December 9, 2017

Bila Kompang Dipalu - Azam & Ara

(21)

AZAM membelek telefon pintar Suriati ketika mamanya sedang tidur. Ada nombor yang dihubungi berkali-kali sepanjang pagi itu. Azam keluar dari bilik dan cuba hubungi nombor tersebut.

Tanpa salam, suara dari sebelah sana talian menyergah. "Upah bila nak beri ni... kerja dah selesai. Pandai tak aku buat kerja? Kau jangan sibuk nak belot dan jual nama aku. Aku dah rakam semua perbualan dan arahan kau."

Tuuut! Azam matikan talian. Dia rasa nak terjelepuk ke lantai. Tidak sanggup rasanya mahu mendengar pengakuan lelaki itu. Siapa sangka mama sendiri yang mengupah orang untuk memukulnya dan sanggup menuduh Ara atas kejadian yang berlaku.

Azam dekati mamanya yang masih lena. Kenapa ma? Di dalam hati bertanya. Mengapa mama benci sangat dengan Ara? Mama mahu yang bagaimana sebenarnya? Azam melabuhkan duduk di sofa. Dua tangan didepangkan dan matanya merenung mama. 

Kepala Suriati berbalut dengan kain kasa putih. Dia terpaksa menerima lima jahitan di tepi telinga kanan. Apa yang cuba dia buktikan sehingga sanggup menanggung kesakitan? 

"Beri ajelah jawatan Azam tu pada mama kalau itu boleh menyenangkan hatinya nek." 

"Kamu ingat ini permainan?" Beliak mata Nek Jah memandang wajah cucunya. "Siapa nak tanggung periuk nasi pekerja-pekerja tu kalau syarikat ni lingkup? 

Azam terdiam. Betul juga kata neneknya. Masakan untuk memenuhi kehendak mama, syarikat yang telah lama terbina itu mahu dijudikan. Bermakna... yang menjadi punca sekarang ini adalah hubungan dia dan Ara. Sanggupkah dia memutuskan pertunangannya? Mampukah dia berkorban untuk mama yang telah melahirkan dia ke dunia? Dia mengampu dahi dengan dua tangan. Mata memandang lantai hospital mengelak dari terlihat airmata yang mula berderaian.



(22)

"SAYA ada masalah yang tak dapat dirungkai," jelas Azam. Badannya sudah mulai susut dan mata juga sudah kelihatan cengkung. 

"Encik Azam panggil ni sebab ada kena mengena dengan saya?" Tanya Istikharah. Dia sudah dapat meneka. 

Wajah gadis itu direnung. "What say you?" 

Ara angkat bahu. Matanya sudah terasa panas. Dia tidak mampu bersuara. 

"Eh, Ara ada di sini," Tegur Nek Jah yang menolak pintu tanpa salam. "Any problems?" 

Ara telan liur. Payah sekali. "Saya mintak diputuskan sahaja tali pertunangan kami, puan," ucap Ara penuh protokol sambil menanggalkan cincin tunang di jari. 

Azam terkedu. Peliknya... Ara sudah tahu apa yang terbuku dan dia yang memulai dahulu? 

"What seems to be the problem?" Puan Halijah tarik kerusi dan duduk di sebelah Ara. 

Ara pandang wajah Azam. "You tell her." 

Azam pandang wajah Puan Halijah. Dia angguk. "It's not going to work afterall." Jawab Azam. 

"Kalau mama dah mengaku tidak menyukai Ara... apa Azam boleh buat nek?" 

Puan Halijah beralih pandang. Wajah Ara yang sedang ralit memusing2 cincin tunang itu diperhati. "Ara macam mana? Takde jalan lain?" Dia berpaling bertanya Azam. 

"Takpe puan..." lengan Puan Halijah dipegang. "Anggap ajelah kami takde jodoh," ucap Ara. Cincin disorong ke tengah meja. Airmata dengan sendirinya mengalir di pipi. "Tapi... saya masih perlukan kerja ini. Sementara itu saya akan cari kerja di tempat lain." Katanya sambil menguis airmata dengan hujung jari. 

"I am sorry," ucap Azam pula, terharu melihat wajah sedih Ara. 

"Don't be." Ara capai tangan Puan Halijah dan mengucupnya sambil menyebut perlahan. "I love you nek." Lalu menapak pergi. 

