July 4, 2011

Wedding Anniversary...

Salam to all.......

Pada 4hb. Julai 2009, kami beberapa keluarga telah terbang ke Miri untuk menyaksikan
majlis pernikahan anak sulongku yang diadakan di rumah nenek pengantin perempuan.
Tempahan awal untuk penginapan telah pun dilakukan menerusi online sahaja
dengan bantuan pihak pengantin perempuan yang banyak memberikan kerjasama. 
Gambar-gambar berikut adalah majlis yang berlangsung di sana.

Mega Hotel Miri
menjadi tempat penginapan kami

Rombongan kami bertemakan merah


Pasangan pengantin selepas majlis akad


Majlis Persandingan yg diadakan pd
keesokan hari

Pengantin dengan keluarga perempuan

Keluarga kami masih mengekalkan tema merah

Yg tinggal dlm keluarga kami

Rombongan kami yg mengikuti majlis

Pasangan pengantin yg merakamkan gambar outdoor



Pada 1hb Ogos pula, majlis jemput menantu diadakan di Central Park, Bandar Baru Setia Alam.
Oleh kerana tidak mahu menganggu jiran tetangga dengan mendirikan khemah di jalan
hadapan rumah, maka kami mohon kebenaran dari pihak SP Setia untuk mengadakan 'garden wedding'.
Ternyata di kawasan itu tempatnya sangat luas dan tempat parkir juga tidak
menjadi masalah kepada tetamu yang hadir.
Yang penting, kaum keluarga dan saudara mara yang datang dengan anak-anak kecil
dengan senang hatinya dapat menjamu selera tanpa merasa bimbang melepaskan anak-anak
mereka bermain di taman permainan berdekatan.

Sebahagian keluarga yg sempat bergambar

Keluarga kami mengenakan tema hijau pucuk pisang

Pada 4hb Julai 2011 ini, mereka meraikan ulangtahun kedua perkahwinan mereka. Kami
sekeluarga mengucapkan selamat dan berbahagia sehingga ke akhir hayat mereka.
Semoga mereka berdua menghargai akan detik indah ini.
Happy Anniversary!



Junie Octovian: Merakamkan ucapan terima kasih kepada sahabat handai dan rakan taulan
yang hadir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...