March 2, 2012

Sentuhan Kasih ~ Bab 6

~ sambungan ~


TIBA-TIBA berkelip-kelip cahaya macam kilat menyambar.

            "A'uzubillahiminasyaitanirojim!" Nur Najwa mengurut dada. Hujan tak ada, ribut tak ada tiba-tiba kilat menyambar. Rupanya pak cik sorang yang sedang ke 'boring'an itu sedang merakam gambar anaknya.

           "Daddy...you are distracting me," tegur si anak.

           Ya lah...mengacau betul. Buatlah apa-apa yang boleh dibuat? Selalu tu kalau hari tidak bekerja dia buat apa?

            "Adik ni sejak dah ada mummy, dia sombonglah....ambil gambar dia pun tak boleh." Suara Najmi bunyi orang merajuk. Dia kemudian membawa kamera dan komputer ribanya naik ke bilik. Cadang tadi lepas bergambar tu nak disimpan terus dalam komputer ribanya. Nampak gaya semua tidak menarik minat anaknya.

            Najmi turun lagi dengan jeans dan T-shirt Polo putih dengan nombor 2 yang terdendeng besar di lengan baju. "Daddy going out," jeritnya sambil mencapai kunci kereta.

            "Okey!" Si anak sama menjerit santai tanpa memandang daddynya yang terpacak menunggu reaksi anak di muka pintu.

            Najmi keluar menghidupkan enjin kereta. Namun segala tindakannya masih tidak menarik perhatian si anak. Dia sebenarnya hendak menduga kalau-kalau dia sudah bertukar pakaian si anak akan mengelupur mahu mengikut. Ni apa kes baik sangat ni? Najmi yang menunggu geram. Dia masuk kembali ke dalam.

            "Adik!" Najmi memanggil agak keras.

            Anaknya cepat mengangkat muka memandang daddy yang tidak pernah meninggikan suara. Kenapa?

            Nur Najwa juga sama berpaling memandang lelaki itu di muka pintu.

            "Go upstairs and get change, now!" Perintahnya.

            "Daddy...." anaknya bersuara dalam ketakutan.

            "Najwa...tukar baju sekarang....saya nak bawak anak saya keluar. Kalau awak tak ikut, dia pun tak bergerak."

            Nur Najwa pelik. Apa hal pak cik ni? Dia menutup buku lalu bangun mendapatkan si kecil. "Jom sayang!" Anak itu diangkat ke dukungan dan dia melangkah menaiki tangga.

            Hurm...padan muka. Nak kena garang sikit ni. Kalau tidak dia buat donno aje. Najmi sedikit membetulkan kolar baju. Dia ke belakang mencari Cik Tipah untuk memberitahu dia mahu keluar membawa anak dan isterinya. Isterilah konon!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...