February 15, 2011
Begitu kehendak Tuhan....Chapter 5
Semenjak suami ku pergi...aku dan anak-anak cuba menyesuaikan diri hidup tanpanya. Memang agak sukar. Aku terpaksa memenuhi setiap masa terluang dengan kerja-kerja agar tidak ada ruang untuk perasaan rindu itu menjenguk ke dalam hati. Boleh dikatakan sombong juga lah kerana tidak mahu mengaku akan hakikat itu. Tapi aku harus menerimanya kerana itu pilihan ku sendiri....dari hidup menahan sakit hati, lebih baik begini.
Aku tahu sayangnya pada anak-anak tetap utuh dan kukuh kerana itu darah dagingnya. Aku juga tidak akan menahan sekiranya anak-anak mahu menjenguk papanya di sana. Itu hak mereka. Cuma aku sahaja yang dah patah semangat. Bila dia bercadang menduakan aku...aku sedar siapa aku padanya kini. Telah ku kaji secara terpeinci di mana salah ku...namun tidak aku temui kesalahan itu. Aku tanya pada suamiku, namun dia hanya diam membisu. Maka aku pujuk diri ini bahawa dia mahukan yang muda kerana usiaku telah menjenguk senja.
Kalau dia pilih untuk itu, memang aku tiada daya kerana siapa aku untuk merubah masa dan usia? Aku serta merta malu pada diriku sendiri...macam tak pandai nak cermin diri. Sebab itu aku cuba memencilkan diri...biarlah aku tinggal di penjuru dunia dari terkejar-kejar mempertahankan hak aku sebagai isterinya. Namun...ketika dia pulang menjenguk aku dan anak-anak, aku tetap melayan makan pakainya seperti biasa...walau senyum ku hanya pura-pura.
Tak perlu merasa hiba, tak perlu menjeruk rasa...kerana begitu kehendak Tuhan pada hambanya....aku terima qada dan qadarnya yang dah tertulis sejak mula. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kalau bahasa omputihnya berbunyi begini la lebih kurang ~ Everything happens for a reason, though the reason is not always as clear as we would like it to be ~
~ bersambung ~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment