December 22, 2017

Bila Kompang Dipalu - Adam & Nadiya

(1)

"EXCUSE me encik! Taugeh tu saya punya."
Pemuda itu buat aksi belek bungkusan plastik taugeh depan dan belakang. "Takde nama sesiapa pun?"
"Tapi saya dah chop dulu."
"Tapi... saya yang dah ambil dulu."
"Oo... pleaselah. Saya benar-benar perlukan taugeh tu untuk menu masakan saya hari ini." Pujuk Nadiya.
Nak menangis dah rasanya dia sebab puas sudah dia bekejar ke sana dan ke mari mencari taugeh untuk Laksa Johornya.
"Tapi saya lagi perlukan taugeh ni untuk menu soto saya. Kalau setakat nak buat mihun... boleh aje gantikan dengan kobis." Jawab lelaki itu.
See the leg la... ingat kita nak buat mihun goreng ke?
"Encik, Laksa Johor saya pun perlukan taugeh tau untuk aksesori dia?"
"Tapi soto saya hanya perlukan taugeh sahaja untuk aksesori dia. Jika saya ganti dengan kobis dah jadi bakso pulak."
Ek eh! Menjawab mamat ni tak mau kalah.
"Encik ambil 3 bungkus tu, kan? Beri saya sebungkus pun jadilah."
"Mana boleh... tetamu emak saya ramai. Tak cukup nanti, macam mana?"
Nadiya renung wajah mamat yang tidak mahu mengalah sikit pun dengan kaum perempuan. Tak gentleman langsung. Dia jeling tajam lelaki itu lalu terus mencapai sebiji kobis. Sakit betul hatinya. Elok-elok dah plan nak masak Laksa Johor untuk kumpulan marhaban, taugeh pula susah nak jumpa. Oleh kerana bahan-bahan yang lain semua sudah dibelinya... maka Laksa Johor akan tetap menjadi menunya pada hari itu. Cuma... ada kureng sikit la...
Takpe kan?


(2)

"RUMAH kawan ma buat marhaban petang nanti... dia jemput ma sekali. Nak kenal-kenal dengan family katanya."
"Malulah dah besar-besar bangka ni nak ikut ma beraya."
"Eh, malu apa pulak? Dah tentu hariraya... memang tradisinya kunjung berkunjung. Pa okey jer... kamu yang nak malu sangat, kenapa?"
"Ni bukan kes nak kenen-kenenkan abang dengan anak dia, kan?"
"Kalau dia ada anak dara pun apa salahnya? Boleh ma berbesan dengan BFF ma tu."
"Ni yang tak best ni..."
"Eh? Kalau cantik molek orangnya... kan rezeki tu?"
"Ma please!"
"Okey-okey... takde kenen-kenennya. Strictly kunjung berkunjung." Afterall... dia yang kena drive untuk ma dan pa, kan? Suka tak suka kena ikut arahan.


(3)

"IBU," bisik Nadiya mencuit bahu Puan Habsah yang sedang bersalaman dengan tetamu2 yang datang marhaban. "BFF ibu dah sampai," tambahnya sambil menunjukkan bekas mangkuk tiffin.
"Di mana?" Soal Puan Habsah, teruja. "Ajak masuk kak!"
"Di khemah luar."
Puan Habsah menapak keluar untuk menyambut BFFnya. Noor Aini ditemui di PPUM semasa sahabatnya itu datang untuk medical check-up di tempat dia bertugas.
"Ani!"
"Chah!"
Mereka berpelukan. Lama. Melepas rindu la tu.
"Alhamdulillah... jumpa jugak kau rumah aku, kan?"
"Kalau alamat yang diberi tu betul... tentulah jumpa." Ucap Noor Aini.
"Kau datang sorang aje ke?"
"Tu!" Jari dituding ke arah suami di pintu gate sedang berkenalan dengan suami BFF.
"Anak teruna kau, mana?"
"Tu haa..." Noor Aini menunjuk ke arah Adam yang sedang mengambil gambar makanan di meja buffet dengan telefon pintarnya.
Puan Habsah senyum melirik. Mereka berdua sudah berpakat mahu menjodohkan anak-anak mereka jika diizinkan Allah.
"Kacak menantu aku," gumam Puan Habsah.
Serentak itu, Adam berpaling.
"Doc!" Panggil Habsah.
"Sister Habsah... what a coincidence."
"You two knew each other?"
"Of course...." sahut Habsah. "...he is my favourite surgeon. I selalu assist dia Ani."
OMG!! Nadiya dan Puan Noor Aini jatuh rahang bila Sister Habsah merangkul lengan Dr Fazirul Adam. Mereka beriringan jalan mencari meja untuk sambung perbualan tanpa menghiraukan Noor Aini dan Nadiya yang terpacak memandang.
"Jom aunty masuk..." ajak Nadiya. "...kita ikut orang marhaban."