Puan Halijah hanya mampu menurut langkah Ara dengan ekor mata. "That's the best you can do?" Dia tanya Azam. 

"What else nek? Azam tak nak nanti mama buat benda-benda yang tak masuk akal..." Azam terhenti bercakap. Neneknya memang tidak tahu menahu tentang panggilan dari lelaki yang minta sisa upahnya dari Suriati. 

"Such as?" 

"I don't know," jawab Azam sambil menggeleng kepalanya. 

"Kamu rasa nenek ada masa untuk sakit kepala memikirkan soal ini?" 

Eh, nenek buat lawak ke apa? Kebetulan kata2 neneknya seperti mengajuk iklan di TV. Azam menahan tawa yang hampir terburai. 

"Kamu rasa mama kamu tu berani sampai nak bunuh2 orang?" Soal Puan Halijah kecewa dengan apa yang berlaku di dalam keluarganya. 

Azam teguk liur. Memang tak mustahil. Kalau dia tak berani lakukan... dia ada orang upahan. 

"By the way... you already made your decision... so... live with it." Kata Puan Halijah. "Ni!" Dia unjuk kertas kerja untuk Sue's Boutique yang sudah diluluskan.



(23)

"NENEK jumpa Ara?"
Nek Jah yang enak melayan soto tengahari itu mengangkat wajah.
Azam tarik kerusi mendekati neneknya di cafe. Sekarang ini Nek Jah guna khidmat pemandu peribadi... senang nak bergerak ke sana ke sini.
"Kenapa?"
"How is she?" Azam tahu Nek Jah yang telah dapatkan Ara kerja di syarikat kenalannya, Dato' Mahzan.
"She's doing good and happy." Jawab Nek Jah. "Nenek takde masalah dengan dia."
Semalam Nek Jah bertemu janji dengan Ara. Mereka keluar makan tengahari bersama... dan Azam terpandang Ara elok memimpin neneknya masuk ke dalam Restoran Mozer's.
"You know what Azam?"
Azam angkat kening, bertanya.
"Doa orang yang teraniaya ni, tiada hijap diantaranya."
"Azam tau. Azam tersepit di tengah-tengah nek. Azam sentiasa berdoa supaya Allah lembutkan hati mama untuk menerima Ara satu hari nanti."
"Terlajak kata ni buruk padahnya Zam." Ucap Nek Jah. "It's hard to mend a broken heart. Nenek mengerti perasaan dia."
Azam angguk faham. "Dia ada cakap dah nak kahwin ke nek?"
Wajah cucu dipandang dengan perasaan belas. "It bothers you, huh?"
"It hurts nek... so badly. I think I need to get away."
"Where to?"
"Maldives sounds great."
Nek Jah angguk. "Kalaulah nenek masih muda..." dia meletakan sudu dan garfu. Kuah soto licin dihirupnya. "Enjoy yourself and be back on time. We have so much things to do."
"I will... insya-Allah." Azam menolak kerusi untuk berdiri. "Nek," panggilnya. "Tell Ara to wait for me?"
Nek Jah terasa sebak. Sian lahai cucunya itu. "I will my dear, insya-Allah."
"Thanks nek... I will always love you." Selepas mengucup tangan neneknya, Azam berlalu pergi.
Mata Nek Jah menyorot langkah cucunya itu. Tidak disedari, airmata berlinang di pipi. Ini semua kerja Suriati. Memang nak kena diajar perempuan tak sedar diri ni.



(24)

