(1)
"EXCUSE me encik! Taugeh tu saya punya."
Pemuda itu buat aksi belek bungkusan plastik taugeh depan
dan belakang. "Takde nama sesiapa pun?"
"Tapi saya dah chop dulu."
"Tapi... saya yang dah ambil dulu."
"Oo... pleaselah. Saya benar-benar perlukan taugeh
tu untuk menu masakan saya hari ini." Pujuk Nadiya.
Nak menangis dah rasanya dia sebab puas sudah dia bekejar
ke sana dan ke mari mencari taugeh untuk Laksa Johornya.
"Tapi saya lagi perlukan taugeh ni untuk menu soto
saya. Kalau setakat nak buat mihun... boleh aje gantikan dengan kobis."
Jawab lelaki itu.
See the leg la... ingat kita nak buat mihun goreng ke?
"Encik, Laksa Johor saya pun perlukan taugeh tau
untuk aksesori dia?"
"Tapi soto saya hanya perlukan taugeh sahaja untuk
aksesori dia. Jika saya ganti dengan kobis dah jadi bakso pulak."
Ek eh! Menjawab mamat ni tak mau kalah.
"Encik ambil 3 bungkus tu, kan? Beri saya sebungkus
pun jadilah."
"Mana boleh... tetamu emak saya ramai. Tak cukup
nanti, macam mana?"
Nadiya renung wajah mamat yang tidak mahu mengalah sikit
pun dengan kaum perempuan. Tak gentleman langsung. Dia jeling tajam lelaki itu
lalu terus mencapai sebiji kobis. Sakit betul hatinya. Elok-elok dah plan nak
masak Laksa Johor untuk kumpulan marhaban, taugeh pula susah nak jumpa. Oleh
kerana bahan-bahan yang lain semua sudah dibelinya... maka Laksa Johor akan
tetap menjadi menunya pada hari itu. Cuma... ada kureng sikit la...
Takpe kan?
(2)
"RUMAH
kawan ma buat marhaban petang nanti... dia jemput ma sekali. Nak kenal-kenal
dengan family katanya."
"Malulah dah besar-besar bangka ni nak ikut ma
beraya."
"Eh, malu apa pulak? Dah tentu hariraya... memang
tradisinya kunjung berkunjung. Pa okey jer... kamu yang nak malu sangat,
kenapa?"
"Ni bukan kes nak kenen-kenenkan abang dengan anak
dia, kan?"
"Kalau dia ada anak dara pun apa salahnya? Boleh ma
berbesan dengan BFF ma tu."
"Ni yang tak best ni..."
"Eh? Kalau cantik molek orangnya... kan rezeki
tu?"
"Ma please!"
"Okey-okey... takde kenen-kenennya. Strictly kunjung
berkunjung." Afterall... dia yang kena drive untuk ma dan pa, kan? Suka
tak suka kena ikut arahan.
(3)
"IBU,"
bisik Nadiya mencuit bahu Puan Habsah yang sedang bersalaman dengan tetamu2
yang datang marhaban. "BFF ibu dah sampai," tambahnya sambil
menunjukkan bekas mangkuk tiffin.
"Di mana?" Soal Puan Habsah, teruja. "Ajak
masuk kak!"
"Di khemah luar."
Puan Habsah menapak keluar untuk menyambut BFFnya. Noor
Aini ditemui di PPUM semasa sahabatnya itu datang untuk medical check-up di
tempat dia bertugas.
"Ani!"
"Chah!"
Mereka berpelukan. Lama. Melepas rindu la tu.
"Alhamdulillah... jumpa jugak kau rumah aku,
kan?"
"Kalau alamat yang diberi tu betul... tentulah
jumpa." Ucap Noor Aini.
"Kau datang sorang aje ke?"
"Tu!" Jari dituding ke arah suami di pintu gate
sedang berkenalan dengan suami BFF.
"Anak teruna kau, mana?"
"Tu haa..." Noor Aini menunjuk ke arah Adam
yang sedang mengambil gambar makanan di meja buffet dengan telefon pintarnya.
Puan Habsah senyum melirik. Mereka berdua sudah berpakat
mahu menjodohkan anak-anak mereka jika diizinkan Allah.