(4)

NADIYA renung wajah ibunya. Tak senang hati betul bila dia nampak ibunya begitu rapat dengan anak teruna Aunty Noor Aini tadi. Ayah masih tercongok lagi... tak kan ibu ada skandal kot?
"Kamu dah kenapa? Macam ayam berak kapur jer?"
"Ibu yang buat hal... ibu tanya akak pulak?"
"Aik? Ibu buat apa?"
"...yang bersok sak sok sek dengan anak teruna Aunty Ani tu apa?"
"Oo... itu pasal kerja la."
"Ye la tu!"
"Ye la. Ayah tak sibuk... kamu pulak yang nak marah-marah kenapa? Jealous la tu."
Eh?


(5)

"ABANG ada skandal dengan Aunty Chah tu ke? Lain macam aje ma tengok?"
Adam yang sedang memandu pulang memandang cermin pandang belakang. Ma, Puan Noor Aini sedang merenungnya, tajam.
"Eh, mana ada? Aunty Habsah tu Sister di PPUM la ma. Dia selalu assist kalau ada major operation."
"Kamu dah kenal sangatlah dengan dia?"
"Kenal sangat tu takde la..." jawab Adam. "...tadi dia nak confirmkan masalah patient jer... kenapa?"
Puan Noor Aini dah kelat muka melihat aksi BFFnya yang rapat lain macam dengan anak terunanya di majlis marhaban tadi. Dia sudah mula meletak syak wasangka. Manalah tau jika dia pula yang terjatuh hati dengan anak terunanya. Kan haru?
"Kalau nak sambung berbincang pasal kerja pun... tunggu la di hospital nanti."
"Patient dia tenat di ICU... tak tahu sakit apa. Takut silap diagnose nanti... timbul masalah lain pulak. Itu yang dia mintak pendapat Abang."
"Aunty Chah takde cerita apa-apa selain masalah kerja?"
"Takde pulak. Kenapa ma?"
Hisy!! Kata nak bincang pasal jodoh anak-anak... dia bukak cerita lain pulak. Bebel Puan Noor Aini dalam
Tengahari itu, Adam bertembung lagi dengan Nadiya. Kali ini, mereka berebutkan cili api yang kebetulan hanya tinggal 2 bungkus.
"You ni... sibuk betul la. Apa yang I nak masak... you nak jugak." Marah Nadiya. Hari ini dia bercadang buat mihun sup. Kena ada sambal kicap baru ngam.
"I nak buat tahu bakar kena ada sambal kicap jugak. Kalau sebungkus aje mana ada kick?"
"Mana boleh makan pedas-pedas sangat... nanti kena buasir baru tau."
"Eh, bukan I yang makanlah... ini untuk tetamu."
"You guna cili merah tu pun boleh."
"Mana boleh? Tak sedap nanti macam mana?
"You masak lainlah."
Adam dapat idea. "Macam ni la..." Kebetulan bibik belum balik dari cuti lebarannya di Palembang. Ma dah bising-bising tiada yang membantu di dapur. Sepanjang cuti raya ni... dialah yang terpaksa membantu ma. "...I beri you 2 bungkus cili api ni... dengan syarat you kena datang rumah I tolong my mom masak."
Apahal pulak? Tapi bila dia fikir balik... Aunty Ani tu okey jer. Setakat tolong-tolong masak... kacang jer tu.

"Okey... deal."


