Salam & morning to all........
N3 kali ni nak berdrama pulak....saksikan gambar di bawah serta dialognya....
Teraju Utama: Me (opkos la tuan tanah)
dgn pembantu watak: Fairouz Yousof
Huda Rahman &
pelakun tambahan: Farieda Kim
Halid Omar
Lokasi: Di sebuah kawasan taman perumahan lama *peratikan rumah di belakang yang telah
dipanjat oleh semak samun*
Me: Huda! Cer meh tengok...Huda punya barang ke yang tinggal ni?
Huda Rahman: Eh? Rasanya kita orang tadi datang lenggang kangkong je?
Me: Beg sapa lak ni?
Farieda Kim tak sabo-sabo datang mendekati....sementara Halid Omar agak ragu-ragu...bimbang
dengan bungkusan segala bagai ni...semenjak dua menjak orang rajin meninggalkan beg dan
bungkusan.
Halid Omar: Biarkan aje la kat situ...kalau dadah kang...naya kita...
Dasar adik yang tak mendengar kata....*curious nak tahu apa ada di dalam beg*
Me: Bukak aje la tengok...apa ada di dalam?
Sebaik bungkusan di dalam beg dibuka.........
Fairouz Yousof: Isyy! * sambil menutup hidung* busuknya!
Huda Rahman terkejut dan sedikit terkebelakang.....
Farieda Kim terus terberhenti langkahnya yang tadi sedikit kepoh ingin tahu *Hana takut...
sambil urut-urut dada* kot la perompak mana yang tertinggal jongkong emas atau duit
berikat-ikat hasil dari rompakan mereka.
Me: MasyaAllah! Apa yang bergerak-gerak tu? Macam ulat sagu je?
Terdengar hilai ketawa dari sebuah TOTOTA WISH yang bergerak deras meninggalkan lokasi.
Farieda Kim: Woi Liesa!! Ko punya kepok lekor & budu ni tinggal la........
Ternyata budu yang dah terpecah botolnya dan keropok lekor yang dibawa oleh Uteh sekeluarga
dari Golden Sand, Kelantan beberapa hari lalu semasa beraya di sana telah becampur gaul menjadi
satu dan memberikan bau 'impak maksima' kepada kami yang tinggal.
Liesa Azemi (hanya suara tanpa wajah): Itu kita orang buang la...wat apa amek? *menjerit dari dalam
kereta*
Fairouz Yousof & Huda Rahman merasa lega...
Aku aje yang masih tinggal tertanya-tanya...*sebab dia orang letak tepi kereta aku*...memang nak
kena ni......
Tapi *sambil gosok-gosok dagu memikir* kenapa kita orang beraya kat sini ek? CER TEKA?
Junie Octovian: Berhati-hati dengan bungkusan yang berupa beg atau kotak atau beg sampah yang
sengaja ditinggalkan berhampiran anda...hubungi pihak berkuasa dengan segera.
No comments:
Post a Comment