July 1, 2011

Tolong Anjing Tersepit...

Salam Julai to all......

Peribahasa di atas ni sudah lama diperkatakan...sejak zaman dolu-dolu lagi. Yang anehnya...perkara
itu memang benar berlaku sehingga ke saat ini.

Seingat aku la...aku ni paling rajin menghafal peribahasa. Senang nak bercakap dengan orang dalam 
bahasa paling halus. Tapi kena nasib juga la...sebab kalau orang tu jenis yang tak memahami bahasa 
macam mana?

Emak aku selalu cakap...manusia ni semasa nak mintak pertolongan tu 'lembut gigi dari lidah'. Tapi
kalau yang datang meminta pertolongan tu sedara-mara sendiri....mau tak mau pun kena ditolong
juga. Kalau dia pinjam dengan Ah Long tak bayar kena potong.

Macam kes aku...nak cakap tak ada...masa tu aku ada. Hati baikku berkata....buatnya dia bawak 
tikar bantal berkampung di rumah ku kalau tak diberi pertolongan yang diperlukan tu bagaimana? So...
ikhlas tak ikhlas tu Allah sahaja yang tahu. Lagi satu....masa perlukan pertolongan...jumpa pulak 
pintu rumah aku yang sebelum ini pun tak pernah dijejaki. Aku kan termasuk dalam kumpulan 
orang Nomad yang kerjanya asyik berpindah randah? 

Sampai hari ini dah makan bertahun lamanya...cucu ku pun dah sampai pandai berjalan...bayang
orang yang berjanji itu langsung tak kelihatan. Bila call...dia akan cakap YA...tapi 'YA yang tak bertitik'
kata emak. Seolah selama ni kita menyimpan untuk kegunaan mereka pulak.

'Kerbau dipegang pada tali...manusia pulak dipegang pada janji', aku berdebat dengan emak yang 
suka sangat kalau bercakap tu masuk peribahasanya. Sampai anak aku terlopong mulut cuba 
memahami apa yang dimaksudkan oleh atoknya. 

'Masa meminjam tak hengat-hengat...sampai masa kita pulak nak perabis kredit mengingatkan
masa untuk membayarnya?'

'Tak apa...dunia ni dia lepas...kita kan masih ada akhirat? Kat akhirat nanti kita mintak la tukar dengan 
segala pahala dia? Nak pulang dengan duit di sana dah tak diterima lagi.' Itu bicara Ngah aku yang
dapat menyejukkan jiwa.

'Pergi aje rumah dia...macam mana waktu dia nak meminjam tu dia pandai cari kita dekat rumah kan?' 
Itu kata Uteh...mementang laki dia polis.

Aku ni banyak hati yang nak dijaga...dah tu yang meminjam tu kan sedara? Karang berkasar pulak, 
ada yang terasa hati, terguris hati, makan hati, susah hati dan macam-macam la yang bersangkutan 
dengan hati ni agak payah sikit.

Esok-esok dah tak nak bertegur sapa pulak bila 'kecik hati'. Habis hati aku ni siapa yang nak jaga?
Entah la...things are easier said than done.

Junie Octovian: Sentiasa percaya ada hikmah Allah disebaliknya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...