February 13, 2011

Begitu kehendak Tuhan...Chapter 3

           Setelah hampir sejam di rumah ku...Uteh minta diri untuk ke UTHM menghantar assignmentnya. Nasib baik banglo tu jauh dari kediaman orang lain, maka bunyi deruman Wira merah Uteh itu tak jadi gangguan pada penghuni-penghuni lain yang masih sdang nyenyak tidur mereka di pagi hari Sabtu itu.
           Kini aku bersendirian lagi. Si Adik dan Kakak yang dikejutkan untuk bersolat subuh tadi tu senyap aje...mungkin dah sambung tidur balik. Nak keluar menyiram pokok-pokok bunga terasa masih awal pagi. Bimbang dengan nyamuk-nyamuk Aedes pembawa demam denggi yang keluarnya waktu subuh dan maghrib, maka aku mengambil keputusan untuk menunggu sehingga cuaca menjadi cerah sedikit.
           Aku melabuhkan punggung ke kerusi malas di ruang menonton TV yang masih terpasang dengan suara yang memang sengaja diperlahankan. Mana la tau kalau-kalau ada yang rajin nak membuat panggilan seawal pagi itu.
           Kalau nak difikirkan sekarang ni..memang aku merasa sangat senang. Tak payah nak melayan makan pakai si suami lagi. Tak payah nak berkecil hati dan nak bersusah hati. Aku percaya inilah hidayah yang Allah beri yang aku tidak faham akan maksud kejadian pada awalnya. Setelah pemergian suami untuk selama-lamanya aku masih di sini dan tidak perlu berpindah randah lagi. Jenazahnya yang selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan yang berdekatan memberikan kemudahan kepada aku dan anak-anak meziarahi pusaranya.
           Sesungguhnya dugaan Allah itu amat pedih. Bertahun untuk memujuk hati walau setuju tanpa rela akan kemahuannya. Bertahun masanya ku ambil untuk memulihkan keadaan agar menerima ketentuan Ilahi. Selepas rancangan begini tak menjadi...aku mencuba rancangan yang lain pula. Semata-mata untuk memujuk hati dan memelihara mata yang dengkinya jika terpandang si Muda. Kini aku bersyukur kerana telah berjaya melalui itu semua. Amin!
           'You betul tak nak ikut ni?' Teringat suamiku bertanya pada suatu hari buat terakhir kalinya. Waktu itu suamiku pulang hujung minggu. Dia diperintah untuk berpindah ke utara Semenanjung. Entah kali keberapa dia menanyakan soalan itu untuk mencari kepastian. Selama ini ke mana sahaja akan ku turuti....namun tidak kali ini. Aku dah berfikir lebih seratus kali....biarlah si Muda pula yang menjaga makan pakainya.
           'Tak payah la...Kakak tu nak ambil SPM tahun ni....Angah pulak dah dapat sambung belajar dekat Skudai. Dah dekat kalau dia nak selalu balik. Kesian budak-budak nanti kalau cuti pendek nak ke mana?'
           'Tapi nanti dah jauh-jauh, I tak dapat nak balik selalu.' Katanya sambil mengisi minyak untuk mesin pemotong rumput yang baru dibelinya.
           Aku pun hairan...beria-ia dia hendak memotong rumput sekeliling rumah, siap beli sendiri. Padahal mana dia pernah nak buat kerja-kerja itu semua?
           'Tak apa...anak-anak dah besar, mereka dah faham. Tapi jangan sampai lupa pulak...mentang-mentang kita orang dah boleh terima. Itu tanggungjawab...kalau berat sebelah nanti senget bahu tu.' Aku mengingatkan sambil tangan ligat melipat kain baju yang baru ku angkat dari jemuran sebentar tadi.
           Suamiku hanya diam tak menjawab. Benci dia mendengar kata-kata itu agaknya. Sejak dia beristeri dua ni...setiap orang akan mengingatkan benda yang sama. Macam dia tidak tahu...kalau tidak mana berani dia nak buka cawangan lain? Aku perhati raut wajahnya....pandangannya dikala itu jatuh ke tepi kawasan rumah yang sudah lapang selepas sebatang pokok cempedak menjadi korban. Cadangannya kawasan seluas itu mahu dijadikan tapak untuk bermain tennis atau pun tempat bermain futsal. Jauh dia melamun.
           'Kawasan yang depan ni jangan ditanam dengan apa-apa. I nak biar lapang aje...nak jadikan green untuk practice golf.' Tiba-tiba dia bersuara.
           'No, I won't. I already have my own fair share of the green house.' Pondok orkid di depan tingkap bilik Adik itu yang aku maksudkan. Tak ada masa bilanya aku hendak mengerjakan tanah kawasan depan rumah yang agak luas juga itu. Walau dah ditanam dengan rumpur carpet tu...dia masih memerlukan penjagaan yang rapi. Kalau tidak tumbuhnya tak cantik...berbenjol-benjol.
           'Mintak Angah tolong trimkan...jangan sampai dia panjang.' Semenjak dua menjak Angah dah bujang ni...memang nama Angah yang rajin disebut untuk kerja-kerja sebegitu.
           'No problem, yang itu I pun boleh buat.' Jawabku berbunyi sombong. Tapi memang sebenarnya ia bukanlah kerja yang payah macam mana pun kerana mesin pemotong rumput itu ada. Aku dah pandai mengendalikannya.
           Serta merta suamiku menoleh dengan pernyataan ku yang berbau angkuh itu. Aku pula memandangnya sambil mengangkat kedua-dua belah kening. Ek eleh...bukan dia tak kenal aku yang serba boleh ini? Dia pun sudah mengerti barangkali kenapa aku tidak mahu mengikutnya berpindah.
           'Petang ni I kena balik sana sebab rumah sana barang-barangnya masih belum siap dibungkus. Hari Ahad depan dah kena bertolak...hari Isnin dah kena report duty.' Suamiku memberi penjelasan tentang kesibukkan dirinya.
           Sakit juga hati ku mendengar bila dia menyebut 'rumah sana...walaupun aku telah meredhakan. Apa-apa ajela, fikirku. Yang susahkan dia...siapa suruh dia cari penyakit?
           'Sure...whatever.'
           Suamiku berpaling lipat maut mendengar jawapan dari ku itu...macam bunyi tak ambil kisah akan pemergiannya kali ini.
           Aku faham akan maksud renunganya itu, lalu aku menjawab lagi, 'You pun bukan pergi sorang kan?'
           Dengan pernyataan ku itu, suamiku cepat bangun dan mencapai mesin pemotong rumput tadi dan beralu dari situ.

                                                                                                                             ~ bersambung ~
        

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...