Salam from Brisbane.........
Hi! Reached Coolangatta Airport safe and sound at 7.15 am on Sunday morning 3rd of July.
Tidak tersangka langsung oleh ku akan ke tanah Australia ini terutama Brisbane. Ketika aku menulis
novel kedua dengan tajuk di atas...aku bercerita tentang Brisbane seolah-olah aku pernah ke daerah
itu.
Bila anak keduaku dapat melanjutkan pengajiannya ke Queensland University, di Brisbane...
aku bersyukur kehadrat Allah SWT serta melakukan puasa nazar selama tiga hari. Tak terkata...
apa hikmah disebaliknya. Kini, aku sendiri telah diperkenankan menjejakkan kaki ke Brisbane
untuk merasai tempat yang disebut rambang itu, mungkin untuk meneruskan novel ku dari
pengalaman sebenar.
Penerbangan Air Asia X, 7D 2702 yang dikendalikan oleh Kapten Mohd Hafiz dan Omar Baki
mendarat dengan begitu kemas sekali memberikan keyakinan kepada kami untuk meneruskan
perkhidmatan dengan penerbangan milik Air Asia itu yang juga telah diikhtirafkan sebagai syarikat
penerbangan tambang murah yang terbaik untuk tiga tahun berturut-turut.
Coolangatta, terletak di Goldcoast dan kenapa aku mendarat di lapangan terbang tersebut instead of
Brisbane? Ini adalah kerana Air Asia tidak ada lagi penerbangan terus ke Brisbane. Goldcoast pula
merupakan lapangan terbang terdekat ke Brisbane.
Cuaca merupakan masalah utama kepada ku yang telah terbiasa dengan cuaca di Malaysia yang
panas dengan suhu mencecah 33 darjah Celcius. Manakala...di Goldcoast, walaupun suhunya diberitakan
pada 20 darjah Celcius, namun ia masih sejuk dengan tiupan angin dari selatan Antartika. Sedangkan
kalau di rumah pun air-cond yang dipasang pada suhu 16 darjah Celcius tidak begini sejuknya. Aku
melangkah dua jam awal semasa sampai di sini pagi itu bila jam yang ku pakai menunjukkan 5.15 pagi
manakala Kapten Mohd Hafiz memberitahu ketika itu sudah jam 7.15 pagi waktu Australia.
Aku tiada masalah dengan pihak Imigresen Australia kerana mempunyai semua dokumen yang
diperlukan dan aku juga tidak membawa apa-apa barang selain dari kain bajuku sahaja.
Mak ai! Begini rupanya Goldcoast yang sibuk dan hangat diperkatakan itu semenjak Air Asia
mengadakan perkhidmatan ke destinasi ini. Kemudahan tambang murah ini memang menjadi tarikan.
Anak sulongku yang mengikuti conference untuk syarikat tempat dia bekerja telah mendahului aku dan bercerita banyak tentang daerah ini. Membuatkan yang lelain melopong mendengar dan memasang
hajat untuk menjejakkan kaki ke sini jika diizin Allah.
Berlainan dengan masyarakat di Malaysia...atau mungkin perbezaan cuaca...masyarakat di sini memang
gemar berjalan dan berbasikal...untuk memanaskan badan barangkali. Kenderaan walaupun banyak...
mereka kelihatan bersopan santun di jalanraya dengan mengikuti arahan dari papan tanda.
Aku yang dah terbiasa senang dengan membeli barang-barang makan di Super-supermarket di Malaysia,
terasa agak susah walaupun ada tempat-tempat tertentu yang menyediakan barangan halal.
Dalam masa yang singkat, aku diperkenalkan dengan seorang warga Malaysia yang menetap di kawasan
Mt. Gravatt. Beliau yang mahu dikenali dengan panggilan UMI sahaja mengikut kami ke KMart untuk
mencari barang keperluan.
'Jun pandai masak?' dia bertanya dalam loghat Melayu utara.
'Boleh la...'
'Sini...kalau tak pandai masak susah sikit la nak dapat makan. Bukan macam di Malaysia ada kedai
makan 24 jam.'
Aku angguk sambil memberikan senyum lebar ke telinga. Bangga bila dia memuji sambil dalam hati
menyebut Alhamdulillah. Kalau tanya pendapat aku, 'hujan emas negeri orang...hujan batu negeri sendiri'.
Kalian cari la maksudnya. Pada aku...berjalan untuk melihat tempat orang tak jadi hal...untuk menetap?
Aku kena fikir seratus kali.....
Semasa menghantar beliau pulang ke kediamannya...dia mempelawa kami masuk. Beria-ia beliau
menjamu kami walaupun hanya dengan biskut yang dibelinya dari supermarket tadi sambil mengajak
kami menonton MasterChef Australia bersamanya.
Sepanjang perjalanan pulang ke Annerly, aku merangka cerita disebalik keengganan beliau pulang ke
tanahair. Mengapa dan kenapa? Tak pulak mahu ku tanyakan pada dia sendiri tadi takut ada cerita
yang menyentuh perasaan. Biarlah! Masing-masing ada sebab tertentu berbuat demikian kan?
Junie Octovian: Masih sedang menyesuaikan diri dengan masa dan cuaca.
No comments:
Post a Comment