------------------------------------------- bersambung ------------------------------------------- 



December 19, 2017

Bila Kompang Dipalu - Azam & Ara

(41)

"MAMA!" Panggil Ibrahim tengahari itu yang baru pulang dari Genius Aulad.
"Ada apa?" Soal Puan Maimon yang sedang menggaul serunding di dalam kuali. Si Ara call tadi minta dibuatkan kuih cucur badak. Banyak-banyak kuih boleh dia terfikirkan cucur badak... pelik, kan?
"Tolong call Abang Azam suruh datang sini. Ayim nak ajak main guli."
Puan Maimon geleng kepala. "Abang Azam tu bukan abang Yem. Tak boleh call suka-suka hati jer. Dia orang besar... banyak kerja."

"Esok kan tak kerja?"
"Mana Ayim tau?"
"Esok Ayim tak sekolahlah ma... kan cuti dua hari?"
"Kalau macam tu... esok ajelah kita call."
"Janji?" Ibrahim hulur jari kelengkeng.
Puan Maimon angguk. Dia cangkuk dengan jari kelengkengnya.
"Assalamualaikum!"
"Waalaikumussalam!" Puan Maimon sama menjerit. "Haa... pergi tengok siapa yang datang."
Berlari si kecik tu ke depan. "Yeay yeay! Abang Azam datang! Mama!! Nek Jah datang!" Nyaring suara Ibrahim memanggil mamanya di dapur.
Puan Maimon mematikan api dapur... dia ke depan menyambut tetamu. "Ya puan, sila masuk," ajaknya sambil membukakan mangga di pintu pagar.
Azam mengekor dari belakang dengan plastik berisi buah-buahan.
"Ada apa ni puan?"
"Mak cik datang ni nak renew relationship." Ucap Nek Jah.
"Nek," tegur Azam yang terpandang wajah kerut Puan Maimon.
"Eh, ingat lesen, roadtax aje kena renew?" Jawab Nek Jah lancar. "Dulu tu kita sama kita jer... itu sebab tak diberkati. Nak sorok-sorok buat apa? Dah tentu mereka suka sama suka, kan?"
Puan Maimon senyum. Segan dengan Puan Halijah Halim, Pengarah Urusan Syarikat Bumi Raya Enterprise ini. Tak kisah langsung datang ke rumah orang kebanyakan macam dia.
"Macam ni Mon..." Nek Jah buka mukadimah elok dia melabuhkan duduk. Si Azam di luar terpaksa melayan Ibrahim bermain guli.
"Hari Ahad ni... kita buat majlis pertunangan official, untuk Azam dan Ara..."
"Puan..."
Nek Jah kembangkan tapak tangan kanan. "Semua mak cik tanggung," ucapnya. "Ara boleh pilih baju dari butik Mama Suriati. Khemah dan makan-makan, mak cik dah tempah dengan Indah Catering. Mon dan Mail cuma jemput jiran-jiran jer."
Puan Maimon ternganga. Terkejut kot dia tak perlu keluar belanja. "Itu aje?"
Nek Jah angguk. "Kali ni baru budak-budak berdua tu tak boleh buat perangai. Pening kepala mak cik ni Mon."
Puan Maimon angguk faham.
"Kita berjamu dengan nasi putih dan lauk-lauk kampung jer. Air... sirap bandung soda. Pergh! Ngam choi tu musim-musim panas macam ni."
Puan Maimon angguk senang hati sambil teguk liur sendiri 



(42)

