal tu ke?" Puan Maimon terasa bukan
dia yang harus menjawab pertanyaan itu. Biarlah Istikharah sahaja yang berikan
jawapannya. "Duduklah dulu... nanti saya panggilkan Ara."
Puan
Maimon kembali ke dapur. "Ara pergilah cakap dengan nenek tu."
"Ara takut ma..."
"Cakap yang benar... biar dia tahu. Mama ada...
boleh backing Ara."
Ara tarik muncung. Bukan sikit-sikit punya takut. Mama
mana tau.
"Pergilah..." suruh Puan Maimon. Kalau dia tak
ikhlas... dia tak susah-susahkan diri untuk datang." Sambung Puan Maimon.
"Pagi-pagi hari pulak tu."
Ara angguk. Dia meninggalkan cekodok gorengan akhir
kepada mamanya. Ara melangkah perlahan ke depan.
"Nek." Dirapatinya Nek Jah seraya menghulur
salam.
Nek Jah peluk erat gadis itu sambil berbisik.
"Kenapa nak takut dengan nenek? Nenek tak makan hasutan. Nenek ada
pendirian."
Ara sentap. Tak sangka Nek Jah mampu membaca fikiran.
"Takutlah nek... bukan sebarang tuduhan tau? Kalau Ara dibawak ke balai
tentu mama dan papa malu dengan jiran tetangga." Lancar pula dia menjawab.
"Dia dah menyesal dengan perbuatannya. Dia yang buat
usul supaya Ara terima Azam semula. Dia tak sanggup melihat anak tunggalnya itu
menderita."
Ei? Macam tak caya jer? Menderita ke?
"Tak nampak tu?" Nek Jah tunjuk ke arah Azam
yang sedang melayan Ibrahim di luar.
Ara sama mengalih pandang ke luar.
"Dah kurus keding... tinggal kulit dengan tulang
aje."
Ara renung lelaki itu walau telinga mendengar apa yang
diucap Nek Jah. Takdelah sampai tinggal kulit dengan tulang aje. Amboi nek...
over!
Nek Jah tahu Ara masih sayangkan Azam. "Macam
mana?"
Ara beri senyum segaris. "Beri Ara masa nek?"
(38)
"WHAT’S
on your mind?" Tanya Azam yang melihat si gadis diam sepanjang perjalanan.
Dari pagi tadi nenek berkeras minta Azam menghantar Ara ke airport.
"Beri mereka peluang... biar mereka
berbincang untuk memutuskan masa depan mereka." Nek Jah beritahu Puan
Maimon.
Puan Maimon pun setuju
ajelah. Kalau dah yang pangkat nenek tunjuk sporting, tak kan dia nak tunjuk
kuno sangat pulak.
"Saya masih belum lupa
wajah mama sewaktu menuduh saya di hospital dulu. Awak pun hampir percaya,
kan?"
"Ara please? Itu mama
saya, kan?"
"Saya taulah... tapi
bila dia mengaku sendiri dia bencikan saya... hancur hati saya tau? Macam lagu
Estranged featuring Fazura tu."
Azam macam nak tergelak. Siap
bagi contoh lagu background pulak. "Dahlah tu..." pujuk Azam.
"...mama dah sedar. Dia termakan hasutan kawan-kawan..."
"Teruknya kawan-kawan
dia menuduh saya." Jawab Ara cepat dia mencantas kata-kata Azam.
"Biasalah tu... cemburu.
Saya kan anak tunggal."
Ara berpaling memandang Azam.
"Awak takde berkenan dengan anak-anak pompuan kawan mama awak tu?"
"Kenapa? Awak memang dah
takde hati dengan saya? Nak suruh saya cari lain ke?"
Ara diam. Kita nak kenakan
dia... dia kenakan kita balik, omel Ara dalam hati. Dia buat muka. Muncung dah
macam itik serati... panjaaang boleh sangkut baju. Mata dah mula panas. Ni
karang turun hujan lebat, macam mana?
"No worries la..."
pujuk Azam lagi. Dia dah nampak wajah mendung kelabu di sebelah. Bimbang
melarat jadi ribut petir karang banyak pula kerugian yang bakal ditanggung.
"I love you
many-many ..." ucapnya. "...to the moon and back."
Ara pecah ketawa. Lawak
tengok dia buat aksi tunjuk ke atas dan lekapkan ke dadanya.
"Saya pun ada lagu masa
saya sedih hari tu. Saya ulang-ulang mainkan di handphone... masa bercuti di
Maldives."
"Lagu apa?" Ara
teruja ingin tahu. Kira jiwang jugalah mamat ni.
"Sekeping
hati dibawa berlari..." Azam nyanyi lagu Suci Sekeping Hati dari Saujana.
Sedih dan mendayu sekali. Sedap suaranya.
Ara terbuai dengan lirik lagu
itu. Dia renung wajah Azam sehingga lelaki itu habis menyanyi. "Tapi...
saya masih rasa takut dengan mama awaklah."
"Yeay!!" Azam
bersorak girang. "Mau la tu, kan?"
"She scares me."
Dia dah okey... believe
me." Jawab Azam. "Awak kena jumpa dia face to face untuk hilangkan
trauma tu."
Ara ketuk pelipis.
"For me, pleeease?"
Azam seringai gigi.
"I'll think about
it."
"Ara!"
Kini... Ara pula seringai
gigi.
(39)
"APA ceritanya?" Serentak Nek Jah dan Suriati
bertanya.
Azam tengok jam di dinding... dah
pukul 10 malam. "Tak tengok Duda Pujaan Dara ke?" Tanya Azam pelik.
