February 18, 2011

Begitu kehendak Tuhan...Chapter 6

            Siapa kita untuk melawan kehendak Tuhan? Walau dah diusahakan dan dirancang sebaik mungkin...takdir tidak menyebelahi aku. Entah apa yang menyebabkan rumah itu tidak betah didiami aku pun tidak tahu. Ada sumpahan ke sebelum ini? Kena sampai tujuh keturunan ke? Entah!
            Aku yakin dan pasti rumah itu dihasilkan dari usaha dan titik peluh yang bukan sedikit. Tatkala teman-teman seperjuangan sedang hidup bersenang lenang di usia muda, kami hanya bertapa di rumah dan kekadang terpaksa mengikat perut. Nasib baik ketika itu anak masih kecil...dan kami pun masih muda dan kuat tenaga untuk melalui dugaan itu.
            Dari mula rumah itu didirikan, aku tinggal dengan dua orang anak lelaki ku yang masing-masing masih kecil dan tak mengerti mengapa dan kenapa mereka harus hidup berasingan dari bapanya. Sayang! Rumah dah siap, namun suamiku ditukarkan pula ke daerah lain. Maka, apabila dia menyuarakan agar aku dan anak-anak tinggal di situ, aku tak membantah. Itu arahan dia yang bermakna aku ni tak begitu diperlukan untuk berada bersamanya. Aku akur...
            Tidak lama selepas hanya beberapa bulan...aku diarah mengikutnya pula dan rumah itu ditinggalkan kepada adik lelaki bujangnya untuk menjaga. Setelah aku mengikut suami berpindah ke Perak, kami memang sudah tidak ambil tahu tentang rumah itu. Aku pernah menyuarakan pada suamiku setakat bertanya. Tapi dia kata biarkan sahaja. Nanti bila kami bercadang nak tinggal semula di situ, baru akan difikirkan tentangnya. Aku akur lagi....
            Dua puluh tahun selepas itu, aku pulang dengan harapan akan terus kekal di situ dan kali ini dengan dua orang anak perempuan yang sudah remaja pula. Anak lelaki ku yang dua orang tadi kini sudah berjaya dalam hidup dan kerjaya mereka. Amin!
            Begitu kehendak Tuhan....sempat kami beraya dua kali di rumah itu...aku berpindah lagi. Tanpa suami....manusia begitu berani menceroboh kehidupan kami yang sudah aman dan damai itu. Walau aku sangkakan tempat itu begitu selamat kerana dikelilingi dengan orang bangsa kita sendiri dan seagama lagi. Biasa la...ada sesetengah yang tidak bisa melihat kita lebih daripada mereka kan? Aku keluar sehelai sepinggang dan rumah itu ku tinggalkan bersama pusara suami ku yang tidak mungkin dapat ku bawa bersama.
            Aku akhirnya terdampar di sini bersama dua orang anak perempuan ku tadi...mengemudi hidup yang berbaki. Menanti dan membilang hari apa pula bakal terjadi selepas ini. Doa ku titipkan setiap kali solat ku lakukan. Semoga Allah tunjukkan jalan dan terpelihara dari segala kemungkaran. Amin!

                                                                                                                   ~ bersambung ~
    

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...