TING tong! Pintu butik berbunyi menandakan ada pelanggan masuk. Suriati berpaling memandang. "Huh! Takde muka lain," rungutnya.
"Sue," panggil Datin Laili perlahan.
"Ada apa?"
"I nak pinjam duit."
"What?" Suriati terkejut badak. Pelik sungguh. Orang yang selalu berlagak dengan title Datinnya tiba-tiba datang nak pinjam duit. "I baru bukak bisnes Li... mana cekau duit nak beri2 pinjam ni?"
"Ala... mother in law you kan kaya. Kalau tak pinjam dengan Azam dulu ke?"
"I am so sorry. I'm not in a good terms with my mother in law. Nak pinjam dengan dia? Memang tak la." Selamba jawab Suriati.
"Azam?"
"Azam takde... dia pergi bercuti nak rehatkan fikiran. You tau kan, dia baru putus tunang?"
"Serious? Apa masalah mereka?"
Suriati pandang wajah Datin Laili. "Bukan ke dulu you yang jadi batu api? You cakap, Istikharah tu gitu... Istikharah tu gini. Sekarang tanya masalah apa?"
"Eleh Sue... orang main-main pun you nak ambil serious. Si Ara tu punyalah baik manusia, tak kan you tak boleh baca dan perasan, kot?"
Suriati yang mendengar dan memerhati kumat kamit mulut Datin Laili dah berasap telinganya. Macam mana dia mudah terjebak dan terpengaruh dengan kata-kata mereka dahulu? Kecik besar kecik besar Suriati pandang Datin Laili yang buat pengakuan berani mati pagi itu.
"Main-main you cakap?" Suriati singsing lengan baju. "I dah buat macam-macam sampai anak I putus dengan tunang dia... you cakap main-main aje?" Soal Suriati. "I percaya dengan nasihat kawan-kawan I... rupanya you all setakat main-main aje? How dare you!" Jeritnya.
Datin Laili terkejut. Dia mengundur ke belakang. Dia menoleh ke pintu andai kata dia bakal diganyang. Ya ampun! Mintak nyawa... mintak nyawa... di dalam hatinya berkata.
Suriati benar-benar marah. Dia kecewa dengan segala tindakan yang telah dilakukan kepada anak dan bakal menantunya selama ini. Sehingga dengan ibu mentuanya juga dia telah bersikap biadap dan kasar.
"You get the hell out of my boutique right now!!" Jerit Suriati. "You all dah porak perandakan keluarga I and I hate you! Huhuhu....." Suriati terduduk meratapi perbuatannya.



(25)

"AMPUNKAN Sue mak!" Ucap Suriati tengahari itu di dalam bilik pejabat Puan Halijah. Bergegas dia ke situ bila teringatkan ibu mentuanya. Tidak tenteram hatinya selagi tidak memohon maaf dari Puan Halijah. Dia mahu dipertemukan dengan Istikharah kerana hanya Puan Halijah saja yang dapat membantu.
Puan Halijah pula terkejut melihat menantunya tiba-tiba menerpa masuk dan melutut di depannya dalam keadaan yang kusut masai.
"Ampunkan Sue mak... tolonglah!"
"Kamu dah kenapa?" Puan Halijah pelik. Orang yang bongkak macam Suriati tiba-tiba menangis... sungguh-sungguh dia menangis kali ini menyesali diri.
"Bawaklah Sue jumpa Ara... Sue nak mintak maaf dengannya mak. Dia tak bersalah mak... Sue yang bersalah. Sue terlalu percayakan kawan-kawan. Huhuhu..." dia menangis mendudu.
"Nasi dah jadi bubur Sue," ujar Puan Halijah.
"Tapi bubur pun masih boleh dimakan mak... tolong Sue mak... Sue nak mintak maaf padanya. Huhuhu...." tangisnya masih bersisa.
Puan Halijah senyum dalam hati. Ek eh! Macam terdengar-dengar aje bunyi kompang dipalu. "Biar mak call dia dulu... kita ke rumahnya. Nanti kamu boleh terangkan apa yang berlaku sebenarnya."
"Tolonglah mak... Sue sanggup buat apa saja asalkan dia ampunkan Sue. Sue nak mintak dia terima Azam kembali. Kesian anak Sue terdera perasaannya."
"Kamu sedar pulak?" Marah Puan Halijah. "Tapi kamu sengaja biarkan. Kamu suka anak kamu menjeruk perasaan. Mujur dia seorang anak yang mendengar kata ibunya."
"Sue mintak ampun mak. Sue berdosa pada mak kerana bersikap biadap. Ampunkan dosa-dosa Sue terhadap mak... tolonglah."
"Dah, bangun! Aku ni bukan kejam macam kamu. Buat orang tak ingat-ingat. Tak pandai memilih kawan. Orang cari kawan, yang boleh pimpin kita ke syurga."
Suriati sambung menangis lagi. Dia sungguh-sungguh menyesali perbuatannya.
"Malam ni kita ke rumah Ara."
Suriati angguk setuju.



