Assalamualaikum to all........
Sumber ini ku petik dari SINI. Tiba-tiba hari ini terasa nak update N3 dengan pelajaran ini pula. Suka ku kongsikan dengan pembaca sekalian untuk dijadikan peringatan. Semoga kita dapat menilai diri kita sendiri, adakah kita merupakan wanita-wanita yang disenaraikan di bawah ini? Nauzubillah.
6 JENIS PEREMPUAN YANG WAJIB DIJAUHI...
Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Tetapi, jauhilah jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri, nescaya kamu akan bahagia:
1. Al-Anaanah: Banyak keluh kesah. Diberi rumah tidak cukup, diberi motor tidak cukup, diberi kereta tidak cukup...tidak redha dengan penberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia sahaja tanpa menghiraukan perasaan suami. Tidak ada perasaan hormat pada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong, malah apa yang diberi pun tidak pernah merasa puas.
2. Al-Manaanah: Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tidak berkenan, maka akan diungkit segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tidak mengenang budi, tidak bertanggungjawab, tidak sayang dan macam-macam lagi walaupun suaminya sudah memberikan perlindungan padanya.
3. Al-Hunaanah: Ingin kepada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tidak redha dengan suami yang ada.
4. Al-Hudaaqah: Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suami untuk melakukannya. Tidak kira masa, asyik menekan suaminya sahaja. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri dan ingin buat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dia sahaja.
5. Al-Hulaaqah: Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lali dengan ibadah-ibadah asas seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumahtangga dan berkasih sayang dengan anak-anak.
6. As-Salaaqah: Banyak bergosip. Tidak kira pagi petang, siang malam asyik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar di matanya. Di zaman sekarang ini bergosip bukan sahaja berbicara di depan suami, tetapi menerusi telefon juga. Melalui SMS, internet dan macam-macam cara yang lain. Yang jelas, isteri itu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.
Oleh itu, kaum Hawa, berhati-hati dengan sikap anda. Seperti kata orang-orang tua, wajah yang buruk itu pemberian Allah, kita manusia tidak dapat mengubahnya. Namun perangai dan sikap yang buruk itu boleh diubah jika individu itu berusaha untuk ke arah kebaikan, In shaa Allah.
Junie Octovian: A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person ~ Mignon McLaughlin.
No comments:
Post a Comment