July 28, 2011

The shops...


Salah satu shopping heaven...kepada yang minat bershopping la..


Salam & morning...

Selamat menjejakkan kaki di tanah air sendiri dengan flight Air Asia X D7 2073 jam 3.15 pm waktu
tempatan. Kami keluar seawal 5.15am waktu Australia ke Coolangatta Airport di Goldcoast yang terletak
kira-kira 70 km dari Annerly di Brisbane.

Anak-anak dah menunggu di lapangan terbang...Alhamdulillah!
Pertama sekali yang aku nak tengok...cucuku...dah lama ku tinggalkan dia bimbang dia dah tak ingat
aku lagi...maklum la bebudak kan?

Rupanya...dia terus datang meluru mendapatkan aku...makkkk! terasa aku nak menjerit di situ kerana
begitu terharu.

Tak banyak barang souvenirs yang ku bawa pulang...bimbang akan pemeriksaan Imigresen dan Kastam
yang agak ketat di negara itu. Lebihan baggage akan dikenakan bayaran 17 dollar sekilo. Aku yang pergi
sendirian itu tidak mahu mengambil risiko...kang kena tinggal dengan pesawat penerbangan pulang pulak.
Sapa yang teringin nak hitu...nak hini...pergi la sendiri. Sekurang-kurangnya dapat berjalan melihat
negara orang kan?





KEBAB ~ merupakan makanan yang bisa dan mudah diperolehi di sini tanpa rasa was-was kerana
terdapat tanda HALAL.




Semasa aku tinggal di Simpang Renggam dahulu...ada sebuah pasaraya yang bernama TARGET. Aku
gelak tergolek semasa mendengar nama supermarket itu kerana dah terbiasa dengan nama seperti Jusco,
Tesco, Giant & Carrefour.

"Liesa!!!" jerit ku bagai tak percaya kerana di kawasan yang bernama Buranda di Brisbane ini terdapat
sebuah pasaraya yang bernama TARGET. Anak sedara ku yang kini masih menetap di Simpang
Renggam itu terus menjadi 'target' dalam minda.

Tentu dia bangga kerana tidak secara langsung bandar kecil Simpang Renggam itu sudah sama
standard dengan bandar kecil Buranda di Brisbane ini kerana kewujudan TARGET.




Salah satu tempat membeli-belah yang sering kami lawati kerana dekat dengan tempat tinggal.


RED ROOSTER ~
for non-halal. Saja tayang sebab namanya yang menarik.

Ini jenama broadband yang kami gunakan di sini....  'YES' OPTUS

Sekian...siaran dari Brisbane tamat di sini...
Akan ku jadikan N3 lagi jika ada gambar-gambar yang masih terselit/tertinggal di dalam simpananku.
Kita akan bersiaran dari negara sendiri mulai minggu depan...InsyaAllah.




Ke tepi sat...

Junie Octovian: Ku nak membongkang...8 jam flight tadi tak dapat nak melelapkan mata langsung. Anak omputih tu ajak main 'cak-cak' pulak. Pastu tu mak cik/mak datin yang dok sebelah tu asyik pot pat pot pet seronok sakan siap keluarkan barang kemas dari handbag dia yang dibelinya semasa bershopping heaven entah di belah mana Australia agaknya.

Sekian...wassalam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...