February 24, 2011

Setia Impian

Aku memulakan hidup baru di Setia Impian menggantikan Pondok Indah. Aku berharap aku akan setia di sini atau sekurang-kurang tidaklah akan berpindah randah lagi. Wallahualam. Itupun atas kehendak Tuhan juga. Kerana aku hanya hambanya yang dapat merancang masa depan, namun DIA juga yang menentukan.

Harapan ku impian akan menjadi kenyataan. Begitu juga pada kalian semua aku pasti mengharap atau mengimpikan sesuatu yang berakhir dengan kenyataan. Bermimpilah kerana mimpi itu indah. Kekadang tu dengan hanya bermimpi dah rasa kenyang, dah rasa puas hati kerana kalau kita bermimpi yang tak mungkin tercapai dek tangan tu memang mustahil akan terjadi. Tapi tak tentu juga la sekarang ini kalau tetiba Allah mahukan ia terjadi....maka terjadi la ia....only HE knows.

Begitu juga dengan diriku yang menginginkan sesuatu jika dikaji selidik memang mustahil. Begitu juga kalau orang yang berniaga ni...katanya tentu ada pasang surutnya, ada untung dan ruginya. Kalau kena rugi dulu... memang aku dah banyak kerugian. Masa baru membuat cadangan sahaja minda ku dah membayangkan yang indah-indah belaka.

Aku hendak juga jadi macam jutawan kosmetik, arwah Sosilawati tu. Tapi tak sempat nak pelajari ilmu dari dia bagaimana dia boleh berjaya hanya dengan berniaga kosmetik. Sebelum ni aku pandang aje papan tanda yang mengiklankan kosmetik dia. Langsung tak teringin nak mencuba. Sebab AVON tu lebih menarik. Aku siap simpan katelog AVON yang dihantar ke rumah tiap-tiap bulan. Tak kan nak beli lipsticknya tiap-tiap kali ada promosi pulak. Yang sebatang tu pun tak berabis pakai.

Entah la...cuba juga ikut seorang teman yang membuat jualan langsung barangan Zhulian. Nampak dia berjaya  siap berhenti kerja dan pakai kereta mewah lagi. Tapi tak menjadi juga kerana aku ni jenis yang lembut hati agaknya...sekali orang tu menolak, aku tak tak akan bertanya lagi. Dia dah tak mahu nak buat macam mana kan?

Ada mak cik sorang tu siap cakap, 'laa...bukan emas betul ke? Habis tu tak boleh nak gadai la nanti?'

Aku renung muka mak cik tu....kesian. Nanti dia ingat aku menipu pulak kalau tetiba dia ke kedai pajak, tokeh kedai tu tak mahu menerima barang kemasnya. Kan haru jadinya?

Bayangkan kalau aku ada Octovian's Tower ala-ala Donald Trump gitu. Atau Wisma Octovian ala-ala Wisma Rozali yang berdiri megah di tengah bandar Shah Alam ni. Atau Junie Octovian's Foundation. Itu memang mati meninggalkan nama, namanya tu. Anak cucu akan senyum bangga dengan pencapaian datuk nenek mereka semasa hayatnya. Berangan aje la... berangan tu adik beradik kepada impian. Mengimpikan kepada sesuatu benda yang belum pasti atau mustahil boleh terjadi.

Impian yang boleh menjadi kenyataan hanya menerusi tulisan yang dijadikan cerita berbentuk novel. Di situ kita boleh melahirkan segala impian tanpa halangan. Macam pengarah filem atau drama juga...mereka pun macam aku juga suka berangan. Tapi kalau ceritanya bagus...tak mustahil si pengarah atau penulis tadi boleh menjadi jutawan macam J.K. Rowlings tu kan? Maka buat masa ni tempat ni sesuai kot dengan aku yang setia dengan impian. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...