July 18, 2011

Roma Street, Parkland...

Roma Street, Parkland



Salam from Brisbane....

N3 hari ni aku bawa kalian ke kawasan taman yang dipenuhi dengan bebunga yang meriah warnanya.
Terletak di tengah bandar Brisbane dan menjadi tempat keluarga berehat
di hujung minggu.

Aku dapati mereka yang membawa keluarga bersama siap membawa bekal dan
ber BBQ di tempat yg memang telah disediakan kerana kawasan
taman ini berbayar...jadi kemudahan semua disediakan.
Peta di pintu masuk..

Nampak mcm panas kan? Tapi sebenarnya suhunya sejuk dan berangin...


Perhatikan bunga yang seakan melimpah keluar dari tong drum di belakang....

Meriahnya...mcm nak berlakun filem Hindustan pulak...

Bunga yg menyerupai kobis...tapi bukan kobis la...
Ada yg putih dan bertukar ke warna purple..
atau purple bertukar ke warna putih..
kurang pasti la pulak.


Ni yg jenis bergayut di pagar-pagar...


Kurang pasti pulak kenapa ROCK sedangkan kat situ tak ada batu pun. Cuma di penuhi dengan
bebunga yang melebihi daun.

Tumbuhan renik  yg mengeluarkan bunga ditanam dalam
tayar dan diapungkan. Idea yg menarik tu...


Junie Octovian:
Akan membawa anda ke Sunshine Coast pula untuk memetik stoberi...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...