(31)
"MAMA mintak maaf
sangat-sangat dengan Azam. Mama terlalu mengikut kata hati... kata
kawan-kawan..." Suriati pegang tangan anaknya di sofa pagi itu.
Azam sangat
kecewa bila Ara yang ditunggu tidak muncul di balai ketibaan seperti yang
dikatakan. Telefon pula dimatikan. Tiada langsung harapan Azam untuk menemui
Ara seperti yang diimpikan.
"Sudahlah
ma..." kata Azam. "Azam dah reda kalau dia bukan jodoh Azam."
"Tapi kamu
tak ceria macam dulu. Jasad kamu aje yang berada di sini... fikiran kamu pula
entah melayang ke mana."
"Tak mudah
nak melupakan orang yang kita sayang ma..." jawab Azam. "...kalau
berpisah mati, Azam boleh ziarah kuburnya."
"Mama tau mama
berdosa terhadap kamu berdua. Mama janji... mama akan pujuk Ara agar terima
Azam kembali."
Azam renung
wajah Mama Suriati yang berlinangan airmatanya. "Mama tak payah buat
apa-apa... Azam tak rasa Ara boleh percaya dengan kata-kata mama lagi.
Entah-entah semalam tu dia nampak mama ada sama... itu sebab dia tak munculkan
diri."
"Teruk
sangat ke mama ni?"
"Mama
rasa?"
Suriati menangis
sayu sehingga terhinggut-hinggut bahunya. Sedih sungguh bila orang hilang
kepercayaan pada kita. Apa yang harus dia lakukan sekarang, dia sendiri sudah
tidak tahu mahu berbuat apa-apa.
"Nenek call
pun dia tak angkat dah Zam," ujar Nek Jah kecewa. "Nenek rasa tak
puas hatilah. Nenek nak pergi rumah dia... jumpa family dia... nak tanya khabar
dia."
"Sue nak
i..."
"Tak
payah!" Ucap Nek Jah sambil mengembangkan tangan kanan. "Kamu tu akan
mengeruhkan lagi keadaan. Biar aku beritahu segalanya." Tambah Nek Jah
lagi. "Azam pun tak perlu... biar nenek jumpa dan terangkan padanya
dulu."
Azam angguk.
"Tapi kamu
kena bawak nenek ke sana. Hari ni minggu, si Yaakob cuti." Nek Jah baru
teringat pemandu peribadinya bercuti hari itu.
"Sekarang
nek?" Tanya Azam bila dia tengok neneknya sudah bersiap.
"Yalah...
pagi-pagi ni orang belum sibuk nak ke mana-mana. Kang tengahari entah-entah dia
dah nak balik ke Singapura."
"Baik
nek."
(32)
“ABANG
Azam!!”Jerit Ibrahim yang sedang bermain guli di depan rumah.
Azam tidak dapat mengelak bila dia
memberhentikan kenderaan untuk menghantar neneknya menemui Ara… si kecik sudah
tercongok berada di luar.
“Dah lama abang tak datang… Ayim
takde kawan nak ajak main guli,” rungutnya sambil terkeseng-keseng menunggu
depan gate.
“Turn jer la. Kesian nenek tengok si
kecik tu. Dia bukan tahu apa-apa.” Bisik Nek Jah.
Azam angguk sambil lempar senyum
pada si kecik.
“Mama!!” Jerit Ibrahim. “Abang Azam
datang!” beritahunya sambil berlari masuk.
Ara berpaling dari kuali gorengan
cekodok manis yang sedang viral di Facebook. “Siapa datang?” Dia tanya mamanya.
Puan Maimon yang sedang membancuh
kopi, kerut kening. “Abang Azam?”
Ara sangkut di dapur… tidak sempat
hendak berlari naik menyorokkan diri.
“Assalamualaikum!” Nek Jah beri
salam sambil membuka kasut.
“Waalaikumussalam,” jawab Puan
Maimon menapak ke depan sambil membetulkan lengan baju yang disingsing sampai
ke siku tadi. “Jemput masuk puan… silakan.”
Di depan, Azam sudah melayan si
kecik bermain guli. Ceria betul Ibrahim dapat berjumpa dengan abang Azamnya.
“Maafkan makcik Mon, pagi-pagi dah
datang terjah. Nak tanya khabar Ara. Katanya semalam ada balik. Tapi bila mak
cik tunggu di airport tak muncul pulak. Telefon pulak dimatikan. Mak cik dan
Azam bimbang betul.”
“Oo… pasal tu ke?” Puan Maimon
terasa bukan dia yang harus menjawab pertanyaan itu. Biarlah Istikharah sahaja
yang berikan jawapannya. “Duduklah dulu… nanti saya panggilkan Ara.”
Puan Maimon kembali ke dapur. “Ara
pergilah cakap sendiri dengan nenek tu.”
“Ara takut ma…”
“Cakap yang benar… biar dia tahu.
Mama ada… boleh backing Ara.”
Ara tarik muncung. Bukan sikit-sikit
punya takut. Mama mana tau.
“Pergilah…” suruh Puan Maimon.
