February 24, 2011

Aku, Inche' Jamil & Latifah.....

Sowie! Dah lama nak cerita kisah aku dan cik Latifah, tapi asyik terkoner je...

Masa Inche' Jamil ( bukan nama sebenar ) dihantar berkhidmat ke Kalimantan Barat tu la dia dah terkenal dengan cik Latifah ni yang berasal dari Pontianak. Kalau dah nak jadi cerita tu...entah macam mana kebetulan dia pun sibuk mencari kerja dan ada la kekosongan jawatan dekat kawasan perkebunan bapak-bapak dari Malaysia ni.

Maka, dah nak jadi jodoh dia orang... walau keluar air mata darah sekali pun...Inche' Jamil dah tak pandang ke belakang lagi. Dia just go on, 'whether you like it or not' ~ bak kata Uteh Juhara. Nak jadi cerita untuk aku...berkahwin la mereka di sana tanpa pengetahuan aku. Member yang lain entah suka entah kesian pun aku tak berapa nak tau dah. Tapi ada seorang tu dengan beraninya datang ke rumah memberitahu bahawa Inche' Jamil dah menikah lagi satu.

Nak dibuat macam mana selepas peristiwa yang mengguris hati dan perasaan itu? Puas ku pujuk dengan pelbagai gaya...semuanya tak mau menjadi. Inche' Jamil pun tak mau melepaskan. Bila aku mengalah dia pulak nak pijak kepala. Dalam hal ini memang aku puji diri sendiri la...aku ambil part yang baik sahaja kerana aku telah berjanji kepada diri ku sendiri, aku tak akan jadi jahat kerana dia. Oleh kerana segala percubaan tidak mencapai matlamatnya, maka aku minta diri. Mengalah bukan bererti kita kalah.

Tanggungjawab dah ku serahkan sepenuhnya kepada cik Latifah. Suka dialah nak buat macam mana. Aku percaya dengan ketiadaan aku, Inche' Jamil baru terjaga dari lenanya yang panjang. Baru perasan banyak kekurangan ...namun dah itu menjadi pilihan. Tak sempat nak berbalik ke pangkal jalan kerana dia sudah terlalu jauh meninggalkan.

Biasa la manusia ni..dah terhantuk baru nak tengadah. Nasi sudah menjadi bubur dan satu lagi pepatah...walaupun luka itu sudah sembuh, parutnya tetap ada.

Perebutan kuasa itu tidak lama rupanya...entah apa janji Allah untuk dia. Sejak pemergian Inche' Jamil, dia hanya ada aku dan anak-anakku sahaja. Untuk Allahyarham...kami lakukan sedaya upaya, agar dia bahagia di sana. Walaupun dia pergi tanpa kata...aku tahu apa yang perlu ku lakukan untuk meneruskan hari-hari yang berikutnya. DIA yang menyuluh jalan untuk ku sepanjang masa.

Kini...segala usaha ku tidak sia-sia..anak-anak sudah berjaya. Cik Latifah mengenang jasa ku untuk dia. Aku sentiasa doakan yang terbaik baginya. Jika dia senang...aku dan anak-anak pun senang juga. Cik Latifah sudah pun bertemu jodohnya untuk kali kedua. Harap dia bahagia untuk selamanya. Amin!

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...