"LAAA... buat apa mama pandai-pandai setuju?"
Aik? "Apasal tak boleh pulak?" Puan Maimon pelik.
"Azam tu kuat cemburu la ma. Ara keluar dengan Shamsul bakal suami Rina pun dia dah sibuk datang sampai ke Singapura tu mintak penjelasan."
"Eh, memanglah. Kalau papa pun." Sampuk Encik Ismail. "Kamu bertunang dengan dia... yang kamu keluar dengan Shamsul buat apa?"
"Baik mama call Nek Jah, cancel jer majlis tu."
"Takde..." Puan Maimon sama tunjuk keras kepala. "...kalau kamu yang tak suka... kamu beritahu sendiri. Malu mama ni nak letak mana?"
Ara bangun. Dia mencapai kunci kereta dan memulas tombol pintu. "Ara settlekan hal ni kejap."
Puan Maimon dan Encik Ismail berpandangan. "Lantak dialah!" Marah Encik Ismail. "Nak ikut kepala dia aje."
Azam sudah menunggu di depan gate ketika Ara sampai. Ara mematikan enjin kereta dan melangkah keluar dengan beraninya. Dia mendekati Azam.
"Saya tak nak kahwin dengan awak."
Azam yang tersenyum-senyum tadi terus tegak membatu. Matanya buntang. "Kenapa?"
"Awak tak teguh pendirian."
"Nenek saya dah urus semuanya Ara. Lusa tengahari majlisnya."
"Sekarang ni siapa yang nak kahwin? Awak ke nenek awak?"
Azam garu kepala. "Excuse me?"
"What?"
"You are talking about my nenek yang I sayang sepenuh hati. Dia yang bersusah payah ke sana sini untuk menjayakan majlis kita. She does not deserve this humiliation. I don't mind cancel the event if that's what you want."
Tidak disangka Mama Suriati yang sedang mengintai terdengar setiap biji butir perbualan. Dia juga garu kepala tak gatal.
Ini semua asal dari dia punya angkara. Sekarang ini... masing-masing sudah tidak sehaluan. Baru tadi ketawa-ketawa waktu makan malam membincangkan tentang majlis yang sudah diatur. Kini... sudah terdengar pula khabar dukacita.
Suriati terasa amat bersalah. Dia duduk termenung di biliknya mencari idea. Tadi ibu mentuanya memanggil balik untuk makan malam sama-sama. Ada khabar gembira, katanya. Tidak disangka pula Ara tidak mahu menerima anaknya.
'Ya Allah! Tolonglah hambaMu ini. Berilah petunjukMu. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.' Suriati memanjat doa.



(43)

SURIATI tidak lena tidurnya malam itu. Pelik dia memikirkan apa yang terjadi. Sekejap baik sekejap lagi gaduh. Ini mesti ada sesuatu yang tidak kena.
Tadi dia sempat berpesan pada Azam untuk tidak memberitahu neneknya tentang keputusan Ara. NOT YET!
"Kesian nenek ma... susah-susah dia atur majlis ni untuk kami... tiba-tiba aje Ara buat keputusan macam tu."
"Shhh!" Suriati letak jari telunjuk ke bibir. "Jangan beritahu nenek dulu. Biar mama jumpa dia esok dan tanya dia kenapa."
"Ye ye aje mama ni. Dia tengok muka mama aje dah takut... ada hati nak jumpa face to face?"
"Try me."
"As you wish ma... good luck!" Azam rasa macam tidak yakin dengan rancangan mamanya. Namun dia sudah pasrah.
Keesokan harinya... sehari sebelum majlis...
Suriati keluar awal dari hari-hari Sabtu selalunya. Dia ke La Cucur di KLCC. Biasanya Datin Laili ada di situ bersarapan dengan teman-teman setianya yang bertiga itu.
"Hahaha!" Terdengar gelaknya. Disambut oleh yang bertiga.
Suriati terhenti di situ tanpa ada sesiapa yang sedar akan kehadirannya dek teruja dengan gosip terbaru.
"Lepas tu... lepas tu," Datin Arini tidak sabar ingin tahu.
"I cakap dengan Ara... kalau kau teruskan dengan perkahwinan ini... I will make sure your father, ditukarkan ke Kalimantan."
"You ada contact ke? Mana you dapat info?" Tanya Datin Arini.
"Lepas dia malukan I hari tu... I koreklah. Nak kerjakan orang tua Cik Jah tu, tak sampai hati pulak. Buat macam ni... biar satu family dia pulak malu. Hahaha..." dia ketawa tak hengat 
"Tapi kesian kot kat budak perempuan tu... mesti teruk dia kena sumpah dengan Puan Halijah."
"That's not my problem... tapi I takde la sampai plan nak bunuh orang macam 'dia' tu, kan?"
Suriati yang hanya duduk dipisahkan oleh dinding tepi restoran itu mendengar punca segalanya. Memang yang berlaku itu semua bermotifkan dendam... yang berasal dari dirinya sendiri. Betul kata mentuanya.... dia silap memilih kawan. Perbualan kawan-kawannya itu sempat dirakam. Dia kemudian terus ke rumah Ara untuk memujuknya meneruskan rancangan.