“Kalau dia tak ikhlas… dia tak akan susah-susahkan diri untuk datang.” Sambung
Puan Maimon. “Pagi-pagi hari pulak tu.”
Ara angguk. Dia meninggalkan cekodok
gorengan terakhir kepada mamanya. Ara melangkah perlahan ke depan.
“Nek.” Dirapatinya Nek Jah seraya
menghulur salam.
Nek Jah peluk erat gadis itu sambil
berbisik. “Kenapa nak takut dengan nenek? Nenek tak makan hasutan… nenek ada
pendirian.”
Ara sentap. Tak sangka Nek Jah mampu
membaca fikiran. “Takutlah nek… bukan sebarang tuduhan tau? Kalau Ara dibawak
ke balai tentu mama dan papa malu dengan jiran tetangga.” Lancar pula dia
menjawab.
“Dia dah menyesal dengan
perbuatannya. Dia yang buat usul supaya Ara terima Azam semula. Dia tidak
sanggup melihat anak tunggalnya menderita.”
Eh, macam tak percaya aje? Menderita
ke?
“Tak nampak tu?” Nek Jah tunjuk ke
arah Azam yang sedang melayan Ibrahim di luar. “Dah kurus keding… tinggal kulit
dengan tulang aje.”
Ara renung lelaki itu walau telinga
mendengar apa yang diucap Nek Jah. Takdelah sampai tinggal kulit dengan tulang
aje. Amboi nek… over!
Nek Jah tau Ara masih sayangkan
Azam. “Macam mana?”
“Ara beri senyum segaris. “Beri Ara
masa nek?”
(33)
"WHAT’S
on your mind?" Tanya Azam yang melihat si gadis diam sepanjang perjalanan.
Dari pagi tadi nenek berkeras minta Azam menghantar Ara ke airport.
"Beri mereka peluang... biar mereka
berbincang untuk memutuskan masa depan mereka." Nek Jah beritahu Puan
Maimon.
Puan Maimon pun setuju
ajelah. Kalau dah yang pangkat nenek tunjuk sporting, tak kan dia nak tunjuk
kuno sangat pulak.
"Saya masih belum lupa
wajah mama sewaktu menuduh saya di hospital dulu. Awak pun hampir percaya,
kan?"
"Ara please? Itu mama
saya, kan?"
"Saya taulah... tapi
bila dia mengaku sendiri dia bencikan saya... hancur hati saya tau? Macam lagu
Estranged featuring Fazura tu."
Azam macam nak tergelak. Siap
bagi contoh lagu background pulak. "Dahlah tu..." pujuk Azam.
"...mama dah sedar. Dia termakan hasutan kawan-kawan..."
"Teruknya kawan-kawan
dia menuduh saya." Jawab Ara cepat dia mencantas kata-kata Azam.
"Biasalah tu... cemburu.
Saya kan anak tunggal."
Ara berpaling memandang Azam.
"Awak takde berkenan dengan anak-anak pompuan kawan mama awak tu?"
"Kenapa? Awak memang dah
takde hati dengan saya? Nak suruh saya cari lain ke?"
Ara diam. Kita nak kenakan
dia... dia kenakan kita balik, omel Ara dalam hati. Dia buat muka. Muncung dah
macam itik serati... panjaaang boleh sangkut baju. Mata dah mula panas. Ni
karang turun hujan lebat, macam mana?
"No worries la..."
pujuk Azam lagi. Dia dah nampak wajah mendung kelabu di sebelah. Bimbang
melarat jadi ribut petir karang banyak pula kerugian yang bakal ditanggung.
"I love you
many-many ..." ucapnya. "...to the moon and back."
Ara pecah ketawa. Lawak
tengok dia buat aksi tunjuk ke atas dan lekapkan ke dadanya.
"Saya pun ada lagu masa
saya sedih hari tu. Saya ulang-ulang mainkan di handphone... masa bercuti di
Maldives."
"Lagu apa?" Ara
teruja ingin tahu. Kira jiwang jugalah mamat ni.
"Sekeping
hati dibawa berlari..." Azam nyanyi lagu Suci Sekeping Hati dari Saujana.
Sedih dan mendayu sekali. Sedap suaranya.
Ara terbuai dengan lirik lagu
itu. Dia renung wajah Azam sehingga lelaki itu habis menyanyi. "Tapi...
saya masih rasa takut dengan mama awaklah."
"Yeay!!" Azam
bersorak girang. "Mau la tu, kan?"
"She scares me."
Dia dah okey... believe
me." Jawab Azam. "Awak kena jumpa dia face to face untuk hilangkan
trauma tu."
Ara ketuk pelipis.
"For me, pleeease?"
Azam seringai gigi.
"I'll think about
it."
"Ara!"
Kini... Ara pula seringai
gigi.
(34)
"APA ceritanya?" Serentak Nek Jah dan Suriati
bertanya.
Azam tengok jam di dinding... dah
pukul 10 malam. "Tak tengok Duda Pujaan Dara ke?" Tanya Azam pelik.
