Suamiku pulang tepat pada masanya untuk makan tengahari. Dari awal perkahwinan kami, selepas aku jadi full-time housewife, aku dah boleh hafal dialognya. Turun dari jeep...masuk ikut pintu belakang, tanpa salam dia dah mengarah. 'Bubuh nasi!'
Tapi nasib dia malang sikit la...hari ini aku masak lauk kegemaran dia. Asam pedas ikan parang. Suamiku memang suka ikan yang jenis banyak tulang ni. Kalau tak ikan parang, ikan terubuk atau ikan tamban. Ikan tamban kalau yang masih segar tu goreng pun sodap! Tak pun masak aje asam rebus dan masukkan beberapa batang bendi...pergh! hingga menjilat jari...wa cakap lu.
Makanya...berpeluang la aku nak bertanya semasa dia tekun mencabut tulang ikan. Bab ni dia memang tekun dan sabar tahap gaban. Memang boleh bagi anugerah. 'Did you came back just now?' Kena tanya...mana la tau dia pakat-pakat dengan si Samy supaya jangan beritahu. Kot saja nak takutkan aku.
Suamiku tak mengangkat muka cuma merenungku yang duduk menghadapnya makan dari cermin matanya yang melurut di pangkal hidung. Lama betul dia nak menjawab. Mungkin kepalanya memikir kenapa aku bertanya demikian atau ada apa-apakah yang telah berlaku pada pagi tadi. 'For what?'
Serious je muka dia. Bermakna memang dia tak balik la. Aku pun jawab selamba. 'Nothing...just asking.'
Dia kemudian kembali menyuap. Dia ni memang tak banyak songeh...tak banyak tanya. Asalkan bila dia balik ada benda yang nak dimakan. Tapi dia dah beritahu dari awal pada aku bahawa dia memang tak suka pada makanan yang manis-manis. Tak payah nak menyusahkan diri buat kuih semua tu...masak nasi sudah.
Sesi kedua, waktu anak-anak pulang dari sekolah. Masa ni baru aku join kerana memang masa makan tengah hari. 'Siapa yang patah balik pagi tadi?'
Anak-anak yang sedang menyuap makan itu semua mengangkat muka memandang diantara satu sama lain.
Adik geleng kepala, Kakak geleng kepala dan apabila aku memandang Angah, dia bertanya. 'Kenapa ma?'
'Pelik la...' aku memulakan cerita kerana tak rasa berpuas hati. '....jemput-jemput pisang pagi tadi tu masih ada sepiring. Mama simpan bawah saji. Lepas balik dari pasar, sebiji pun dah tak ada.' Aku bercerita sambil memandang wajah sorang sorang dari mereka.
'Papa agaknya.' Jawab Angah kerana mereka semua tahu papanya memang bila-bila sahaja boleh balik ke rumah.
'Mama dah tanya dia tadi...dia cakap tak ada.' Aku beritahu.
Kemudian enam biji mata itu serentak memandang ke laman belakang di mana Samy di bawah pokok pauh itu sedang menyapu.
Aku faham akan pandangan itu, lalu aku cepat menjawab. 'Hah! Jangan nak menuduh dia pulak. Tak ada bila masa dia dapat masuk rumah ni. Pintu semua berkunci. Tak kan dia nak panjat ikut tingkap atas kot?'
Semua senyap dan kembali menyambung suapan mereka.
'Malam ni papa tak ada...dia meeting MPOA dekat Casuarina Ipoh.' Suamiku Chairman MPOA waktu itu dan dia juga Chairman PIBG untuk Sekolah Rendah Kebangsaan Rantau Panjang tempat dua anak perempuan ku bersekolah. Memang dia tu macam biskut Chipsmore. Patut la awal-awal dia dah suruh aku jadi suri rumahtangga sepenuh masa. Kalau jadi Suri Cruise tu tak apa juga. Eh? Tak bersyukur....
'Nak ikut!' Yang dua perempuan cepat menjawab.
'Dah pergi dah! Lagipun korang sekolah kan?' Semua diam dan menghabiskan nasi di pinggan.
Malam itu aku lepak di ruang TV atas sambil memantau kerja sekolah anak-anak. Senang...agak-agak ngantuk karang, bilik memasing pun dah dekat. Atas meja tu siap dengan makanan ringan semua..tak payah nak turun ke bawah lagi.
Tetiba malam itu pintu bilik ku dikuak. Nampak dua lembaga di muka pintu dari samar-samar lampu tidur di meja sisi katil...............
~ bersambung ~
No comments:
Post a Comment