February 22, 2011

Begitu kehendak Tuhan...Chapter 8

            Rompakan berlaku di Pondok Indah selepas kematian suami ku. Sebelum tu elok aje aku dan dua orang anak perempuan tinggal di situ tak siapa yang peduli. Main jeling-jeling ada la... Jeling tu sebab kami asyik keluar masuk melintasi rumah-rumah pondok mereka dengan berkereta.

            Lama kelamaan aku dapat membaca keinginan mereka itu, kalau boleh mereka mahu menumpang untuk keluar masuk kampung itu. Permintaan mereka itu tidak memenuhi jadual ku maka aku beritahu akan perkara sebenar. Bayangkan kalau aku keluar dengan membawa salah seorang dari jiran yang mahu menumpang dan mengarah aku menunggunya ketika mereka window shopping dari kedai ke kedai? Semasa menunggu mereka di kedai pertama aku masih sabar...dah lama aku menunggu mereka masih belum keluar. Makanya tempat letak kereta di kawasan pekan itu berbayar pula... Nak ku ikut...tak ada apa yang perlu nak ku beli.

            Setelah begitu lama menunggu di dalam kereta...akhirnya keluar juga mereka dari kedai tersebut. Aku masih mampu memberikan senyuman sambil bertanya perli, 'Dah habis borong?

            Aku memandu perlahan untuk menuju ke jalan besar apabila seorang dari mereka minta aku memberhentikan kereta. 'Berenti...berenti!'

            Aku yang terkejut menerima arahan tiba-tiba itu cepat memasukkan kereta ke petak parkir. 'Kenapa?' Aku bertanya.

            Mereka tidak segera menjawab. Pintu kereta itu dibuka dan mereka semua keluar kembali. 'Kejap eh? Nak cari barang kat kedai ni pulak.'

            Mak ai! Dia orang ingat aku ni drebar dia ke? Supir dia ke? Pemandu teksi ke? Cantiknya perangai? Rasa dah nak hilang sabar aku dibuat dek mereka. Padahal kedai itu hanya selang beberapa pintu sahaja dari kedai yang pertama tadi. Alangkah baiknya kalau mereka menapak sahaja ke situ? Tak payah la nak menyusahkan aku keluar masuk kereta macam orang gila pulak. Namun aku masih sabar menunggu. Masuk kandang kambing mengembek...masuk kandang kerbau menguak. Itu yang ku simpan dalam fikiran buat masa itu kerana ketika ini aku orang baru yang akan tinggal sekampung dengan mereka. Tapi apa yang berlaku pada hari itu memang menjadi pengajaran dalam hidupku.

            Begitu apabila kami sudah saling mengenali, aku perasan satu perkara...apa yang aku ada, mereka mahu kongsi bersama macam mereka ada 'share' pulak. Tangga yang kami selalu gunakan untuk kerja-kerja memanjat itu pun dah habis pusing keliling kampung. Dengan beraninya si peminjam pertama tadi akan memberi pinjam kepada peminjam seterusnya. Begitu juga dengan mesin pemotong rumput. Sehingga apabila kami sendiri mahu menggunakannya terpaksa mencari di rumah manakah mesin itu berada. Pelik tetapi benar.

            Akhirnya yang aku pasti...apabila kami sedikit berkeras dan menolak apa jua permintaan yang tidak munasabah dan tidak dapat hendak kami penuhi, maka berlaku la kejadian yang tidak diingini itu. Selepas aku meninggalkan rumah itu dengan hanya sehelai sepinggang, maka sangat gembira la hati mereka kerana dengan mudah mereka bakal mewarisi sebahagian besar harta yang kami tinggalkan.

            Langsung aku tidak menyangka begitu rupanya masyarakat sesama bangsa. Sepatutnya mereka lebih prihatin terhadap nasib yang menimpa aku dan anak-anak ketika itu. Namun apakan  daya? Begitu kehendak Tuhan. Mungkin semua  itu bekal untuk ku di akhirat nanti. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...