Salam from Brisbane.......
Uwarghhh! Aku mendepangkan kedua-dua tangan mengeliat.Sudah beberapa hari menjejakkan kaki
ke bumi Kanggaru tapi tak ke mana-mana kerana mengalami masalah menyesuaikan diri dengan masa
dan cuaca.
Alarm dari henset ku berbunyi pada jam 4.30 pagi yang ku setkan waktu untuk aku bangun
sahur semasa di bumi Malaysia....membangunkan aku pada jam 6.30 pagi waktu Australia yang cuaca
nya ternyata dah terang benderang macam jam 7.30 pagi di Setia Alam.
'Mama nak ke mana aje hari ni?' tanya Angah semasa dia sibuk menyarung stokin untuk ke pejabat.
'Sejuk-sejuk ni....tidur lagi sedap.' Kata ku yang masih berbungkus mengalahkan kepompong.
Tapi depan rumah tu omputih semua dah lalu lalang nak ke destinasi masing-masing. Angah berbasikal
naik ke bukit dan kebanyakan kenderaan juga bergerak arah ke bukit.
'Kenapa tak bawak kereta Ngah?'
'Kereta tak boleh lalu situ...kena ikut laluan jauh. Kat situ cuma ada laluan basikal dengan bas aje.'
Aku angguk faham. Tapi tak faham juga mengapa bas boleh lalu...kereta pulak tak dibenarkan. Hati
melonjak ingin tahu. Lepas tak lama Angah pergi...aku tanya menantu ku Huda...
'Kenapa kereta semua menghala ke atas bukit sana? Bandar dia sebelah bawah sana kan?' Aku
bertanya sambil menunjukkan arah ke bandar Brisbane.
'Entah la...' Huda pun tak tahu sebab sejak sampai dia kan jadi surirumahtangga je?
'Jom kita ke sana....tengok apa yang ada di sebelah atas bukit tu?'
Huda setuju dan kami pun bersiap ala kadar gaya orang nak keluar berjogging. Kami menyusuri jalan
yang menghala ke atas yang menjadi tanda tanyaku semenjak hari Isnin lagi.
~ to be continued ~
No comments:
Post a Comment