Jom!
Kat mana-mana je la aku ni kan? Jap sana...kejap sini....ferning! Tahun ni kita orang beraya kat
Setia Impian je la. Korang tak tau ke betapa aku terpaksa meredah kesesakan lebuhraya nak balik
ke Selatan tu?
Mak aih! Bertolak pagi pun sesak...petang lagi la...siap dengan panas yang membahang tu lagi + tengah
puasa last yang sepatutnya nak berbuka dengan gumbiranya bersama bonda tercinta dan sanak saudara
tapi berakhir dalam kesesakan yang maha dahsyat sejak beberapa tahun yang lalu.
Itu belum masuk sakit perut masa dalam perjalanan balik dari Johor ke Shah Alam...insiden yang
meremangkan bulu roma nak kena tunggu ke R & R yang berikutnya...pastu manusia...masyaallah....
punya la ramai yang nak menggunakan tempat tu...Tuhan sahaja la yang tahu betapa mereka yang
yang sedang mengalami masalah sebegitu...isy...isy...isy!
Pengajaran dan pengalaman itu telah mematangkan kita....maka tak payah nak kelam-kabut segala
bagai....kita relax dulu....kang yang dikejar tak dapat...yang dikendong berciciran pulak ~ peribahasa
tu...bagi anak-anak yang nak mengambil peperiksaan UPSR, PMR & SPM...take note ~
Ala...kat sini pun aku buat je ketupat..masak rendang...sayur lodeh...sambal kacang tu semua. Cuma
suasana hariraya tu aje la yang agak kureng. Cuma...selepas dari insiden yang tidak dapat dilupakan
itu...maka kami telah berusaha tidak akan memakan menu yang berunsur pedas di musim perayaan.
Nampak gaya pun anak-anak prefer Kari Ayam/Daging berbanding dengan Rendang (di musim
perayaan sahaja).
Jom kita cuci mata dengan menu raya ku yang mudah dan simple............
Kari ayam, sambal kacang & kuah lodeh... |
Siap untuk dimakan...... |
Tart Nenas....... |
Agar-agar tradisional.... |
Biskut Oreo...... |
Biskut Tiram.... |
Cheesetart & Kek Gula Hangus.......... |
Dalam malas dengan rajin itu sempat jugalah kami menyediakan beberapa resepi kegemaran dan
diharap habis dimakan kerana di tahun-tahun yang sudah....biskut-biskut ini hampir bertemu raya
Haji. Mereka lebih gemarkan kerepek, muruku dan rempeyek. Tapi kalau tak ada biskut raya ni
macam tak meriah pulak, kan?
Junie Octovian: Alhamdulillah....bersyukur kerana masih dapat melakukan ibadah berpuasa
Ramadhan pada tahun ini sekali gus meraikan hari kemenangannya. Amin.
No comments:
Post a Comment