July 31, 2011

Salam Ramadhan...




Salam to all........

Pejam celik...pejam celik...esok tanggal 1 Ogos 2011...bersamaan dengan 1 Ramadhan 1432 Hijrah.
Bersyukur ku ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan untuk menyambutnya lagi ditahun ini.
Alhamdulillah.

Semoga kita dapat lagi bersiaran di dalam bulan yang mulia ini dengan N3 yang dapat dikongsi
bersama. Insyaallah.

Untuk anak-anak yang jauh mahupun yang dekat...semoga ibadah puasa ini dijalani dengan penuh
taat agar mendapat fadilat dan keberkatan dari Allah SWT.

Sekian...Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua.

Junie Octovian: Menghargai setiap hari yang berlalu.

July 28, 2011

The shops...


Salah satu shopping heaven...kepada yang minat bershopping la..


Salam & morning...

Selamat menjejakkan kaki di tanah air sendiri dengan flight Air Asia X D7 2073 jam 3.15 pm waktu
tempatan. Kami keluar seawal 5.15am waktu Australia ke Coolangatta Airport di Goldcoast yang terletak
kira-kira 70 km dari Annerly di Brisbane.

Anak-anak dah menunggu di lapangan terbang...Alhamdulillah!
Pertama sekali yang aku nak tengok...cucuku...dah lama ku tinggalkan dia bimbang dia dah tak ingat
aku lagi...maklum la bebudak kan?

Rupanya...dia terus datang meluru mendapatkan aku...makkkk! terasa aku nak menjerit di situ kerana
begitu terharu.

Tak banyak barang souvenirs yang ku bawa pulang...bimbang akan pemeriksaan Imigresen dan Kastam
yang agak ketat di negara itu. Lebihan baggage akan dikenakan bayaran 17 dollar sekilo. Aku yang pergi
sendirian itu tidak mahu mengambil risiko...kang kena tinggal dengan pesawat penerbangan pulang pulak.
Sapa yang teringin nak hitu...nak hini...pergi la sendiri. Sekurang-kurangnya dapat berjalan melihat
negara orang kan?





KEBAB ~ merupakan makanan yang bisa dan mudah diperolehi di sini tanpa rasa was-was kerana
terdapat tanda HALAL.




Semasa aku tinggal di Simpang Renggam dahulu...ada sebuah pasaraya yang bernama TARGET. Aku
gelak tergolek semasa mendengar nama supermarket itu kerana dah terbiasa dengan nama seperti Jusco,
Tesco, Giant & Carrefour.

"Liesa!!!" jerit ku bagai tak percaya kerana di kawasan yang bernama Buranda di Brisbane ini terdapat
sebuah pasaraya yang bernama TARGET. Anak sedara ku yang kini masih menetap di Simpang
Renggam itu terus menjadi 'target' dalam minda.

Tentu dia bangga kerana tidak secara langsung bandar kecil Simpang Renggam itu sudah sama
standard dengan bandar kecil Buranda di Brisbane ini kerana kewujudan TARGET.




Salah satu tempat membeli-belah yang sering kami lawati kerana dekat dengan tempat tinggal.


RED ROOSTER ~
for non-halal. Saja tayang sebab namanya yang menarik.

Ini jenama broadband yang kami gunakan di sini....  'YES' OPTUS

Sekian...siaran dari Brisbane tamat di sini...
Akan ku jadikan N3 lagi jika ada gambar-gambar yang masih terselit/tertinggal di dalam simpananku.
Kita akan bersiaran dari negara sendiri mulai minggu depan...InsyaAllah.




Ke tepi sat...

Junie Octovian: Ku nak membongkang...8 jam flight tadi tak dapat nak melelapkan mata langsung. Anak omputih tu ajak main 'cak-cak' pulak. Pastu tu mak cik/mak datin yang dok sebelah tu asyik pot pat pot pet seronok sakan siap keluarkan barang kemas dari handbag dia yang dibelinya semasa bershopping heaven entah di belah mana Australia agaknya.

Sekian...wassalam.

July 27, 2011

Wellington Point...

Kunjungan di hari terakhir....

Salam from Brisbane....