(44)

SEPANJANG perjalanan, gelak jahat Datin Laili tadi terdengar-dengar di telinganya. Kau nak main kotor ya? Kau belum betul-betul kenal aku siapa. Bisik hati Suriati. Siaplah kau!
Dia berpatah balik. Akalnya mengajak dia menjalankan satu agenda. Dia harus mencari dimana wanita jahat itu memarkir keretanya. Eleh! Dia bukan baru kenal dengan wanita yang tidak boleh berpanas dan berhujan itu. Macam dia tu puteri dari kayangan.
Selama ini dia layan sahaja rentak Datin Laili. Tapi bila keluarganya dijadikan bahan permainan... memang dia sengaja tempah maut. Maka sekonyong-konyong datanglah akal jahatnya.
"Sue!" Panggil mentuanya elok dia menutup rapat pintu rumah malam itu.
"Ya mak!"
"Ada Ara datang butik test baju untuk majlis esok?"
"Dah mak... Sue dah settlekan semuanya."
"Good girl," puji Puan Halijah. "Dah... pergilah naik tidur. Esok kamu VIP untuk majlis tu."
"Terima kasih mak... assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Azam yang sengaja menunggu mamanya pulang malam itu duduk menonton TV bisu. "Ma!" Panggilnya perlahan bila kelibat wanita itu melintas ruang menonton. "How was it?"
Suriati senyum sambil menunjukan ibu jari dan jari telunjuk yang dicantumkan.
"Serious?"
"Trust me... I'm your mother."
"Azam!" Jerit Puan Halijah dari bawah. Dia memang tidur di bilik bawah. Tak kuasa nak turun naik tangga, katanya.
"Ya nek!"
"Awak pun kena tidur jugak. Esok tengah majlis kang mengantuk pulak."
"Ai ai nek!" Dia off TV dan berlalu ke biliknya dengan 1001 persoalan yang bermain di minda.
Suriati berdiri di hadapan cermin dalam biliknya. Dia senyum sendirian. "Good girl." Dia ajuk cakap mentuanya sambil buat cap jempol.



(Finale)

AZAM hanya memerhati perlakuan mamanya sepanjang pagi itu. Lepas solat subuh, mama terus on TV dan duduk menghadap TV1... kejap TV2... kejap TV3 dan ditekan2 terus remote itu entah mencari channel apa.
Azam yang lalu lalang ke biliknya hanya perhatikan aje. Dia tahu ada sesuatu yang mama lakukan semalam sehingga mama berjaya meneruskan misi hari ini.
"Sue!" Panggil Puan Halijah.
"Ya mak!" Jawabnya dari tingkat atas.
"Kita gerak lepas zohor... dalam pukul 2 tau?"
"Baik mak!"
Sejuk hati Puan Halijah bila menantu seorangnya itu sudah berubah rentak. Lembut dan sopan sekali. Alhamdulillah... dia mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi.
Tepat jam 1 tengahari di TV3...
"Mula-mula dibacakan tajuk-tajuk berita. Seorang wanita berstatus Datin telah ditangkap atas tuduhan memiliki 200 gram ganja yang disorokkan di dalam enjin keretanya, tengahari semalam 23 September 2017 di kawasan parkir bangunan Menara Kembar Petronas, (KLCC) Kuala Lumpur.
Wanita itu mengaku tidak bersalah dan akan dihadapkan ke mahkamah di bawah seksyen 39(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori."
Tut! Peti TV terus dimatikan.
Amekau!! Suriati rasa puas hati. Sekarang ini koreklah lagi, bebelnya dalam hati. SAC Zulkifli Ali, Ketua Bahagian Jenayah Narkotik dari Bukit Aman pun tak mampu nak tolong. Hahaha....
"Azam! Dah siap?" Jerit Suriati memanggil anak kesayangannya. 




TAMAT 



Bila Kompang Dipalu - Azam & Ara

(36)

