September 23, 2011

Andai binatang ada FB..........

Salam Jumaat ... penghulu segala hari....


N3 hari ni saja nak share cerita yang tak logik dengan pengunjung blogku yang tak berapa kerat ni.
Aku kan penulis...menulis apa sahaja yang terlintas di fikiran...di depan mata untuk dijadikan bahan.

Semalam aku tumpang sekaki gelak guling-guling bila si Kakak membaca FBnya....mana tidaknya
aku baru je post N3 'Andai ia pandai berkata-kata......'

Tapi budak ni lagi kretip la...jom layan sat...........

"Kalau binatang pun ada FB, agak-agak apa status mereka?


Nyamuk: Baru lepas ronda rumah ke rumah...kenyang....burp...
               Alhamdulillah.......









Cicak: Isteriku tersepit pintu...........








Kucing Betina: Anak I yang ke 5 baru tanya siapa bapaknya.
                       I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya
                       siapa.













Ayam: Kawan2.....kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah digoreng....I luv U all.....jangan luper wat kenduri arwah untuk I ya?















Nyamuk: Siot!! Sekali drug addict gua hantam... gua
               positif HIV AIDs.......uwaaaaaaaaa!!









Kucing Jantan: Baru je add awek sebelah umah........keturunan Parsi beb!!!



                                                Babi:  Aku bengang betol la......die gi pijak taik kucing
                                                          tapi nama aku yang disebutnye........
                                                          Wei bro! len kali siasat dulu la.....sapa yang berak
                                                          kat depan umah kaw....tension2......




Junie Octovian: Gambar-gambar semua tu aku yang tambah untuk penyedap rasa. Anda ada
                         idea lebih menarik?



September 22, 2011

Just like her Tok Mummy.......

Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all.....................


Wah!! Tidur balik sedap ni. Cuaca pun ala-ala kat Brisbane aritu. Sejukkk je........ tapi kata Angah
kat Brisbane dah masuk Spring....dah mula panas. Kita orang pulak di Malaysia ni sejuk. Tapi kira
ok la tu daripada panas menyengat macam dulu tu.

Tapi bagi mereka yang mempunyai ramai anak yang masih kecil tu macam mana? Pakai bertimbun la
kain baju yang tak kering....mau penuh keliling rumah. Kalau ada keliling? Kalau rumah pangsa, rumah
teres...bagaimana? Sabo je la.........

Aku masih bersila di sofa bersama Toby yang sibuk menyandar menumpang panas badanku. Dia
memang macam tu...kalau tidur mesti nak dekat-dekat dengan orang. Cerita CSI tu masih lagi belum
siap-siap. Nak buat penamat yang bagaimana ni...kalau rumah Jerry Bruckheimer tu dekat...boleh
berguru dengan dia.

Teringat semalam 'skype' dengan cucuku Hana...teringat masa dia datang minggu lepas.......

Hana melayan kucing makan.......

"Mamam...mamam" kata Hana mengarah Toby makan makanan ringannya
yang dituang ke pinggan kucing.

Yang lelain masih takut-takut...si Sojin pula "peduli apa aku!"

Baru Hana senang hati bila kucing semua dah berkumpul makan
makanan ringan yang dituangnya tadi.

Macam tu la hari-hari kerja ku...kini Hana dengan perasaan beraninya mengambil alih tugasku.
Kucing-kucing pun sudah tidak lagi takut dengan kehadirannya di hujung-hujung minggu.

Junie Octovian: Syabas! Inspektor Sahab..........

September 20, 2011

Andai ia pandai berkata-kata...

Assalamualaikum & morning to all.......


Dek kerana hujan yang turun sejak beberapa hari ini...maka kucing-kucing ku tak dapat nak berambat
dekat luar...tapi berambat dalam rumah pulak. Habis bekas kaca biskut raya yang masih bertempat di
atas meja kopi tu terbalik dikerjakan mereka. Mujur terbalik....kalau pecah? Memang pakai tempurung
je la raya tahun depan nanti....kerana kes pecah memecah ni memang kerja kucing-kucing ku. Pasu dari
Sarawak? Pasu besar tepi tangga tu? Bekas butter Pyrex kesayangan? You just name it......

