Salam from Brisbane....
Tak sah kalau tak bergambar dengan kanggaru bila menjejakkan kaki ke Australia kan?
Dah nama pun digelar dengan Negeri Kanggaru.
'Kita nak ke mana hujung minggu ni?' Angah menanyaku satu malam.
'Mama nak jumpa kanggaru je...kata orang ada je bersepah-sepah...tapi tak nampak
sekor pun?'
'Kat bandar tak ada kot? Kena pergi tempat dia la. Nanti esok Angah tanya kengkawan
opis kat mana boleh jumpa kanggaru.'
Pada hari Rabu...Angah ambil cuti setengah hari...kami bertolak seawal jam 8.00 pagi
ke Lone Pine. Kedudukannya sedikit di kawasan agak tinggi menyebabkan
cuaca pagi yang sejuk bertambah sejuk.
Alhamdulillah....
akhirnya sampai la hajat ku nak melihat sendiri rupa kanggaru sebenar.
Kawanan kanggaru.. Masa baru sampai tu macam nak sama baring sambil memeluk kanggaru tu. Oleh kerana tak biasa tu..bimbang pulak kena terajang. |
Kalau bawak cucuku Hana... Masa ni aku terbayang cucuku Hana. Ah! Sana sini ada budak kecik...geram tengok... semuanya comel-comel belaka... |
Urut sikit-sikit je la... |
Atok Kanggaru ni pandai pulak ber'posing' masa orang ramai -ramai datang nak ambil gambar. |
Reaksi sekor yang tengah menggaru... Junie Octovian: Hah! Puas rasa hati bila dah tengok, dah pegang dan sudah dapat bergambar bersama kanggaru. Lepas ni kami nak pergi melihat burung-burung pula... |
No comments:
Post a Comment