"KAMU ni dah kenapa?" Tanya Nek Jah. "Mundar mandir... aku nak nonton pun tak senang. Macam ayam hilang anak."
Suriati dilihat ke hulu ke hilir dengan henset di tangan. Macam sedang menunggu panggilan penting. Dari siapa?
Rancangan dia semua tak menjadi. Si lelaki upahan tidak menjawab panggilan. Ditinggalkan mesej, tidak dibalas. Dah kena tangkap agaknya. Suriati mulai lemas dan cemas.
"Mak, Azam mana?"
"Keluar kot?" Jawab Nek Jah. "Tadi nampak dia dah turun... pakai smart. Kenapa?"
"Sue ada benda nak cerita dengan mak." Bisik Suriati sambil toleh kiri kanan mencari line clear.
Azam yang baru mahu menapak mendaki tangga terhenti. Dia pasang telinga.
"Apa dia?" Sergah Nek Jah. Menantu dia ni bukan boleh percaya sangat. Ada jer idea yang bukan-bukan.
Suriati letak telunjuk di bibir. "Tadi siang... Sue nampak Ara datang butik dengan seorang lelaki. Kata Zila dia orang datang tempah baju nikah..."
"Haaa... nikah?" Jerit Nek Jah, terkejut.
"Mak..." tegur Suriati dengan jari telunjuk di mulut. "...25 November ni di masjid Putrajaya."
"Anak siapa?"
Suriati hulur kad nama yang diberi Zila siang tadi.
"Anak Dato' Kamaruddin?"
"Mak!! Macam mana dengan anak Sue?" Rengek Suriati.
"Dia dah tak sayang Azam ke?"
"Mak! Tolonglah anak Sue, mak... pleaseee!!"
Nek Jah sempat menjeling melihat wajah Suriati yang rupa orang meneran sembelit. "Esok mak tanya dengan Dato' Kamaruddin tu sendiri." Ucap Nek Jah. "Hisy! Ini tak boleh jadi... mana aci main caras-caras awek orang," marah Nek Jah.
Azam terdengar perbualan antara Mama Suriati dengan Nek Jah. Sentap gila kot? Rasa macam hati dah terlambak ke lantai. Pecah berderai. Hancur luluh rasanya. Dia mengundur dan terus ke pintu mencari udara. Mintak nyawa.... mintak nyawa!



(37)

"NEK," panggil Azam yang redah masuk ke dalam bilik pejabat Puan Halijah tanpa ketukan, tanpa salam.
Puan Halijah angkat wajah. Cermin mata dilurutkan ke batang hidung. "Yes, Encik Azam... what can I do for you?"
"Siapa nama lelaki anak Dato' Kamaruddin tu?"
"Why? Does it matter to you?"
Azam terus membongkok... meletakan dua tapak tangan ke atas permukaan meja. Wajah Puan Halijah direnung. Tajam sekali seolah mahu membaca isi hati.
"Nek please?" Ucapnya lembut. Gaya macam nak makan orang. Hehehe... "I need to settle this once and for all." Aura Puan Halijah, nenek yang sangat menyayanginya itu tidak mampu dikasari.
"Apa yang Azam nak buat?"
"You don't have to know, nek.."
"Janji tak buat yang bukan-bukan baru nenek beritahu." Puan Halijah pun pandai ugut2 juga. Wajah cucu itu dipandang minta dibuat perjanjian.
"Azam janji," katanya dengan tangan kanan diangkat gaya dalam kandang pesalah di mahkamah.
"Betul ni?"
"Nenek... kalau dia dah boleh bahagia tanpa Azam... I need to move on with my life. Please? Azam nak dengar dia confess yang dia memang dah tak sayang Azam. Itu aje."
"Shamsul Kamal."
"Thanks nek." Dia cium pipi Puan Halijah kiri dan kanan. "Azam mintak cuti hari ni to sort things out. Wish me luck!" Ujarnya sambil menapak ke pintu. "Babai nek."
Puan Halijah tidak sempat bertanya lanjut. Entah dari mana dia dapat cerita tentang anak Dato' Kamaruddin... musykil pula rasanya.
Puan Halijah tekan butang interkom. "Dayana... masuk kejap."
Sepuluh saat kemudian, "Ya Puan?"
"Buatkan appointment saya dengan Kamaruddin & Co., waktu lunch di Seri Pacific. Kalau dapat... terus suruh Pak Akob get ready."
"Baik Puan."
"Oh! Make sure temujanji tu dengan Dato' sendiri. Ini urusan peribadi. Tell him... urgent matters."


