Dek kerana hujan yang turun sejak beberapa hari ini...maka kucing-kucing ku tak dapat nak berambat
dekat luar...tapi berambat dalam rumah pulak. Habis bekas kaca biskut raya yang masih bertempat di
atas meja kopi tu terbalik dikerjakan mereka. Mujur terbalik....kalau pecah? Memang pakai tempurung
je la raya tahun depan nanti....kerana kes pecah memecah ni memang kerja kucing-kucing ku. Pasu dari
Sarawak? Pasu besar tepi tangga tu? Bekas butter Pyrex kesayangan? You just name it......
Nak marah siapa la agaknya kan? Teringin nak berhias tapi memelihara kucing pula...tak kan nak
bela ayam simpan dalam rumah? Kalau tak ada si Toby, Kaka, Ogy, Sojin, Didi & Sandy tu...sunyi
dan sepi la pulak.
Haisy! Kalau tak pecah..tak laku la pulak kedai pinggan mangkuk, pasu bunga kat Air Hitam, Johor
atau kat Nilai 3 tu kan?
Bagaimana agaknya kalau binatang ni semua pandai berkata-kata dan didengari oleh kita? Apa agaknya
yang mereka sedang bicarakan? Sedang bergosip jugakah mereka?
Jom! Kita layan sejenak kisah keluarga kanggaru ini............
"Lokek betul dia orang ni...datang la bawak rempeyek ke ...kerepek pisang tanduk ke... ni lenggang kangkung je...tak kosa aku nak layan." |
"Mak! Kalau kita bawak ketupat dengan rendang tu jamu kanggaru ni semua kan bagus?" "Isy! Jamu keluarga kita pun tak cukup...nak bagi dia pulak." |
Junie Octovian: Gitu la lebih kurang dialog kawanan Kanggaru yang sempat aku rakam semasa
menziarah mereka di pagi Syawal......wakakaka
No comments:
Post a Comment