"Kacak menantu aku," gumam Puan Habsah.
Serentak itu, Adam berpaling.
"Doc!" Panggil Habsah.
"Sister Habsah... what a coincidence."
"You two knew each other?"
"Of course...." sahut Habsah. "...he is my
favourite surgeon. I selalu assist dia Ani."
OMG!! Nadiya dan Puan Noor Aini jatuh rahang bila Sister
Habsah merangkul lengan Dr Fazirul Adam. Mereka beriringan jalan mencari meja
untuk sambung perbualan tanpa menghiraukan Noor Aini dan Nadiya yang terpacak
memandang.
"Jom aunty masuk..." ajak Nadiya. "...kita
ikut orang marhaban."
(4)
NADIYA
renung wajah ibunya. Tak senang hati betul bila dia nampak ibunya begitu rapat
dengan anak teruna Aunty Noor Aini tadi. Ayah masih tercongok lagi... tak kan
ibu ada skandal kot?
"Kamu dah kenapa? Macam ayam berak kapur jer?"
"Ibu yang buat hal... ibu tanya akak pulak?"
"Aik? Ibu buat apa?"
"...yang bersok sak sok sek dengan anak teruna Aunty
Ani tu apa?"
"Oo... itu pasal kerja la."
"Ye la tu!"
"Ye la. Ayah tak sibuk... kamu pulak yang nak
marah-marah kenapa? Jealous la tu."
Eh?
(5)
"ABANG
ada skandal dengan Aunty Chah tu ke? Lain macam aje ma tengok?"
Adam yang sedang memandu pulang memandang cermin pandang
belakang. Ma, Puan Noor Aini sedang merenungnya, tajam.
"Eh, mana ada? Aunty Habsah tu Sister di PPUM la ma.
Dia selalu assist kalau ada major operation."
"Kamu dah kenal sangatlah dengan dia?"
"Kenal sangat tu takde la..." jawab Adam.
"...tadi dia nak confirmkan masalah patient jer... kenapa?"
Puan Noor Aini dah kelat muka melihat aksi BFFnya yang
rapat lain macam dengan anak terunanya di majlis marhaban tadi. Dia sudah mula
meletak syak wasangka. Manalah tau jika dia pula yang terjatuh hati dengan anak
terunanya. Kan haru?
"Kalau nak sambung berbincang pasal kerja pun...
tunggu la di hospital nanti."
"Patient dia tenat di ICU... tak tahu sakit apa.
Takut silap diagnose nanti... timbul masalah lain pulak. Itu yang dia mintak
pendapat Abang."
"Aunty Chah takde cerita apa-apa selain masalah
kerja?"
"Takde pulak. Kenapa ma?"
Hisy!! Kata nak bincang pasal jodoh anak-anak... dia
bukak cerita lain pulak. Bebel Puan Noor Aini dalam
Tengahari itu, Adam bertembung lagi dengan Nadiya. Kali
ini, mereka berebutkan cili api yang kebetulan hanya tinggal 2 bungkus.
"You ni... sibuk betul la. Apa yang I nak masak...
you nak jugak." Marah Nadiya. Hari ini dia bercadang buat mihun sup. Kena
ada sambal kicap baru ngam.
"I nak buat tahu bakar kena ada sambal kicap jugak.
Kalau sebungkus aje mana ada kick?"
"Mana boleh makan pedas-pedas sangat... nanti kena
buasir baru tau."
"Eh, bukan I yang makanlah... ini untuk
tetamu."
"You guna cili merah tu pun boleh."
"Mana boleh? Tak sedap nanti macam mana?
"You masak lainlah."
Adam dapat idea. "Macam ni la..." Kebetulan
bibik belum balik dari cuti lebarannya di Palembang. Ma dah bising-bising tiada
yang membantu di dapur. Sepanjang cuti raya ni... dialah yang terpaksa membantu
ma. "...I beri you 2 bungkus cili api ni... dengan syarat you kena datang
rumah I tolong my mom masak."
Apahal pulak? Tapi bila dia fikir balik... Aunty Ani tu
okey jer. Setakat tolong-tolong masak... kacang jer tu.
"Okey... deal."
------------------------------------------- bersambung -------------------------------------------
No comments:
Post a Comment