(38)

"PUAN Istikharah!"
Ara angkat wajah dari menyemak dokumen bila namanya dipanggil. Puan? Peliknya. Tak pernah pulak Suzy Kwan tu panggil dia puan.
"Your husband is waiting outside... Encik Khairul Azam wanted to see his wife." Ayat ni dia tekan lebih sikit. "This is the problem with long distance relationship." Dia bebel macam mak nenek.
Empat pasang mata di dalam Legal Department itu ambil perhatian. "Oh! She is married." Seolah mereka berpakat menjawab serentak.
Husband eh? Bila pulak dia dah pernah goncang tangan tok kadi menikah dengan aku? Ara juga bebel dalam hati. Bengang bila Suzy Kwan perli dia tadi sambil jeling2.
Sebaik turun ke aras bawah, dia sudah nampak figura Azam beberapa meter dari pintu ofisnya. Smart, dengan rambut yang bersisir rapi mengikut piawaian. Dua tangan disorokkan ke belakang. Adalah tu... nak buat surprise konon. Tapi memang surprise pun... dup dap dup dap jantung dibuatnya. Azam lempar senyum segaris elok terpandang Ara.
Ara tidak mampu mahu menyembunyikan keterujaannya melihat Azam sanggup datang ke Singapura pada hari bekerja, tanpa panggilan dan pesanan terlebih dahulu. "Hai sayang!" Tegurnya tanpa sedar.
Azam telan liur mendengarnya. Biar betul? Memang masih sayang ke? Dia baru jer datang nak pujuk-pujuk.
"What brought you here?"
"Here's for you!" Azam hulur sejambak bunga yang disorokkan di belakangnya tadi.
Ara tenung wajah lelaki itu. "Thanks."
"Can I have a hug?"
"Excuse me?"
"Just kidding." Azam tunjuk muka comel.
"Kenapa awak beritahu Suzy, awak suami saya?"
"Strategi. Agar awak senang dapat keluar."
"Last week, tiap-tiap hari Mama Suriati beri bunga, tulis 'I am sorry.' Hari ni dia suruh anak dia hantar bunga tu sendiri ke?"
"Mana ada? This is my effort tau? Sebab yesterday awak balik, tak inform saya."
"Oops! Sorry." Ara buat muncung. "Awak nampak saya ke?"
"Siapa Shamsul Kamal tu?"
"Anak Dato'Kamaruddin."
"Saya tau. Tapi apa hubungan dia dengan awak? Siap dah tempah baju nikah bagai?"
O... oh!



(39)

"KUS semangat!" Puan Halijah urut dada. "Nasib baik Cik Jah takde sakit jantung." Dia buat pengakuan. "Cucu sorang tu aje dah macam ni punya haru. Bayangkan... orang yang cucu dah berbelas-belas tu?"
"Terkejut saya tadi bila PA Cik Jah cakap ada urgent matters. Ingatkan kenapalah..." kata Dato' Kamaruddin.
"Bimbang dia buat kerja yang bukan-bukan Din... budak mudalah katakan."
"Tak dengar cerita pun Azam dah bertunang dengan Istikharah tu?"
"Among family members jer. Ara tak bagi heboh... takut kena bahan dengan kawan-kawan. Shamsul tu anak kamu yang nombor berapa?"
"Yang sulong Cik Jah. Ada lagi dua orang lelaki masih belajar."
"Rosni sihat? Tak pernah nampak dia sekarang ni... ada buat bisnes?"
"Dia sibuk menulis... nak jadi novelis macam Fauziah Ashaari yang ada Ombak Rindu... macam Siti Rosmizah yang ada Lafazkan Kalimah Cintamu."
Bersemangat Dato' Kamaruddin bercerita tentang isterinya Datin Rosni yang semenjak dua menjak ini sudah berubah hobi.
Puan Halijah angguk-angguk macam burung belatuk. Dia kan pengikut setia drama-drama melayu adaptasi? Jangan kelentonglah...
"Nanti nak keluarkan filem sendiri katanya, macam Ramlee Awang Mursyid yang akan tayangkan Tumbiruo di pawagam 12 Oktober ni."
"Baguslah... jangan dok melepak dengan kawan-kawan ke sana ke sini. Takde manafaat langsung." Ujar Puan Halijah. "Suriati pun Cik Jah suruh bukak butik. Biar dia rasa payah cari duit sendiri."
"Kenapa tetiba Cik Jah ambil alih syarikat?"
"Family matters. Panjang ceritanya Din. Biar jer la Cik Jah pegang jawatan tu. Cik Jah dah buat wasiat nak dihibahkan pada siapa."
"Bijak Cik Jah. Jangan sampai kita dah tak ada... yang tinggal ni bergaduh berebut harta."
"Itulah... dia orang ni mana pernah tau yang susah-susah tu? Zaman mula-mula Pakcik Amin bersampan ke hulu ke hilir sungai mencari kayu bakau untuk dijual pada peraih. Ikut kerja di kilang buat arang tu. Duduk dalam relau yang macam sauna tu. Sampai dia berjaya bukak syarikatnya sendiri."
Dato' Kamaruddin angguk. Dia ingat sangat kisah tu... sebab dia berkawan dengan Malek anak Puan Halijah. Bila cuti sekolah dia kerja sambilan di kilang kayu arang tu untuk cari duit poket.
"Cik Jah jangan susah hati. Bakal isteri Shamsul tu kawan baik Ara. Ara yang recommend Sue's Boutique tu... butik bakal mentua, katanya."
"Suriati tu yang kelam kabut sangat."
"Yelah kan? Tambah-tambah pergi tempah baju nikah dengan Shamsul pulak?"
Berderai ketawa mereka mengingatkan salah faham yang berlaku.



