July 19, 2011

Golden Beach, Caloundra...

Salam.....

Oleh kerana waktu siang di Australia ni agak pendek ...maka kami meneruskan
perjalanan dari Gowinta Farms selepas memetik stroberi ke daerah lebih ke utara lagi.
Cadang tu kalau 'abang Steve' tu masih hidup nak juga
pergi melawat dia di Ladang Ternak Buayanya itu.
Tapi...tak payah la...
kat Malaysia pun bersepah je buaya.

Kami babai je dia...
lagipun cuaca amat la sejuk ketika itu.
Barangkali buaya-buaya pun tak larat nak keluar bersidai.

Dengan bekalan yang kami bawa hari itu...kami pun mencari la pantai yg terdekat
yg boleh dijadikan tempat berkelah. Akhirnya kami ke
'Golden Beach' yg terletak di Caloundra.
Oleh kerana di sini tengah winter...maka tak ada la biawak yg nak berjemur.

Sepasang kapel ni aje yg sibuk berkayak kulu kilir....

Pantai yg tak berorang....

Awan tebal yg menyejukkan...

Sempat posing sementara tak ada orang ni kan?

Nak main nyorok-nyorok pun tak boleh...

Akhir sekali...ku tinggalkan jejak...



Junie Octovian: Ikuti kembara ku seterusnya... Brisbane River Cruising.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...