
Isy! Bulu roma dengan sendirinya meremang tak pasal-pasal. Sudahnya aku sendiri yang tidak senang nak buat kerja. Maka pada pagi itu aku buat kerja macam orang tak ikhlas aje...siap macam bunyi orang nak bertukang pun ada. Bagi riuh-riuh sikit macam orang cina nak halau hantu gitu.
Samy yang berhenti rehat pada pukul sepuluh setengah pagi itu mungkin merasa hairan mendengar. Memasak ke bergaduh? Barangkali begitu fikirnya kerana tetiba dia terpacak di tingkap dapur elok aku memusing badan dari tungku dapur ke singki. Kalau aku ni jenis yang melatah..sudah tentu dia tu ku simbah dengan air. Dah la dia tu mendung kelabu...yang nampak jelas cuma mata dan giginya sahaja.
Aku berpaling mengurut dada...kus semangat! Namun aku cover la keterperanjatan aku tadi lalu bertanya. 'Ada apa?'
'Bunyi macam ada gaduh la..itu pasal saya mari tengok.' Katanya sambil mnyeringai. '...lagipun...saya sekarang, makan time.'
'Ohh!..Tak ada la...' Aku sama menyeringai. Tapi dia di luar tingkap...aku pula di sebelah dalam. 'Rumah banyak besar la...itu pasal sikit langgar sudah bunyi banyak kuat.' Cewah! baik punya cover. Lepas tu aku terfikir pulak...nak bohong pun agak-agak la...macam si Samy tu baru kerja dekat situ? Dengar khabar dia tu bekerja sejak dia bujang lagi kot? Pekerjaannya yang pertama dan terakhir...kebarangkalian la...
'Apa masak? bau banyak sedap la..' Dia bertanya sambil kembang kuncup hidung menghidu.
'Asam pedas.' Aku beritahu. '...awak ada makan Melayu masak ka?' Aku tanya lagi. Aku pun dah bunyi loghat Hindu.
'Saya punya rumah semua sudah pandai masak Melayu punya.' Dia beritahu dengan bangganya. '...tapi saya banyak jaga makan pasal ada kincing ( loghat Hindu ) manis.'

'Saya sini juga rehat.' Tangannya menunjuk ke arah bilik orang gaji di sebelah belakang.
'Okey..' aku dah terasa senang hati.
Siap memasak, aku mula menghidang kerana suamiku bakal pulang pada jam sebelas pagi untuk makan. Ni lagi satu cerita...kalau hanya bersarapan ringan sahaja, suamiku akan balik awal untuk makan tengahari. Semasa menyiapkan meja makan, aku teringat waktu ke pasar tadi aku ada membeli sebungkus roti Gardenia dan telah aku letakkan di atas meja. Sambil menapak ke dapur semula itu aku mengingat...siapa yang mencuri roti tadi? Aku tersalah letak ke? Tapi rasanya aku ni bukan jenis pelupa. Nak tuduh si Samy...dia memang tak masuk ke dalam. Kami hanya berborak di tingkap dapur sahaja. Isy! Tambah suspens ni....
~ bersambung ~
No comments:
Post a Comment