(40)

NEK Jah tadi di biliknya menunggu sehingga sampai masuk waktu Isyak... sempat wirid-wirid dan mengaji sikit. Tapi di luar terasa sepi sekali. Tiada kedengaran suara sesiapa maupun bunyi suara dari peti TV.
"Yani!" Nek Jah tegur Bibik Yani yang sedang menyediakan mi soto untuk makan malam. "Azam dah balik?"
"Baru sebentar bu. Dia langsung ke atas."
"Nampak dia gembira ke bersedih?"
"Mukanya serius sekali bu."
Hisy! Itu yang Nek Jah terus naik ke atas, mencari cucunya di bilik. Nak tau juga apa cerita yang dibawa balik.
"Lailahailallah! Apa lagi yang tak kena ni?" Tegur Nek Jah yang melihat Azam termenung di berandah bilik.
Azam menoleh dengan muka yang ketat sambil mengelap rambut basahnya. "Ara tu nek, dia mengaku Shamsul tu bakal suami kawan baik dia... tapi pergi ikut orang tu buat baju nikah kenapa?"
“Kihkihkih!” Ara tadi gelak guling-guling tengok muka cuak Azam. Tapi Azam tak boleh terima. Gaduhlah... apa lagi? Azam yang merajuk terus buat keputusan untuk pulang ke Malaysia. Maka... kes diantara mereka berdua masih belum dapat diselesaikan.
"Alaaa... dia bawak pergi tunjuk butik mama kamu jer."
"Mana nenek tau?"
"Nenek jumpa sendiri dengan Dato' Kamaruddin tu... dia dah terangkan satu persatu."
"Betul?"
"Betul. Takde apa2lah. Nenek dah terdengar-dengar bunyi kompang dipalu. Tapi kamu ni saja nak suruh nenek mati kempunan menunggu." Bebel Nak Jah. "Nenek tengok Kamaruddin tu bersandar senang hati. Bakal menantu di oversea lagi tengah buat PhD. Kamu aje yang gelabah tak tentu pasal.
Hidup ni jangan cemburu tak bertempat. Beri dia peluang dan ruang... dia pun nak bernafas jugak. Kamu nak kurung dia macam burung dalam sangkar tu? Silap-silap bila terlepas, dia tak rasa nak balik dah."
Azam diam. Ini bukan kes dia kongkong. Ini kes memang dia jinak-jinak merpati... bila didekat, nak tangkap lari.
"Dia tau mama hari-hari hantar bunga ucap kata maaf. Tapi dia buat donno aje nek."
"Tentulah... kamu berdua kan dah putus tunang?"
"Habis tu?"
"Jom kita hantar rombongan meminang. Kali ni kita bagi gempak punya. Bawak pasukan kompang terus. Tak perlu sorok-sorok."
"Ada ke rombongan meminang bawak pasukan kompang nek?"
"Siapa nak marah? Majlis kita, kan?"
"Nek," panggil Azam. "You know what?"
Nek Jah angkat kening bertanya.
"You are the greatest. I love you nek, many-many... to the moon and back!" Dia peluk Nek Jah erat. 


-------------------------------------------- bersambung ----------------------------------------------- 






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...