Nak marah siapa la agaknya kan? Teringin nak berhias tapi memelihara kucing pula...tak kan nak 
bela ayam simpan dalam rumah? Kalau tak ada si Toby, Kaka, Ogy, Sojin, Didi & Sandy tu...sunyi 
dan sepi la pulak.


Haisy! Kalau tak pecah..tak laku la pulak kedai pinggan mangkuk, pasu bunga kat Air Hitam, Johor
atau kat Nilai 3 tu kan?

Bagaimana agaknya kalau binatang ni semua pandai berkata-kata dan didengari oleh kita? Apa agaknya 
yang mereka sedang bicarakan? Sedang bergosip jugakah mereka? 
Jom! Kita layan sejenak kisah keluarga kanggaru ini............


"Manusia ni tak reti dok rumah rehat-rehat ke? Nyemak je kat sini...kita tak sibuk pun gi umah dia."
kata bapak Kanggaru sambil mengurut kakinya. "Aku kalau dapat gi tempat dia orang...
dah tentu aku gi massage parlour tu...sedap kena urut dek Amoi Myanmar
atau Mbak Indon. Sakit dah kaki aku ni melompat sepanjang hari."


"Rumah dia orang mana sedap...bertutup rapat pintu tingkap semua. Tak macam kita ni
terlapang aje. Cer tengok kat taman-taman tu ... dia orang pun melepak/melengkar
kalah biawak..." kata emak Kanggaru pula sambil posing maut sebab
dia tahu orang yang datang ke kawasannya akan merakam aksi
mereka di situ.


"Lokek betul dia orang ni...datang la bawak rempeyek ke ...kerepek pisang tanduk ke...
ni lenggang kangkung je...tak kosa aku nak layan."


"Mak! Kalau kita bawak ketupat dengan rendang tu jamu kanggaru ni semua kan bagus?"
"Isy! Jamu keluarga kita pun tak cukup...nak bagi dia pulak."


"Aku ada tart nenas je ni..." kata budak kecik tu sambil mengerling emaknya takut
kena marah. "...ko makan tak?"
""Aku tolak batu dengan kayu je...tu sebab dia orang bagi makan daun. Ni kira alhamdulillah
sangat dah ni...ada juga yang nak bawakkan sekut raya."


Junie Octovian: Gitu la lebih kurang dialog kawanan Kanggaru yang sempat aku rakam semasa
                        menziarah mereka di pagi Syawal......wakakaka

September 19, 2011

Manic Monday...

Greetings to all.........






Junie Octovian: Macam kenal je Skyline yang tengah tu? Going rempit everyone?

September 18, 2011

Silent Sunday....

Salam beautiful Sunday to all.........
Cuti yang berturut-turut sejak Jumaat kerana sambutan Hari Malaysia...menyebabkan
suasana keseluruhan Setia Alam agak sepi.
Kemungkinan penduduknya mengambil kesempatan untuk keluar daerah atau
menyambung lagi raya mereka dengan menziarah keluarga dan teman
yang tidak dapat dilakukan pada cuti raya yang lepas.
Tidak secara langsung...haiwan peliharaan juga
menggunakan masa yang tenang dan damai di pagi minggu ini dengan menyambung
xtvt mereka.


Sungguh kurang sopan....
Kat jalanraya pun boleh la...bukan ada sapa yang lalu pun....
Tuan umah tak sekolah...atas buku pun sedap juga....


Peluk-peluk dalam pasu ni pun best juga...


Dia pun nak juga...sana tak muat sini je la....


Semalam aku dengo tuan umah kata dia orang tak keluar....
aku lepak atas kereta dia la.....


Anak-anak! Jom lepak depan pintu ni...tak ada orang nak datang beraya dah....


Junie Octovian:  Kucing pun perlukan suasana tenang dan sunyi. Arghhh!! Damainya...........






September 16, 2011

Hari Malaysia....

Salam 1 Malaysia to all........


Ini adalah N3 selingan dalam mengenang kembali sejarah kemerdekaan Malaysia yang telah melibatkan
ramai pejuang-pejuang tetapi telah di 'terlupakan' akan pengorbanan mereka oleh anak-anak muda amnya
dan generasi sekarang khasnya.

Aku juga anak merdeka tapi masih ingin tahu...masih terasa mahu sama berada memperjuangkan
kemerdekaan ketika itu. Betapa mereka yang terlibat dalam usaha murni yang sehingga kini telah
memberi kesenangan kepada anak cucu dan cicit mereka itu memang wajib dikenang selagi hayat
dikandung badan.

