N3 ni saja nak tunjuk dan memuji akan kepantasan pihak MPH dalam perkhidmatannya menerusi
belian online.
Novelis Noor Fadzillah Omar add aku di pesbuk beberapa hari sebelum aku berangkat ke OZ. Dia
ketika itu sedang rancak mempromosi novel terbarunya yang bertajuk 'Jangan Sebut Namaku'.
Aku approved dan beritau dia...selepas pulang dari lawatanku di Brisbane nanti...akan ku cari novelnya.
Oleh kerana semasa aku menjejakkan kaki ke Malaysia ni hanya beberapa hari sebelum Ramadhan...
maka keutamaan diberi kepada sambutan Ramadhan dan persediaan menyambut Syawal.
Seminggu sudah hariraya berlalu...aku dah mula melilau mencari bahan-bahan terbaru untuk menjadi
makanan minda. Masa pula tak mengizinkan aku berwindow-shopping atau melepak di MPH/Popular
sepertimana dahulu. *Dah jadi nenek kan...tak proper la ~ pompuan pulak tu. Cuba datuk? I mean...
datuk yang bercucu la...bukan yang berpangkat datuk tu*
Kebetulan si Adik sibuk nak cari buku MUET...dah ke hulu ke hilir sampai ke Sunway sana pun masih
tak ketemui. Maka dia cuba online shopping....
'Ma...kalau order dengan MPH online...dia kata ada buku tu. Tapi tak berbaloi beli buku satu kena
delivery cas tujuh hengget.' dia pandang ke arah ku yang sedang tekun membuang biji-biji anggur
yang dibeli oleh si Kakak.
*aku cakap beli yang seedless kan? ~ dalam hatiku berkata*
'Hah!!' aku baru teringat...dah dia order online tu...baik terus tanya pasal novel Noor Fadzillah.
Boleh order sekali. '...tolong tanyakan novel Jangan Sebut Namaku? penulis dia Noor Fadzillah Omar.'
Adik tak banyak songeh...taip sana taip sini... 'Dah! Empat puluh dua hengget termasuk delivery cas.'
'Ok...ON.'
Baru sampai petang semalam... |
Ganas la online shopping ni...baru order malam kemarin...petang semalam dah sampai? Selamat aku
tak payah nak drive ke MidValley sana mencarinya....minyak...tol & parking lagi? Tujuh hengget tu
okey la kan...hantar depan rumah lagi.
Junie Octovian: Thanks to MPH atas perkhidmatan yang cemerlang....and GDex, too.
No comments:
Post a Comment