Hari terakhirku di Brisbane....kami ke Wellington Point yang terletak ke sebelah timur dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan untuk sampai ke situ.  

Mak ai! Kuatnya angin...mau terbang balik M'sia  tak payah pakai pesawat ni...

Pasir pantai yang kami pijak itu boleh dilalui terus ke pulau kecil di hadapan yang dikenali dengan nama
KING ISLAND waktu air surut
dan akan dipenuhi air semula ketika air pasang...so?
Kena cepat berjalan menyusuri laluan berpasir ini sementara airnya surut.
Jika kami terkandas di KING ISLAND itu bermakna kami bakal
menjadi seperti Tom Hanks dalam filem Castaway...

Tadi nampak macam dekat je? Dah berbatu rasanya jalan masih belum sampai...
Namun...jangan risau...walaupun nampak panas tapi udaranya sejuk sahaja.


Ajaib...kami seolah meneroka lautan. Bayangkan sewaktu air pasang tempat kami berdiri itu
akan dipenuhi air?


Di sini....'point' terakhir ketika air surut. Tak tersangka kami bernasib baik dapat
berjalan kaki ke pulau itu.

Ha...kan dah cakap tadi? Air sudah mulai pasang sekitar jam 12.00 pm waktu di Australia.
Nasib baik kami cepat bergerak pulang tadi. Itu pun kami dah terpaksa mengharungi air separas lutut untuk sampai ke tangga untuk naik ke tanah besar.
Pemandangan jauh di tengah laut di waktu tengahari...kapal layar sudah mula mengembangkan
layarnya dan jauh di atas...pesawat melintasi ruang udara untuk mendarat di Brisbane Airport.

Awan yang sudah mula berkumpul itu menandakan hari sudah beransur petang...
waktu Asar kami sekitar jam 3pm waktu Australia.

Wah! Gaya pelakun drama bersiri CSI Miami la kami...
Angah dah booked jadi Horatio Caine... Huda jadi Caleigh Duquesne dan aku jadi siapa?
Pengarahnya?
Apa-apa jer la...

Perjalanan ku di Brisbane berakhir di Wellington Point. Gembira untuk pulang menemui cucuku
yang ketika ku tinggalkan dia masih berada di wad DEMC, Shah Alam.
Sebahagian merasa hiba kerana terpaksa meninggalkan
anakanda yang dikasihi mengharungi hidup di rantauan.
Namun...doa seorang ibu itu sentiasa mengiringi
anaknya di mana sahaja mereka berada.
INSYAALLAH.

Junie Octovian:
Never settle for less...when you know you deserve the best!
ADIOS!


July 25, 2011

The Parks...


Salam & morning....

N3 hari ni ku bawa kalian melihat pemandangan taman-taman yang terpelihara
di sekitar Brisbane.
Sebagaimana yang telah diberitahu terlebih dahulu...orang-orang Aussie ni gemar betul ke
taman untuk berehat.
Mereka sengaja berjemur/berbaring di tengah alam sambil membaca buku
dan ada yang berkelah...dan bermacam xtvt dilakukan di taman
yang disediakan dan dijaga akan kebersihannya.


Di Norman Park...
berkedudukan di tepi sungai Brisbane, berdekatan dengan UQ


Taman di Norman Park ini agak redup dan di kelilingi oleh pokok-pokok kayu
yang besar...


Kami pun tumpang sekaki bila ke taman sering membawa bekal dan sama melepak
seperti penduduk di situ.


Berbanding dengan Roma Street, Parkland...tamannya dipenuhi dengan bunga
yang berwarna warni dan mempunyai landskap yang cantik.



Sambil berkelah, kami boleh mencuci mata melihat keindahan bunga-bunga yang berkembang
di musim sejuk. Cuma di Brisbane ni musim sejuknya tidak bersalji aje la.


Memang ada berbagai warna...


Sengaja dibentukkan sebegitu rupa... 'zig-zag'


Boleh dijadikan ilham...


Sambil makan-makan..kami dapat menjamu mata dengan pemandangan menghadap
Sungai Bribane..
Seronoknya kalau dipelawa sama ikut belayar tu kan?


Sebuah bot tunda yang menolak jeti...ala-ala towing-truck di jalanraya.

Junie Octovian: Melalui pengalaman yang amat berharga.

July 23, 2011

Mount Coot-tha...



Salam from Brisbane.........

Hi there! Kali ini kami menjelajah ke Mount Coot-tha di Brisbane ini sahaja.
Cuacanya terang dengan langit yang membiru tanpa setompok awan pun. Memang menarik.
Maka dengan gaya eksennya aku keluar pagi itu
tanpa memakai baju tebal.
Tak sangka pula cuaca yang terang itu masih sejuk ditambah
dengan pepagi dah mendaki Mount Coot-tha itu.

Peta Australia la ni gamaknya...


Nak teropong kena bayar eh? Tak de sapa nak kasi free-of-charge ni...

Rasa mcm Shah Alam la Huda sebelah sana tu...
Jom kita teropong Adik & Kakak..

Pepagi ni dah merayau sampai ke Mount Coot-tha ni sedap juga kan?
Balik Malaysia ni kena manjat Gunung Ledang la kot?

Sapa yg teringin berbasikal sampai ke Look-out Point ni pastikan kepala
lutut anda masih intact semasa sampai di atas...

Panoramic view...

Pusat bandar Brisbane dilihat dari Look-out Point.

Junie Octovian:  Esok kami nak ke Wellington Point. Ramalan cuaca mengatakan
cuaca panas dengan suhu 20C.

July 22, 2011

Goldcoast...

Pantai di Coolangatta, Goldcoast

Salam from Goldcoast...

Di daerah orang ni kalau tak ada orang yang jadi tourist guide ni memang payah sikit la...
Tapi aku bernasib baik sebab Angah dah sampai dulu.

Ada kereta dan berpandukan dari GPS...
dapat la kami merayau melihat tempat orang ni.
Pemandangan dari Look-out Point...

Cuaca yg cantik dan terang...

Kalau nak bermandian di pantai...
jangan takut..ada coastguard.
Nak ronda-ronda juga ni...mana la tau jumpa HAYDEN
peserta rancangan MASTERCHEF AUSTRALIA tu?

Pemandangan seawal jam 9.00 pagi waktu Australia.

Awan tebal itu menyejukkan cuaca...

Akhirnya...ku gagahi juga menapak menyusuri pantai.

Dalam usiaku yg menjenguk senja...aku banyak bersyukur kerana dianugerahkan
tubuh badan yg sihat dan sedikit pengetahuan.
Terima kasih kepada bonda yang menghantar ku ke sekolah...berbekalkan sedikit kepandaian itu
aku bisa bergerak sendiri.

Kedatangan ku ke bumi kanggaru ini untuk menziarah Angah yg akhirnya
berjaya mengejar cita-cita dan keinginannya.
Tidak secara langsung memberikan dia semangat untuk meneruskan usaha walaupun di mana
jua dia berada.

Hanya DIRI sendiri la kena pandai menyesuaikan diri di tempat orang.
Bukan lama sangat pun...EMPAT tahun saja la!

Junie Octovian: Di mana bumi dipijak...di situ langit dijunjung.

July 20, 2011

City Cat...



Salam & morning to all.........

Aku teruskan kembara jelajah Brisbane dengan menggunakan pengangkutan yang disediakan
melalui jalan air pula.

Feri ini dikenali dengan nama CITY CAT.

Dari GUYAT PARK di UQ ...
Salah satu public transportation di Brisbane....

Pemandangan dari jalan air

Siapa yang empunya?

Tempat kapal layar bersidai

Bangunan yg terdapat di Brisbane

Eye of Brisbane

Nak turun di sini pun boleh utk terus menyusuri bandar dengan berjalan kaki...

Tempat-tempat menurunkan penumpang...mcm stesen bas la

Aku turun di Southbank...

Di situ terdapat sebuah taman yg luas...ada pantai buatan sendiri dan pada hari tersebut
memang dipenuhi dgn manusia.

Mengamati wajah Confucius dari dekat...

Wonder...what is he doing here?
Adakah di Southbank Park ini his last stop?



Junie Octovian: Lepas ni nak ke mana lagi? Nanti ku fikirkan....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...