(26)

"WAALAIKUMUSSALAM."
"Nenek ingat nak ke rumah malam ni... Ara free tak?"
"Nek, Ara sekarang ni di Singapura."
"Singapura?" Nek Jah terkejut mendengarnya. Wajah Suriati dipandang. "Buat apa di sana?"
"Ara kena tukar ke sini nek. Kenapa?"
"Mujurlah... ingatkan kahwin dengan orang sana."
"Hihihi… lawaklah nenek ni. Kalau Ara kahwin mesti jemput nenek." Jawab Ara sambil ketawa-ketawa di sebelah sana talian. "Ada apa nak jumpa Ara, nek?"
"Nenek bosan takde kawan nak borak-borak. Ara takde cerita kat nenek pun nak bertukar ke sana?"
"Maaf nek... tak terfikir pulak ke situ. Tapi Ara datang lapor diri dulu. Minggu ni Ara balik nanti Ara jumpa nenek, ye?"
"Ara ke sana sebab Azam ke?" Ujar Nek Jah sambil pandang ke arah Suriati.
"Ye la nek. Ara masih belum boleh lupa dia. Kalau di sana tu kadang-kadang serempak dengan dia... hati ni asyik dup dap dup dap jer."
Nek Jah tekan loud speaker. "Ara masih sayang dia?"
"Sayang sangat nek," ucap Ara yang rapat dengan Nek Jah. Tidak sedar dia sedang buat pengakuan depan Mama Suriati. "Ara tau itu bukan kehendak dia. Ara ambil keputusan ini pun supaya dia boleh lupakan Ara."
Nek Jah tiba-tiba sayu hati bila teringat pesanan Azam. 'Nek, tell Ara to wait for me.' Mudah-mudahan sahaja mereka berjodoh... aamiin! Nek Jah memanjat doa.
Suriati yang mendengar dengan jelas pengakuan Ara... merembeskan airmata. Dia menyembamkan wajah ke atas pangkuan Nek Jah. "Ya Allah... ampunkanlah hambaMU ini..."
"Balik ni jangan lupa jumpa nenek."
"Siapa tu nek?" Tanya Ara yang terdengar suara meminta ampun.
"TV."



(27)

"HOW’S Maldives?" Tanya Nek Jah sambil menapak mendekati cucunya di kerusi laman.
"Memang tak dinafikan... cantik tempatnya." Jawab Azam. "Tapi buat apalah nek... kalau takde siapa yang teman."
"Takde pompuan cantik-cantik di sana?"
Azam geleng. "Untuk buat teman berhibur tu ramai nek. Azam nak yang boleh teman Azam ke Jannah."
"Ara?"
Azam pandang wajah neneknya. Dia kemudian angguk.
Nek Jah pegang tangan cucunya. "No worries okay? Dia pun sangat sayangkan Azam..."
"Buat apalah nek... kami hanya mampu menyimpan perasaan aje." Azam pangkah cakap neneknya.
Nek Jah geleng. "Mama Azam dah restu..."
"You must be kidding."
Nek Jah geleng lagi. "...dia dah menyesali perbuatannya. Dia tertipu oleh perasaannya sendiri kerana termakan cakap kawan-kawan. Padahal mereka hanya mempersendakan dia."
"Nek, Azam harap Azam tak salah dengar."
"Nope," jawab Nek Jah.
Azam bangun. "Azam nak cari Ara."
"Dia dah takde..."
"Innalillahiwainna ilaihirojiun... bila nek?" Azam menjawab gopoh.
"Maksud nenek... dia dah bertukar ke Singapura." Ucap Nek Jah serentak dengan Azam mengurut dada. Terkejut gila kot? Belum habis cakap dia dah pangkah.
"Kus semangat... rasa terbang sekejap nyawa Azam."
"Kamu masih sayangkan dia?"
"Setengah mati nek."
"Malam ni kita pergi jemput dia di airport."
"Airport?"
"Ha'ah... dia call nenek tadi, dia sampai malam ni."
Azam peluk neneknya ketat-ketat. "Sayang nenek!"