Kisah Spy Junie akan bersambung kemudian kerana N3 ini memberikan laluan untuk seorang pejuang 
kemerdekaan yang lahir di Kampung Siong, Sibu Sarawak dan mengakhiri riwayat beliau di tali 
gantung di usia semuda 17 tahun pada 2 Mac 1950. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan 
bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah SWT.


Rosli Dhoby ~ 1932 - 2 Mac 1950





Didapati bersalah menikam Gabenor British sarawak yang kedua..
Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun
di Sibu pada 3 Disember 1949


Setelah 46 tahun bersemadi di Tanah Perkubuan Penjara Kuching....
pada 2 Mac 1996...keempat-empat pejuang kemerdekaan yang turut sama digantung
iaitu Morshidi Sidek, Awang Ramli Amit Awang Matsaruddin dan Bujang Suntong...
diberikan pengkebumian semula negeri, di Makam Pahlawan Sarawak,
berdekatan dengan masjid Bahagian Sibu.

Keempat-empat buah keranda yang mengandungi tinggalan jenazah diselimuti dengan
bendera Negeri Sarawak sbagai menunaikan salah satu daripada wasiat
Allahyarham Rosli Dhoby.


wasiat yang ditinggalkan...




Junie Octovian:  Berterima kasih kepada setiap insan yang telah memperjuangkan kemerdekaan
Malaysia dari dijajah. Mereka yang mewarisi kemewahan hidup dari hasil perjuangan mereka itu
hendaknya mengucapkan berbanyak syukur dan seharusnya berjanji akan meneruskan dan
memelihara kemerdekaan yang sedia ada.
                         Beliau digelar sebagai penjenayah ketika itu oleh rakyat Sarawak sendiri. Sedangkan
beliau begitu obsess/taksub dalam memperjuangkan hak asasi sehingga sanggup berkorban nyawa.
Kita serahkan pengorbanan beliau kepada Allah SWT yang Maha Mengetahui akan apa yang
tersirat dan tersurat di dalam jiwa dan sanubari keempat-empat mereka yang terkorban di tali gantung
itu.
                         Mahukah anda? Bersediakah anda? Lu pikir la sendiri!



September 15, 2011

Spy Junie....

Salam & Good Day to all..........


Kita masih bersiaran dengan kisah Spy Junie...ala-ala Spy Myeong Wol gitu...cer bukak channel
391 hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam waktu tempatan.

Ikuti kisah Spy Junie selanjutnya..........

Spy Junie yang baharu sahaja menandatangani misi itu dikehendaki ke suatu tempat untuk mengetahui 
misi apakah selanjutnya dan arahan yang harus dilakukan....


Mission:  Mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang menyerupai kanak-kanak
berbangsa Korea. Kanak-kanak itu diberitakan telah dilarikan ke Korea untuk dijadikan Model Kanak-kanak di sana. Oleh kerana kanak-kanak tersebut belum pandai bercakap...pihak sindiket pasti mereka
akan berjaya melepasi semua pintu keluar dari negara ini.

Spy Junie: " Woi!! Bawak pelan sikit boleh tak? Ingat ni litar Sepang ke? "
Micheal Schumacher: " Can U just keep your mouth shut?"
Platypus ol-ol: " Tape ini akan musnah dengan sendirinya. Dengar dengan teliti. Anda
dikehendaki mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan. Picit muncung platypus ini
utk melihat gambar kanak-kanak tersebut."
Dang Kondi...anak tunggal kepada pasangan OKB yg mempunyai empayar Oil & Gas terbesar di  Miri.
Pasangan itu telah menawarkan sejumlah wang yg besar kpd Syarikat Penyiasat Persendirian Rimau Kayu
utk membawa pulang anaknya dgn selamat.


Isy! Apa dia tak arahkan Ejen Kim dengan Boss Eunhyuk aje untuk misi ke Korea ni? Oleh kerana telah pernah didenda akibat menggunakan telefon bimbit untuk berhubung semasa dalam misi...Spy Junie 
meminta jasa baik dari kenalan lama Lt.Kol Zainuddin Abd Rashid untuk membantu dalam meneruskan misinya.


