September 12, 2011

Jejak Kasih...

Salam buat Geng 77..........


Selepas Majlis Penganugerahan...Spy Junie menelefon Ejen Zara untuk mengetahui akan Majlis
Perjumpaan G77 yang dihadirinya bersama ejen-ejen yang lain. Biasa la Ejen sorang ni gembeng
sikit...ala-ala Neng Yatimah...sebab tu Mr. Chilli Anjal tidak memberikan assignment untuknya
cover luar negara...

Saksikan........


Spy Junie: "Amacam majlis kita?"
Ejen Zara: "Best giler beb...kita orang dah macam dalam TV3 Jejak Kasih ni....mujur dia orang tak
cover majlis tu...kalau tak tentu kena panggil dengan Mr. Chilli Anjal ke KL nanti."
Spy Junie: "Ooo ye ke?...ko kem salam kat dia orang la."
Ejen Zara: "No hal...U take care."
Spy Junie: "I will. Thanks."


Ejen Zara: "Macam mana ko boleh kurus lak ni? Bukan marin masa kita sama-sama  dalam
Kursus PI tu badan ko berisi ke?"
Ejen Anne: "Ko ingat senang ke terima Misi Jelajah Sekolah tu? Bebudak perangai haru beb...jaga pulak
anak-anak Menteri, Datuk segala bagai tu? Sabo je aku..."


Ejen Habsah yg kesedihan kerana ditegur masih tak besar-besar...sedangkan dia ditugaskan untuk cover PPUM
...si Yati yg dulunya kenit je dah beso dari dia....
Nasib baik Ejen Roy yg bertugas menjaga Markas bahagian Southern ada untuk menyabarkannya.


Datuk Zack (Boss Southern Region): "Jom! Jom! Saya kenalkan awak dengan ejen-ejen yang lain...
nasib baik awak terselamat dari serangan tentera US dalam misi mencari Osama Ben Laden di Afghanistan tu."
Ejen Sarajul Haq: "Malu saya Datuk...pompuan semua ni..."


Ejen Zainah: "Datuk...saya dengar Spy Junie dalam senarai terima anugerah untuk misi ke Brisbane
aritu....saya bila lagi?" bercakap sambil muka maintain ayu semasa sesi bergambar untuk dirakam masuk
Majalah G77......


Ejen Zainah: "Mana ejen Salikin? Aku nak jumpa dia...nak tempah baju untuk Majlis Anugerah."
Ejen Zara: "Dia dengan Menteri Besar tadi...dia kena amik ukuran Menteri Besar dulu."


Sesi bergambar selepas berjamu sakan.....


Pssst! Dapat misi baru ke?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...