September 12, 2011

Majlis Penganugerahan....

Salam & morning to agents and spies '77........


Sempena kecekapan Misi di Brisbane yang hanya mengambil masa sehari sahaja untuk menjejak
dan mendapat kembali manuscript yang penting itu...maka Boss Hugo, Madame Hood, Ejen Kim
dan spy Junie telah dipanggil untuk menerima anugerah di atas kecekapan mereka.

Boss Hugo & Madame Hood disambut di Lapangan Terbang Sultan Ismail di JB oleh
Ejen Senior Rahman Abas untuk ke Majlis
Penganugerahan itu.

Boss Hugo & ejen Kim sedang memeriksa list nama-nama
mereka yang terlibat sama mendapat penganugerahan.

Boss Hugo: "Cer tengok...siapa lagi yg dapat anugerah kecekapan tu?"
Ejen Kim: "Panjang listnya...nama kita ber4 aje yg ada...yg lelain tu untuk misi lain..."
Boss Hugo: "Ei? Boss Eunhyuk dari Phuket tu tak dapat ke?"
Ejen Kim: "Mana ada...dia tu relax je...sempat membuta dalam kapal tu. Ingat..dia orang
tak ada pasang CCTV ke?"

Madame G-Da dari G-Dex telah menyampaikan anugerah khidmat cemerlang
kami pada hari tersebut.

Aku geram je tengok...ada ke dia yg dapat pengiktirafan tu lelebih...bukan aku ke
yang kulu kilir...kena manjat tebing segala bagai?
Tapi menurut Madam G-Da dalam ucapan pembukaannya tadi...."Atas kecekapan
Boss Hugo mencari dan memberi maklumat yang tepat...maka misi di Brisbane hanya memakan
masa sehari sahaja dan beliau (Boss Hugo) telah banyak menjimatkan masa/tenaga & wang
Syarikat PI Rimau Kayu."
Ek eleh! ayat jeles....

Sementara menunggu Ejen Kim........

........menerima anugerahnya kerana misi ke Phuket aritu
selamat............

Spy Junie bersama ejen Kim, Boss Hugo & Madame Hood........
apakah misi kami seterusnya?
Pasni nak jumpa ejen-ejen yg baru habis mengikuti Perjumpaan G77.....

TAHNIAH !!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...