March 1, 2012

Sentuhan Kasih ~ Bab 6

~ sambungan ~

LEPAS makan tengahari itu, si kecil sibuk membina LEGOnya. Nur Najwa bersila di atas ambal dengan menyandarkan badannya ke sofa sedang membaca novel.

            Najmi yang baru turun lepas bersolat Zohor memerhati dari mata tangga. Dia kemudian datang mendekati dan melabuhkan duduk. Tangan mencapai remote Astro menekan mencari channel apa yang ada menayangkan cerita yang sedap untuk ditonton di hari Sabtu itu. Sana Hindustan...sini Hindustan...eee... boringnya..........

            "Mak Cu balik pukul berapa hari ni?" Najmi bertanya apabila segala gerak lakunya di situ tidak mendapat perhatian.

            Nur Najwa yang sedang membaca itu mengangkat muka. Dia tanya siapa? Matanya menyapu ruang tamu, kotlah ada Cik Tipah sama di situ kan? Bila dia pasti tiada orang lain selain dia dan si kecil Najwa, dia memandang lelaki itu.

           Najmi membeliakkan matanya bertanya. Alaa....bukan besar mana pun sebab mata dia ni sepet aje.

           "Dia tak balik sampai petang esok," jawab Nur Najwa sebab hanya dia dan Tan Sri sahaja yang tahu. Awal pagi tadi semasa Nur Najwa sibuk di dapur, Mak Cu turun dengan back-pack, bertrack-suit dan berkasut sukan. Katanya nak bercamping di Gunung Ledang dengan felo kolejnya. Lepas bersarapan pula, dengan Tan Sri sekali sibuk sama keluar ke padang golf. Cuma pak cik ni sorang ajelah yang tak ada gaya orang nak bersukan.

           "Pergi mana?"

           "Camping dekat Gunung Ledang." Dia tanya satu, aku pun jawab satu.

           "Daddy pun nak pergi campinglah adik. Nak ikut tak?"

           "Hah?" Si kecil kelam bila tiba-tiba namanya disebut.

           "Siapa nak ikut daddy?"

           "You go ahead. I'll stay with mummy," jawab si anak yang sedang tekun membina LEGO itu langsung tidak menoleh memandang wajahnya ketika bercakap.

       
       
          Ai? Peliknya? Tak nak ikut? Biasanya aku nak ke pejabat pun dia melalak nak mengikut, ni apa kes baik sangat pulak? Najmi memandang Nur Najwa, namun perempuan itu juga tekun dengan pembacaannya. Apa yang sedap sangat dengan novel tu? Najmi sedikit menelengkan kepala merenung kulit buku. Diintai Rindu...Junie Octovian. Ek...eleh...apa-apa ajelah mak cik ni...cerita Tamil dia tonton, novel Indon pun habis nak dibacanya. Najmi menelah sendiri. Hatinya sedikit marah kerana tidak dipedulikan oleh sesiapa. Anak sendiri pun tiba-tiba aje minat pulak nak bina LEGO yang sudah berzaman dibelinya.

           "Siapa nak makan ice-cream?"

           "Adik kan baru baik demam?" Jawab anaknya marah. Apalah daddy ni...dah tua-tua pun bodoh...

           "Siapa cakap kalau demam tak boleh makan ice-cream?"

           Si kecil memandang Nur Najwa. "Mummylah..."

           Nur Najwa memandang Najmi. "Eh? Betullah...ada pulak demam-demam nak diberi makan ice cream? Nanti tambah selsema, batuk, hah! Bila nak baiknya?" Lamalah pulak aku kena tinggal sini nanti.

           Najmi bosan...selalu tu tak cukup masa hendak berehat kena melayan anak yang seorang itu. Sejak ada Nur Najwa, dia ditolak tepi pula. Najmi menutup TV. Dia berlari memanjat tangga naik ke biliknya. Dia kemudian turun lagi dengan kamera dan komputer ribanya.

           Nur Najwa hanya mengerling. Entah apa yang nak dibuat oleh Najmi, dia tidak ambil tahu.

       

       

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...