Lt. Kol ZAR: " I'm very happy to lend a hand."
Oleh kerana misi yang diterima merangkumi tanah besar Asia...maka Lt. Kol ZAR telah membuat perbincangan dengan begitu rapi......


Man 1: " Saya rasa kita boleh arah tentera kita cover ikut jalan darat je Tuan...
kalau ikut udara nanti bimbang dia orang syak pulak."
Man 2: "Betul tu Tuan..."
Lt. Kol ZAR: "Tapi saya hendak tentera kita berada di setiap pelabuhan dan Lapangan
Terbang juga...orang jahat ni memang banyak idea. Tengok hari tu di Seksyen 15 Shah Alam...
dekat Restoran Mamak pun dia orang boleh rompak...banyak betul idea dia orang." Katanya panjang
lebar sambil bercekak pinggang. "Kumpulkan tentera kita...saya nak beri penerangan
dengan jelas dan teliti. Saya mahu misi kita berjaya dan memberi nama
kepada pasukan tentera kita. Terutama di bawah pimpinan saya,"


Sepasukan tentera yg dikumpulkan utk misi mencari dan menyelamat yg akan
diketuai oleh Lt. Kol ZAR........


Yang ini kah? Bukan...yg ini dah beso...


...bagaimana pula yg ini? Bukan..setelah diteliti ternyata dia budak lelaki....


...adakah yg ini? Aiseymen...rambut lebih kurang la...tapi dia budak lelaki ....


Kalau yg ini? Dah ada rupa dah tu...tapi kenapa pakai songkok? Isy! sindiket sekarang ni
macam-macam cara dia nak menipu......


Yang ini pulak? Cemamai rambut budak tu dikerjakannya...konon tak nak kasi orang
kenal la tu kan? Tapi bukan la...yg ni matanya beso sangat....


How about this one? ...hurmmmmm...*sambil membandingkan gambar Dang Kondi dgn ibubapanya*
...not very sure yet la...dia orang cakap...budak tu nak dijadikan Kid Model....
tak kan gaya gini kalau model?


Dang Kondi bersama ibu dan bapanya....


Sah!! Ini la kanak-kanak pompuan yang dikatakan itu...
tengok! diarahnya budak sekecil itu bergaya macam orang beso?
Eee,,, mendera namanya tu......


Hah! Ni lagi....
Memang sah...inilah kanak-kanak yg dimaksudkan itu.
Tapi bagimana kita nak menyelamatkannya?


                                                                   ~ bersambung ~



September 13, 2011

Itu tidak adil...

Salam agents and spies 77....


Kisah sambungan selepas Spy Junie dihantar ke Strawberry Farm sebagai denda untuk bekerja 24/7..
manakala Ejen Salikin dikatakan selepas mendapat pujian daripada Pak Menteri Besar kerana rekaan
yang dihasilkan sangat memuaskan hati itu telah dianugerahkan pula dengan percutian bertaraf  'Lima
Bintang'.....

Saksikan........


Ak ala.....mana aci....dia dapat gi London la......
Tengok ar...siap gedik-gedik santai lagi....


...dapat tepukan gemuruh atas kejayaannya...kena iring dengan ramai pompuan tu....


Tengok tu! Dah bersiap nak ke concert kumpulan
'My Chemical Romance' lagi....

Ini tidak adil!!
Manakala Spy Junie masih mundar mandir di Strawberry Farm.........

Mandore: "Lambat betul lu kija (kerja) la nyonya...ini macam bila boleh siap?"
Spy Junie: "Wa satu olang...lain bulan pun belum tentu siap lorh...."
Mandore: "Lu tak tau ka...itu ejen Salikin sudah sign satu lagi mission? "
Spy Junie berpusing lipat maut...."dia mana mau pigi (pergi)?"
Mandore: "Itu mission bely sikelet (very secret)...wa mana tau?"

Ejen Salikin yg sedang menandatangani misi seterusnya.....
Apabila diberitahu akan pencapaian cemerlang Ejen Salikin...Spy Junie yang tadi dah ala-ala siput babi 
bekerja dengan pantas macam lipas kudung....

Yang akhirnya berjaya juga melepasi denda yg dikenakan
kerana menunjukan prestasi yg baik....
sedang menandatangan untuk misi seterusnya.....

Thank You Pek! Oops...Big Boss..........

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...