February 9, 2011

Begitu kehendak Tuhan...

           Kisah yang akan kalian baca adalah kesinambungan dari kisah yang tergantung dulu. Jadi dari aku merapu bercerita tentang entah apa-apa..lebih baik aku sambung tentang kisah ku dengan Latifah....
          
            Aku menegakkan badan setelah penat terbongkok menyapu sekeliling rumah. Kalau rumah teres intermediate kan senang...cuma ada pintu depan dan belakang aje. Tak payah nak menyapu laman dan longkang sekeliling rumah. Ini dah la menyapu satu rumah..habis keliling semuanya nak kena dibesihkan juga. Tapi sebenarnya aku tak pernah bersungut pun..itu ku anggap sebagai satu tanggungjawab sahaja. Rumah kita...kita la yang nak kena jaga. Kalau nak mintak tolong dengan orang kena la pulak sediakan ongkosnya. Ada ke orang nak kerja cara percuma?
             'Ma! Uteh call..' panggil si adik yang kalau dah bangun pun memang tak akan keluar dari bileknya sehingga dia terasa lapar perut.
             'Jap!' jawab ku sambil berlari anak masuk ke rumah. Telefon itu beralih tangan. 'Wei, sye me syek?' aku jawab konon dalam bahasa Mandarin..entah betul entah tidak...hantam saja la. Lagi pun hanya itu sahaja yang aku tau kerana sesekali menonton cerita Cina.



            'Andak! esok kita datang awal pagi boleh tak? Nak guna printer la. Kita punya ni dah habis dakwat la pulak.'
            'Not a problem...anytime.'
            'See you tomorrow morning...thanks.'
            'Sure..bye.'
            Uteh tu adik bawah aku...nama penuh dia Juhara yang mengajar di Sekolah Seri Kencana, Macap, sebagai guru bahasa Inggeris. Dia ketika itu sibuk sedang menyambung belajar luar kampus setiap hujung minggu di UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
            Uteh tinggal di Taman Rekamas bersama dengan empat orang anaknya. Suami Uteh, Mohammad Azemi tu sejak tahun bila entah bertugas di Ulu Tiram. Dia macam biskut Chipsmore...kekadang ada kekadang tidak. Jadi kami berdua ni 'ngam choi' la kata cina pun sebab memasing macam ibu tunggal. Tapi nasib Uteh baik sikit sebab Azemi balik tiap-tiap minggu...sedangkan aku cuma jumpa tak sampai sehari dalam masa dua atau tiga bulan. Biasanya suamiku akan sampai di rumah jam 3 pagi hari Ahad dan bergerak pulang jam 5 petang pada hari yang sama.
           Sejak suamiku mendapat arahan bertukar ke Ladang Bukit Hijau, Kuala Ketil, Kedah...aku memang tak bercadang untuk mengikutnya memandangkan anak-anak semua dah besar dan ada yang akan menduduki peperiksaan pada tahun itu. Tak apa la...hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk dia masuk umur bersara. Kalau dah duduk rumah sendiri tak la payah nanti bila waktunya sampai. Niat aku untuk menyenangkan dia dan aku juga sebenarnya. Apatah lagi bila dah berumur ni...kerja lebih sikit aje dah rasa penat sangat.
           Dikedinginan pagi yang sunyi itu....kedengaran bunyi loceng ditekan. Sekali...nyaring pulak bunyinya di pepagi buta ni. Dua kali...dah tau dah. Aku menarik tali telekung dan segera ke depan. Remote pintu pagar ditekan. Menderam Wira merah Uteh yang masuk keperkarangan rumah banglo setingkat itu. Terkejut Toby dan Oprah yang sedang asyik menjilat bulunya di depan pintu di ruang tamu...bertempiaran lari menyorokkan diri.
           Di pekan Simpang Renggam tu siapa yang tak kenal dengan cikgu Juhara? Bunyi Wira merahnya sahaja satu pekan orang dah menoleh memandang. Kereta yang dah elok dibekalkan dengan segala kemudahan itu habis dimodified. Bersayap...ada skirting dan pakai rim 17 inci. Sekali pandang dah tak rupa Wira dah. Ada hati nak pakai Evo..tapi tak kesampaian. Mesti marah jurutera pereka kereta itu kalau tengok ideanya telah diubahsuai. Kalau pandai sangat kenapa tak buat kereta keluaran sendiri kan?
           'Assalamualaikum!' jerit Uteh dari laman. Uteh ni make-upnya tak pernah kurang. Memang dari mula mengajar dulu dia rajin bermake-up.


           'Waalaikumsalam,' aku menjawab dari dalam. 'Nak breakfast dulu ke nak terus buat kerja?' tanyaku  sambil terus ke dapur. Biasanya pepagi ni memang aku akan buat air untuk aku sahaja.
           'Ada breakfast apa pagi ni?' tanya Uteh pula.
           'Tangkap muat aje la...engkau pun dah malam buta baru call...mana sempat nak cari apa-apa.' Memang rumah aku tu jauh pendalaman. Uteh lain la dia tinggal di Taman Perumahan. Kalau nak ke rumah aku tu dia kena melalui rumah kedai dan melintas Jalan Besar Air Hitam ke Johor Baharu. Aku yang payah sikit kalau putus barang dapur sebab nak kena keluar. Agak jauh juga la kalau berjalan kaki. Paling bodoh pun naik basikal atau motor. Kalau berjalan kaki tu..sampai rumah mau sayur habis lecur di jalanan. Kalau beli ais dah jadi air balik. Kalau beli aiskrim Cornetto...entah jadi aiskrim poodle pop agaknya...warnanya dah habis bercampur. Begitu la lebih kurang jauhnya nak keluar dari Pondok Indah, Jalan Anggerik tu.
                                                                                                                 ~bersambung~
        

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...