September 15, 2011

Spy Junie....

Salam & Good Day to all..........


Kita masih bersiaran dengan kisah Spy Junie...ala-ala Spy Myeong Wol gitu...cer bukak channel
391 hari Isnin dan Selasa jam 8.00 malam waktu tempatan.

Ikuti kisah Spy Junie selanjutnya..........

Spy Junie yang baharu sahaja menandatangani misi itu dikehendaki ke suatu tempat untuk mengetahui 
misi apakah selanjutnya dan arahan yang harus dilakukan....


Mission:  Mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang menyerupai kanak-kanak
berbangsa Korea. Kanak-kanak itu diberitakan telah dilarikan ke Korea untuk dijadikan Model Kanak-kanak di sana. Oleh kerana kanak-kanak tersebut belum pandai bercakap...pihak sindiket pasti mereka
akan berjaya melepasi semua pintu keluar dari negara ini.

Spy Junie: " Woi!! Bawak pelan sikit boleh tak? Ingat ni litar Sepang ke? "
Micheal Schumacher: " Can U just keep your mouth shut?"
Platypus ol-ol: " Tape ini akan musnah dengan sendirinya. Dengar dengan teliti. Anda
dikehendaki mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak perempuan. Picit muncung platypus ini
utk melihat gambar kanak-kanak tersebut."
Dang Kondi...anak tunggal kepada pasangan OKB yg mempunyai empayar Oil & Gas terbesar di  Miri.
Pasangan itu telah menawarkan sejumlah wang yg besar kpd Syarikat Penyiasat Persendirian Rimau Kayu
utk membawa pulang anaknya dgn selamat.


Isy! Apa dia tak arahkan Ejen Kim dengan Boss Eunhyuk aje untuk misi ke Korea ni? Oleh kerana telah pernah didenda akibat menggunakan telefon bimbit untuk berhubung semasa dalam misi...Spy Junie 
meminta jasa baik dari kenalan lama Lt.Kol Zainuddin Abd Rashid untuk membantu dalam meneruskan misinya.


Lt. Kol ZAR: " I'm very happy to lend a hand."
Oleh kerana misi yang diterima merangkumi tanah besar Asia...maka Lt. Kol ZAR telah membuat perbincangan dengan begitu rapi......


Man 1: " Saya rasa kita boleh arah tentera kita cover ikut jalan darat je Tuan...
kalau ikut udara nanti bimbang dia orang syak pulak."
Man 2: "Betul tu Tuan..."
Lt. Kol ZAR: "Tapi saya hendak tentera kita berada di setiap pelabuhan dan Lapangan
Terbang juga...orang jahat ni memang banyak idea. Tengok hari tu di Seksyen 15 Shah Alam...
dekat Restoran Mamak pun dia orang boleh rompak...banyak betul idea dia orang." Katanya panjang
lebar sambil bercekak pinggang. "Kumpulkan tentera kita...saya nak beri penerangan
dengan jelas dan teliti. Saya mahu misi kita berjaya dan memberi nama
kepada pasukan tentera kita. Terutama di bawah pimpinan saya,"


Sepasukan tentera yg dikumpulkan utk misi mencari dan menyelamat yg akan
diketuai oleh Lt. Kol ZAR........


Yang ini kah? Bukan...yg ini dah beso...


...bagaimana pula yg ini? Bukan..setelah diteliti ternyata dia budak lelaki....


...adakah yg ini? Aiseymen...rambut lebih kurang la...tapi dia budak lelaki ....


Kalau yg ini? Dah ada rupa dah tu...tapi kenapa pakai songkok? Isy! sindiket sekarang ni
macam-macam cara dia nak menipu......


Yang ini pulak? Cemamai rambut budak tu dikerjakannya...konon tak nak kasi orang
kenal la tu kan? Tapi bukan la...yg ni matanya beso sangat....


How about this one? ...hurmmmmm...*sambil membandingkan gambar Dang Kondi dgn ibubapanya*
...not very sure yet la...dia orang cakap...budak tu nak dijadikan Kid Model....
tak kan gaya gini kalau model?


Dang Kondi bersama ibu dan bapanya....


Sah!! Ini la kanak-kanak pompuan yang dikatakan itu...
tengok! diarahnya budak sekecil itu bergaya macam orang beso?
Eee,,, mendera namanya tu......


Hah! Ni lagi....
Memang sah...inilah kanak-kanak yg dimaksudkan itu.
Tapi bagimana kita nak menyelamatkannya?


                                                                   ~ bersambung ~



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...