(28)

ARA berlenggang kangkong keluar dari balai ketibaan. Nek Jah senyum memandang. Tadi Nek Jah sudah berpesan dia akan menyambut Ara di lapangan terbang dan terus akan dibawa untuk makan-makan sambil melepaskan rindu yang sedang rawan.
"Nek..." ucapnya sambil memeluk Nek Jah. "...nenek sihat?"
"Alhamdulillah." Sahut Nek Jah, gembira. "Jom, kita pergi makan-makan sambil borak-borak dulu... lepas tu nenek hantar balik."
Mereka beriringan ke kenderaan sambil berpimpin tangan. Azam sudah menunggu dengan sejambak bunga. Ara yang terpandang keras di situ. Kaku.
"Takpelah... dia pun cucu nenek jugak." Ujar Nek Jah menarik tangan Ara untuk mendekati kenderaan.
"Welcome home," kata Azam dengan senyum yang manis bak madu sebab dia sudah tahu Mama Suriati telah memberi restu. "This is for you!" Dia menghulur sejambak mawar merah.
Perlahan-lahan Ara menyambutnya dengan pandangan yang tepat ke mata. Minda berhempas pulas mencerna apakah cerita yang bakal diterima oleh deria pendengarannya.
"Please." Azam buka pintu belakang Alphard untuk Ara.
"Depan depan!" Arah Nek Jah. "Nenek nak duduk belakang sorang-sorang." Dia cepat sahaja meloloskan dirinya dan menutup pintu.
Erk? Ara pelik. Nenek buat pakatan culik ke? Kalau ikut undang-undang... subahat pun akan dikenakan tindakan hukuman. Ara pelik.... dia yang masih di luar itu terpinga-pinga.
Azam bukakan pintu tempat duduk bahagian sebelah pemandu. "Masuklah," pelawa Azam. "We have something sweet to tell you."
Ara kan dah beritahu pada Nek Jah.... dia tak boleh pandang Azam. Dup dap dup dap jantungnya berdegup kencang... rasa macam baru lepas lari 100 meter acara balapan.
"Bawak Ara makan dulu Zam... tempat yang nenek cakap tadi."
"Ai ai nek!"
'Tempat yang nenek cakap tadi.' Sahih dah ni... nenek ada buat pakatan dengan Azam. Nak bawak kahwin lari ke?

                      

(29)

ARA memerhati nama kedai elok kenderaan diberhentikan di hadapannya.
"Dah sampai... jom!" Ajak Nek Jah sambil membuka pintu dan melangkah turun.
"Sue's Boutique." Ara baca nama kedai. "Ini kedai makan ke?" Dia tanya Azam.
"Jomlah masuk... nanti Ara tau apa ada di dalam." Pelawa Nek Jah lagi.
Ara mengatur langkah takut-takut. Manalah tau mereka pakat-pakat nak perangkap dia pasal kes Mama Suriati yang kena pelangkung dulu?
"Jemput masuk Ara..." sambut Mama Suriati dari dalam dengan senyum manisnya.
Ara sudah rasa tidak tenteram... macam ada muslihat di sebalik undangan. Ara sudah kenal sifat wanita itu yang penuh dengan kepura-puraan.
"Nenek nak perangkap Ara ke?"
"Perangkap?" Soal Nek Jah. "Perangkap apa?"
"Sumpah! Ara tak buat. Ara cuma nak menolong aje. Tolonglah... huhuhu!" Ara mula menangis ketakutan. Peluh jantan betina merecik satu badan.
"Ara!"
"Ara tak buat... percayalah!" Jeritnya membela diri. Mama! Tolong Ara...huhuhu!" Dia memanggil Puan Maimon meminta tolong.
"Ara!" Kejut Puan Maimon. "Teruknya mengigau. Kenapa ni?"
Ara buka mata. Dia mencungap... cemas. Dia nampak wajah mamanya di depan mata. Dia memerhati keliling. Dia berada di dalam biliknya... di rumah keluarganya. "Astaghafirullahalazim," dia sebut kalimah itu sambil urut dada. "Mimpi rupanya."
"Kenapa yang mimpi teruk sangat? Ada masalah di tempat kerja?" Tanya Puan Maimon.
Ara geleng. "Nasib baik cuma mimpi aje ma. Takut betul Ara."
"Nak tidur tak baca doa," tegur Puan Maimon. "Bangunlah... buat tahajjud dulu dah alang2 tersedar," suruhnya sambil menapak keluar.
Ekoran kisah malam tadi waktu sampai di airport... Ara ternampak bukan Nek Jah seorang yang datang menjemputnya. Ada Azam dan Mama Suriati juga. Kenapa? Hatinya mula berbolak balik. Bimbang ada rancangan yang sudah diatur oleh Mama Suriati untuk memerangkapnya. Dibawa sekali Azam dan Nek Jah agar dia percaya. Licik betul perempuan itu. Ara bersembunyi di dalam balai ketibaan itu sehingga lewat malam. Telefon bimbit juga dimatikan.
"Kalau ada sesiapa call cari Ara... cakap Ara takde tau ma?" Pesannya semalam.
Puan Maimon faham perasaan si anak selepas dari kisah putus tunang. Semua panggilan mencarinya di rumah tidak dibenarkan angkat.
Takut benar dia melihat wajah Mama Suriati yang tiba-tiba menuduhnya melakukan jenayah terancang. Bimbang tak pasal-pasal polis datang membawa dia ke balai... menyoal siasat dia atas jenayah yang dia tidak lakukan.
Sekarang ini... dengan Nek Jah pun dia tidak boleh percaya. Mana tahu Mama Suriati sudah brain wash dia?