Selalu tu bukan main tekun menunggu... nak tengok lakunan gedik si Zahirah
MacWilson tu.
"Hari Ahad takde la," jawab Nek Jah. "Lagipun kan dah
last episod Khamis lepas?"
Nampak tak kat situ... Nek Jah pun layan. Siap tahu
detail lagi. "Cepatlah Zam!" Sergah Nek Jah. "Tak kan dia tak
cakap apa-apa."
"Dia cakap, I'll think about it."
"Pulak!" Nek Jah kecewa. "Apa yang nak
think-think lagi ni?"
Azam angkat bahu. Tak kan dia nak cakap Istikharah takut
dengan Mama Suriati, kan?
"Kamu ni tak pandai guna bahasa romantik ni."
Nek Jah menembak rambang.
"Dah habis romantik nek, siap nyanyi-nyanyi lagu
nasyid lagi."
"Lagu nasyid waktu dating apa kejadahnya,"
tegur Nek Jah. "Nyanyilah lagu Judika, Setengah Mati Merindu ke...
Janam-janam ke..."
"Belum apa-apa pun dah jahanam nek," jawab
Azam... frust gila.
"Dia masih tak boleh terima mama ke Zam?"
"Dah takde jodoh Azam dengan dia agaknya ma,"
kata Azam lirih. Puas dia pujuk tadi... Ara masih belum mahu memberikan
jawapan. Dah nyanyi-nyanyi sehabis merdu pun tak jalan.
Suriati menyandarkan badannya. Minda menerawang mencari
idea bagaimana mahu mengembalikan kepercayaan Ara kepadanya.
Kalau hantar bunga mohon maaf sehingga dia percaya, boleh
ke? Yes! Dia petik jari dan terus bangun menapak ke tangga untuk naik ke
biliknya.
Gelagatnya tadi diperhati Nek Jah. "Hah! Nak buat
apa tu?" Sergah Nek Jah. Bimbang Suriati bertindak yang bukan-bukan.
"Nothing!" Jawabnya tanpa menoleh ke belakang.
Azam pandang neneknya. Nek Jah angkat bahu.
(35)
SURIATI
yang baru mematikan enjin kereta terpandang pasangan dua sejoli baru keluar
dari butiknya. Hari Sabtu itu, dia datang lepas zohor sebab butik tutup pukul
10 malam. Hari minggu off day.
Sungguh-sungguh dia merenung pasangan itu dari dalam keretanya yang
diparkir jauh sedikit dari butiknya. "Bukan Ara ke perempuan tu?"
Bertanya Suriati pada dirinya sendiri. "Yang lelaki tu siapa pulak?"
Wah! Terasa cemas sungguh perasaannya. Padahal dia dah
kaw tim dengan florist berdekatan dengan pejabat tempat Ara bekerja di Marina
Bay Sands di Singapura untuk membekalkan sejambak bunga setiap hari atas nama
Istikharah Ismail.
"Biar betul? Tak jalan jugak ke permohonan maaf
begitu?" Dia menggumam sendiri. "Dah ada pengganti la tu kot? Sebab
tu dia tak heran."
Audi A5 Sportback itu berlalu. Suriati buka pintu kereta
dan melangkah keluar. Cepat dia meluru masuk ke dalam butik. "Zila!
Perempuan tu datang sini nak apa?"
"Tempah baju nikah bos. Sepasang... lelaki dan
perempuan. Dia order kain lace dari Perancis ni..." Zila tunjuk pada buku
contoh atas meja. "Nak penuh pulak tu... dengan tudung sekali. Ini designnya."
"Kenapa bos? Kita tak cukup bajet ke?"
Suriati geleng sambil kembangkan tangan kanan.
"Takde apalah... rasa rugi pulak tak dapat jumpa sendiri."
Tapi ni ada kad dia kalau bos nak contact bertanya
sendiri." Ucap Zila bimbang pula dimarahi. "Kak Shamsiah dah ambil
ukuran dia tadi."
"Dia orang nak pakai bila?" Suriati tak
terkata. Dia longlai. Punggungnya dihempas sahaja ke sofa.
"25 November... majlis buat di masjid
Putrajaya." Beritahu Zila lagi. "Tentu bos dapat jemputan nanti untuk
Sue's Boutique."
Suriati sambut kad nama yang dihulur Zila.
Shamsul
Kamal Dato' Kamaruddin
Kamaruddin
& Co.,
Accountants
Amekau!
Azam!!! Jeritnya dalam hati. Habislah... meranalah anak
bujangnya sepanjang hayat akibat dari perbuatan sendiri. Ampunkan mama Azam!
Tidak sanggup dia hendak menghadap wajah kekecewaan
anaknya nanti. Tentu rupa tengkorak hidup... tidak seperti Azam yang dahulu
ceria dan gembira ketika baru mengenali Istikharah.
Nafasnya turun naik kencang sekali sambil kertap gigi,
geram. Dia scroll nombor henset lelaki upahannya. Kali ini suruh dia pelangkung
Datin Laili si mulut puaka tu pula. Dia punya pasallah ni
----------------------------------------------------- bersambung ----------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment