(36)
"KAMU
ni dah kenapa?" Tanya Nek Jah. "Mundar mandir... aku nak nonton pun
tak senang. Macam ayam hilang anak."
Suriati dilihat ke hulu ke hilir dengan henset di tangan.
Macam sedang menunggu panggilan penting. Dari siapa?
Rancangan dia semua tak menjadi. Si lelaki upahan tidak menjawab
panggilan. Ditinggalkan mesej, tidak dibalas. Dah kena tangkap agaknya. Suriati
mulai lemas dan cemas.
"Mak, Azam mana?"
"Keluar kot?" Jawab Nek Jah. "Tadi nampak
dia dah turun... pakai smart. Kenapa?"
"Sue ada benda nak cerita dengan mak." Bisik
Suriati sambil toleh kiri kanan mencari line clear.
Azam yang baru mahu menapak mendaki tangga terhenti. Dia
pasang telinga.
"Apa dia?" Sergah Nek Jah. Menantu dia ni bukan
boleh percaya sangat. Ada jer idea yang bukan-bukan.
Suriati letak telunjuk di bibir. "Tadi siang... Sue
nampak Ara datang butik dengan seorang lelaki. Kata Zila dia orang datang
tempah baju nikah..."
"Haaa... nikah?" Jerit Nek Jah, terkejut.
"Mak..." tegur Suriati dengan jari telunjuk di
mulut. "...25 November ni di masjid Putrajaya."
"Anak siapa?"
Suriati hulur kad nama yang diberi Zila siang tadi.
"Anak Dato' Kamaruddin?"
"Mak!! Macam mana dengan anak Sue?" Rengek
Suriati.
"Dia dah tak sayang Azam ke?"
"Mak! Tolonglah anak Sue, mak... pleaseee!!"
Nek Jah sempat menjeling melihat wajah Suriati yang rupa
orang meneran sembelit. "Esok mak tanya dengan Dato' Kamaruddin tu
sendiri." Ucap Nek Jah. "Hisy! Ini tak boleh jadi... mana aci main
caras-caras awek orang," marah Nek Jah.
Azam terdengar perbualan antara Mama Suriati dengan Nek
Jah. Sentap gila kot? Rasa macam hati dah terlambak ke lantai. Pecah berderai.
Hancur luluh rasanya. Dia mengundur dan terus ke pintu mencari udara. Mintak
nyawa.... mintak nyawa!
(37)
"NEK,"
panggil Azam yang redah masuk ke dalam bilik pejabat Puan Halijah tanpa
ketukan, tanpa salam.
Puan Halijah angkat wajah. Cermin mata dilurutkan ke
batang hidung. "Yes, Encik Azam... what can I do for you?"
"Siapa nama lelaki anak Dato' Kamaruddin tu?"
"Why? Does it matter to you?"
Azam terus membongkok... meletakan dua tapak tangan ke
atas permukaan meja. Wajah Puan Halijah direnung. Tajam sekali seolah mahu
membaca isi hati.
"Nek please?" Ucapnya lembut. Gaya macam nak
makan orang. Hehehe... "I need to settle this once and for all." Aura
Puan Halijah, nenek yang sangat menyayanginya itu tidak mampu dikasari.
"Apa yang Azam nak buat?"
"You don't have to know, nek.."
"Janji tak buat yang bukan-bukan baru nenek
beritahu." Puan Halijah pun pandai ugut2 juga. Wajah cucu itu dipandang
minta dibuat perjanjian.
"Azam janji," katanya dengan tangan kanan
diangkat gaya dalam kandang pesalah di mahkamah.
"Betul ni?"
"Nenek... kalau dia dah boleh bahagia tanpa Azam...
I need to move on with my life. Please? Azam nak dengar dia confess yang dia
memang dah tak sayang Azam. Itu aje."
"Shamsul Kamal."
"Thanks nek." Dia cium pipi Puan Halijah kiri
dan kanan. "Azam mintak cuti hari ni to sort things out. Wish me
luck!" Ujarnya sambil menapak ke pintu. "Babai nek."
Puan Halijah tidak sempat bertanya lanjut. Entah dari
mana dia dapat cerita tentang anak Dato' Kamaruddin... musykil pula rasanya.
Puan Halijah tekan butang interkom. "Dayana... masuk
kejap."
Sepuluh saat kemudian, "Ya Puan?"
"Buatkan appointment saya dengan Kamaruddin &
Co., waktu lunch di Seri Pacific. Kalau dapat... terus suruh Pak Akob get
ready."
"Baik Puan."
"Oh! Make sure temujanji tu dengan Dato' sendiri.
Ini urusan peribadi. Tell him... urgent matters."
(38)
"PUAN
Istikharah!"
Ara angkat wajah dari menyemak dokumen bila namanya
dipanggil. Puan? Peliknya. Tak pernah pulak Suzy Kwan tu panggil dia puan.
"Your husband is waiting outside... Encik Khairul Azam wanted to
see his wife." Ayat ni dia tekan lebih sikit. "This is the problem
with long distance relationship." Dia bebel macam mak nenek.
Empat pasang mata di dalam Legal Department itu ambil
perhatian. "Oh! She is married." Seolah mereka berpakat menjawab
serentak.
Husband eh? Bila pulak dia dah pernah goncang tangan tok
kadi menikah dengan aku? Ara juga bebel dalam hati. Bengang bila Suzy Kwan
perli dia tadi sambil jeling2.
Sebaik turun ke aras bawah, dia sudah nampak figura Azam
beberapa meter dari pintu ofisnya. Smart, dengan rambut yang bersisir rapi
mengikut piawaian. Dua tangan disorokkan ke belakang. Adalah tu... nak buat
surprise konon. Tapi memang surprise pun... dup dap dup dap jantung dibuatnya.
Azam lempar senyum segaris elok terpandang Ara.
Ara tidak mampu mahu menyembunyikan keterujaannya melihat
Azam sanggup datang ke Singapura pada hari bekerja, tanpa panggilan dan pesanan
terlebih dahulu. "Hai sayang!" Tegurnya tanpa sedar.
Azam telan liur mendengarnya. Biar betul? Memang masih
sayang ke? Dia baru jer datang nak pujuk-pujuk.
"What brought you here?"
"Here's for you!" Azam hulur sejambak bunga
yang disorokkan di belakangnya tadi.
Ara tenung wajah lelaki itu. "Thanks."
"Can I have a hug?"
"Excuse me?"
"Just kidding." Azam tunjuk muka comel.
"Kenapa awak beritahu Suzy, awak suami saya?"
"Strategi. Agar awak senang dapat keluar."
"Last week, tiap-tiap hari Mama Suriati beri bunga,
tulis 'I am sorry.' Hari ni dia suruh anak dia hantar bunga tu sendiri
ke?"
"Mana ada? This is my effort tau? Sebab yesterday
awak balik, tak inform saya."
"Oops! Sorry." Ara buat muncung. "Awak
nampak saya ke?"
"Siapa Shamsul Kamal tu?"
"Anak Dato'Kamaruddin."
"Saya tau. Tapi apa hubungan dia dengan awak? Siap
dah tempah baju nikah bagai?"
O... oh!
(39)
"KUS
semangat!" Puan Halijah urut dada. "Nasib baik Cik Jah takde sakit
jantung." Dia buat pengakuan. "Cucu sorang tu aje dah macam ni punya
haru. Bayangkan... orang yang cucu dah berbelas-belas tu?"
"Terkejut saya tadi bila PA Cik Jah cakap ada urgent
matters. Ingatkan kenapalah..." kata Dato' Kamaruddin.
"Bimbang dia buat kerja yang bukan-bukan Din... budak mudalah
katakan."
"Tak dengar cerita pun Azam dah bertunang dengan
Istikharah tu?"
"Among family members jer. Ara tak bagi heboh...
takut kena bahan dengan kawan-kawan. Shamsul tu anak kamu yang nombor
berapa?"
"Yang sulong Cik Jah. Ada lagi dua orang lelaki
masih belajar."
"Rosni sihat? Tak pernah nampak dia sekarang ni...
ada buat bisnes?"
"Dia sibuk menulis... nak jadi novelis macam Fauziah
Ashaari yang ada Ombak Rindu... macam Siti Rosmizah yang ada Lafazkan Kalimah
Cintamu."
Bersemangat Dato' Kamaruddin bercerita tentang isterinya
Datin Rosni yang semenjak dua menjak ini sudah berubah hobi.
Puan Halijah angguk-angguk macam burung belatuk. Dia kan
pengikut setia drama-drama melayu adaptasi? Jangan kelentonglah...
"Nanti nak keluarkan filem sendiri katanya, macam
Ramlee Awang Mursyid yang akan tayangkan Tumbiruo di pawagam 12 Oktober
ni."
"Baguslah... jangan dok melepak dengan kawan-kawan
ke sana ke sini. Takde manafaat langsung." Ujar Puan Halijah.
"Suriati pun Cik Jah suruh bukak butik. Biar dia rasa payah cari duit
sendiri."
"Kenapa tetiba Cik Jah ambil alih syarikat?"
"Family matters. Panjang ceritanya Din. Biar jer la
Cik Jah pegang jawatan tu. Cik Jah dah buat wasiat nak dihibahkan pada
siapa."
"Bijak Cik Jah. Jangan sampai kita dah tak ada...
yang tinggal ni bergaduh berebut harta."
"Itulah... dia orang ni mana pernah tau yang
susah-susah tu? Zaman mula-mula Pakcik Amin bersampan ke hulu ke hilir sungai
mencari kayu bakau untuk dijual pada peraih. Ikut kerja di kilang buat arang
tu. Duduk dalam relau yang macam sauna tu. Sampai dia berjaya bukak syarikatnya
sendiri."
Dato' Kamaruddin angguk. Dia ingat sangat kisah tu...
sebab dia berkawan dengan Malek anak Puan Halijah. Bila cuti sekolah dia kerja
sambilan di kilang kayu arang tu untuk cari duit poket.
"Cik Jah jangan susah hati. Bakal isteri Shamsul tu
kawan baik Ara. Ara yang recommend Sue's Boutique tu... butik bakal mentua,
katanya."
"Suriati
tu yang kelam kabut sangat."
"Yelah kan? Tambah-tambah pergi tempah baju nikah
dengan Shamsul pulak?"
Berderai
ketawa mereka mengingatkan salah faham yang berlaku.
(40)
NEK Jah
tadi di biliknya menunggu sehingga sampai masuk waktu Isyak... sempat
wirid-wirid dan mengaji sikit. Tapi di luar terasa sepi sekali. Tiada
kedengaran suara sesiapa maupun bunyi suara dari peti TV.
"Yani!" Nek Jah tegur Bibik Yani yang sedang
menyediakan mi soto untuk makan malam. "Azam dah balik?"
"Baru sebentar bu. Dia langsung ke atas."
"Nampak dia gembira ke bersedih?"
"Mukanya serius sekali bu."
Hisy! Itu yang Nek Jah terus naik ke atas, mencari
cucunya di bilik. Nak tau juga apa cerita yang dibawa balik.
"Lailahailallah! Apa lagi yang tak kena ni?"
Tegur Nek Jah yang melihat Azam termenung di berandah bilik.
Azam menoleh dengan muka yang ketat sambil mengelap
rambut basahnya. "Ara tu nek, dia mengaku Shamsul tu bakal suami kawan
baik dia... tapi pergi ikut orang tu buat baju nikah kenapa?"
“Kihkihkih!” Ara tadi gelak guling-guling tengok muka
cuak Azam. Tapi Azam tak boleh terima. Gaduhlah... apa lagi? Azam yang merajuk
terus buat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Maka... kes diantara mereka
berdua masih belum dapat diselesaikan.
"Alaaa... dia bawak pergi tunjuk butik mama kamu
jer."
"Mana nenek tau?"
"Nenek jumpa sendiri dengan Dato' Kamaruddin tu...
dia dah terangkan satu persatu."
"Betul?"
"Betul. Takde apa2lah. Nenek dah terdengar-dengar
bunyi kompang dipalu. Tapi kamu ni saja nak suruh nenek mati kempunan
menunggu." Bebel Nak Jah. "Nenek tengok Kamaruddin tu bersandar
senang hati. Bakal menantu di oversea lagi tengah buat PhD. Kamu aje yang
gelabah tak tentu pasal.
Hidup ni jangan cemburu tak bertempat. Beri dia peluang
dan ruang... dia pun nak bernafas jugak. Kamu nak kurung dia macam burung dalam
sangkar tu? Silap-silap bila terlepas, dia tak rasa nak balik dah."
Azam diam. Ini bukan kes dia kongkong. Ini kes memang dia
jinak-jinak merpati... bila didekat, nak tangkap lari.
"Dia tau mama hari-hari hantar bunga ucap kata maaf.
Tapi dia buat donno aje nek."
"Tentulah... kamu berdua kan dah putus tunang?"
"Habis tu?"
"Jom kita hantar rombongan meminang. Kali ni kita
bagi gempak punya. Bawak pasukan kompang terus. Tak perlu sorok-sorok."
"Ada ke rombongan meminang bawak pasukan kompang
nek?"
"Siapa nak marah? Majlis kita, kan?"
"Nek," panggil Azam. "You know what?"
Nek Jah angkat kening bertanya.
"You are the greatest. I
love you nek, many-many... to the moon and back!" Dia peluk Nek Jah erat.
-------------------------------------------- bersambung -----------------------------------------------
No comments:
Post a Comment