(30)

SURIATI yang baru mematikan enjin kereta terpandang pasangan dua sejoli baru keluar dari butiknya.
Hari Sabtu itu, dia datang lepas zohor sebab butik tutup pukul 10 malam. Hari minggu off day. Sungguh-sungguh dia merenung pasangan itu dari dalam keretanya yang diparkir jauh sedikit dari butiknya. "Bukan Ara ke perempuan tu?" Bertanya Suriati pada dirinya sendiri. "Yang lelaki tu siapa pulak?"
Wah! Terasa cemas sungguh perasaannya. Padahal dia dah kaw tim dengan florist berdekatan dengan pejabat tempat Ara bekerja di Marina Bay Sands di Singapura untuk membekalkan sejambak bunga setiap hari atas nama Istikharah Ismail. "Biar betul? Tak jalan jugak ke permohonan maaf begitu?" Dia menggumam sendiri. "Dah ada pengganti la tu kot? Sebab tu dia tak heran."
Audi A5 Sportback itu berlalu. Suriati buka pintu kereta dan melangkah keluar. Cepat dia meluru masuk ke dalam butik. "Zila! Perempuan tu datang sini nak apa?"
"Tempah baju nikah bos. Sepasang... lelaki dan perempuan. Dia order kain lace dari Perancis ni..." Zila tunjuk pada buku contoh atas meja. "Nak penuh pulak tu... dengan tudung sekali. Ini designnya."
Suriati tak terkata. Dia longlai. Punggungnya dihempas sahaja ke sofa.
Kenapa bos? Kita tak cukup bajet ke?"
Suriati geleng sambil kembangkan tangan kanan. "Takde apalah... rasa rugi pulak tak dapat jumpa sendiri."
"Tapi ni ada kad dia kalau bos nak contact bertanya sendiri." Ucap Zila bimbang pula dimarahi. "Kak Shamsiah dah ambil ukuran dia tadi."
"Dia orang nak pakai bila?"
"25 November... majlis buat di masjid Putrajaya." Beritahu Zila lagi. "Tentu bos dapat jemputan nanti untuk Sue's Boutique."
Suriati sambut kad nama yang dihulur Zila.

Shamsul Kamal Dato' Kamaruddin
Kamaruddin & Co.,
Accountants

Amekau!
Azam!!! Jeritnya dalam hati. Habislah... meranalah anak bujangnya sepanjang hayat akibat dari perbuatan sendiri. Ampunkan mama Azam! Tidak sanggup dia hendak menghadap wajah kekecewaan anaknya nanti. Tentu rupa tengkorak hidup... tidak seperti Azam yang dahulu ceria dan gembira ketika baru mengenali Istikharah. Nafasnya turun naik kencang sekali sambil kertap gigi, geram. Dia scroll nombor henset lelaki upahannya. Kali ini suruh dia pelangkung Datin Laili si mulut puaka tu pula. Dia punya pasallah ni. 


-------------------------------------------------------------------bersambung-----------------------





                  

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...