Selalu tu bukan main tekun menunggu... nak tengok lakunan gedik si Zahirah
MacWilson tu.
"Hari Ahad takde la," jawab Nek Jah. "Lagipun kan dah
last episod Khamis lepas?"
Nampak tak kat situ... Nek Jah pun layan. Siap tahu
detail lagi. "Cepatlah Zam!" Sergah Nek Jah. "Tak kan dia tak
cakap apa-apa."
"Dia cakap, I'll think about it."
"Pulak!" Nek Jah kecewa. "Apa yang nak
think-think lagi ni?"
Azam angkat bahu. Tak kan dia nak cakap Istikharah takut
dengan Mama Suriati, kan?
"Kamu ni tak pandai guna bahasa romantik ni."
Nek Jah menembak rambang.
"Dah habis romantik nek, siap nyanyi-nyanyi lagu
nasyid lagi."
"Lagu nasyid waktu dating apa kejadahnya,"
tegur Nek Jah. "Nyanyilah lagu Judika, Setengah Mati Merindu ke...
Janam-janam ke..."
"Belum apa-apa pun dah jahanam nek," jawab
Azam... frust gila.
"Dia masih tak boleh terima mama ke Zam?"
"Dah takde jodoh Azam dengan dia agaknya ma,"
kata Azam lirih. Puas dia pujuk tadi... Ara masih belum mahu memberikan
jawapan. Dah nyanyi-nyanyi sehabis merdu pun tak jalan.
Suriati menyandarkan badannya. Minda menerawang mencari
idea bagaimana mahu mengembalikan kepercayaan Ara kepadanya.
Kalau hantar bunga mohon maaf sehingga dia percaya, boleh
ke? Yes! Dia petik jari dan terus bangun menapak ke tangga untuk naik ke
biliknya.
Gelagatnya tadi diperhati Nek Jah. "Hah! Nak buat
apa tu?" Sergah Nek Jah. Bimbang Suriati bertindak yang bukan-bukan.
"Nothing!" Jawabnya tanpa menoleh ke belakang.
Azam pandang neneknya. Nek Jah angkat bahu.
(40)
"MAMA!" Panggil
Ibrahim tengahari itu yang baru pulang dari Genius Aulad.
"Ada
apa?" Soal Puan Maimon yang sedang menggaul serunding di dalam kuali. Si
Ara call tadi minta dibuatkan kuih cucur badak. Banyak-banyak kuih boleh dia
terfikirkan cucur badak... pelik, kan?
"Tolong
call Abang Azam suruh datang sini. Ayim nak ajak main guli."
Puan
Maimon geleng kepala. "Abang Azam tu bukan abang Ayim. Tak boleh call
suka2 hati jer. Dia orang besar... banyak kerja."
"Esok
kan tak kerja?"
"Mana
Ayim tau?"
"Esok
Ayim tak sekolahlah ma... kan cuti dua hari?"
"Kalau
macam tu... esok ajelah kita call."
"Janji?"
Ibrahim hulur jari kelengkeng.
Puan
Maimon angguk. Dia cangkuk dengan jari kelengkengnya.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!"
Puan Maimon sama menjerit. "Haa... pergi tengok siapa yang datang."
Berlari
si kecik tu ke depan. "Yeay yeay! Abang Azam datang! Mama!! Nek Jah
datang!" Nyaring suara Ibrahim memanggil mamanya di dapur.
Puan
Maimon mematikan api dapur... dia ke depan menyambut tetamu. "Ya puan,
sila masuk," ajaknya sambil membukakan mangga di pintu pagar.
Azam
mengekor dari belakang dengan plastik berisi buah-buahan.
"Ada
apa ni puan?"
"Makcik
datang ni nak renew relationship." Ucap Nek Jah.
"Nek,"
tegur Azam yang terpandang wajah kerut Puan Maimon.
"Eh,
ingat lesen, roadtax aje kena renew?" Jawab Nek Jah lancar. "Dulu tu
kita sama kita jer... itu sebab tak diberkati. Nak sorok-sorok buat apa? Dah
tentu mereka suka sama suka, kan?"
Puan
Maimon senyum. Segan dengan Puan Halijah Halim, Pengarah Urusan Syarikat Bumi
Raya Enterprise ini. Tak kisah langsung datang ke rumah orang kebanyakan macam
dia.
"Macam
ni Mon..." Nek Jah buka mukadimah elok dia melabuhkan duduk. Si Azam di
luar terpaksa melayan Ibrahim bermain guli.
"Hari
Ahad ni... kita buat majlis pertunangan official, untuk Azam dan Ara..."
"Puan..."
Nek Jah
kembangkan tapak tangan kanan. "Semua makcik tanggung," ucapnya.
"Ara boleh pilih baju dari butik Mama Suriati. Khemah dan makan-makan,
makcik dah tempah dengan Indah Catering. Mon dan Mail cuma jemput jiran-jiran
jer."
Puan
Maimon ternganga. Terkejut kot dia tak perlu keluar belanja. "Itu
aje?"
Nek Jah
angguk. "Kali ni baru budak-budak berdua tu tak boleh buat perangai.
Pening kepala makcik ni Mon."
Puan
Maimon angguk faham.
"Kita
berjamu dengan nasi putih dan lauk-lauk kampung jer. Air... sirap bandung soda.
Pergh! Ngam choi tu musim-musim panas macam ni."
Puan
Maimon angguk senang hati sambil teguk liur sendiri.
-------------------------------------- bersambung ---------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment