July 27, 2011

Wellington Point...

Kunjungan di hari terakhir....

Salam from Brisbane....


Hari terakhirku di Brisbane....kami ke Wellington Point yang terletak ke sebelah timur dan mengambil masa kira-kira 45 minit perjalanan untuk sampai ke situ.  

Mak ai! Kuatnya angin...mau terbang balik M'sia  tak payah pakai pesawat ni...

Pasir pantai yang kami pijak itu boleh dilalui terus ke pulau kecil di hadapan yang dikenali dengan nama
KING ISLAND waktu air surut
dan akan dipenuhi air semula ketika air pasang...so?
Kena cepat berjalan menyusuri laluan berpasir ini sementara airnya surut.
Jika kami terkandas di KING ISLAND itu bermakna kami bakal
menjadi seperti Tom Hanks dalam filem Castaway...

Tadi nampak macam dekat je? Dah berbatu rasanya jalan masih belum sampai...
Namun...jangan risau...walaupun nampak panas tapi udaranya sejuk sahaja.


Ajaib...kami seolah meneroka lautan. Bayangkan sewaktu air pasang tempat kami berdiri itu
akan dipenuhi air?


Di sini....'point' terakhir ketika air surut. Tak tersangka kami bernasib baik dapat
berjalan kaki ke pulau itu.

Ha...kan dah cakap tadi? Air sudah mulai pasang sekitar jam 12.00 pm waktu di Australia.
Nasib baik kami cepat bergerak pulang tadi. Itu pun kami dah terpaksa mengharungi air separas lutut untuk sampai ke tangga untuk naik ke tanah besar.
Pemandangan jauh di tengah laut di waktu tengahari...kapal layar sudah mula mengembangkan
layarnya dan jauh di atas...pesawat melintasi ruang udara untuk mendarat di Brisbane Airport.

Awan yang sudah mula berkumpul itu menandakan hari sudah beransur petang...
waktu Asar kami sekitar jam 3pm waktu Australia.

Wah! Gaya pelakun drama bersiri CSI Miami la kami...
Angah dah booked jadi Horatio Caine... Huda jadi Caleigh Duquesne dan aku jadi siapa?
Pengarahnya?
Apa-apa jer la...

Perjalanan ku di Brisbane berakhir di Wellington Point. Gembira untuk pulang menemui cucuku
yang ketika ku tinggalkan dia masih berada di wad DEMC, Shah Alam.
Sebahagian merasa hiba kerana terpaksa meninggalkan
anakanda yang dikasihi mengharungi hidup di rantauan.
Namun...doa seorang ibu itu sentiasa mengiringi
anaknya di mana sahaja mereka berada.
INSYAALLAH.

Junie Octovian:
Never settle for less...when you know you deserve the best!
ADIOS!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...